Selamat Hari Lahir yang ke 2tahun, Rifdhi Auji !

Salam & Hi;

Dua hari lepas adalah hari lahir Auji yang ke2 tahun. Kami tak prepare apa2 pun sebab nak buat majlisnya sekali dengan Anna dan majlis2 lain nanti, InsyaAllah.

Neneknya buatkan pulut kuning dua tingkat. Kan dah cakap takda apa2 preparation pun, makanya kita serikan saja pulut kuning itu dengan stok kismis, lollipop dan biskut stereo yang ada dalam fridge tu.

Disebabkan hiasan yang begitu mengujakan Auji, makanya sesi bergambar pun menjadi sukar. Asal nak snap je dia mulalah nak capai kismis dan lollipop dia takut sangat orang ambik, padahal siapa yang nak sangat lollipop dia tu… hish.. Auji memang penggemar kismis.. suka betul dia dengan kismis, kurma pun dia sukaaaaaaaaaaaa sangat !

sampai jadi putus asa dah nak snap banyak2 gambar dah.. anak oh anak.. last2 mummy daddy nya yang lebih2 snap pic.. ok, bukan daddy tapi mummy yang OVER =P ngehngehngeh !


Pagi tu cari kek pun tak jumpa. Hajat di hati nak beli la kek kecik pun jadilah, tapi.. kek kecik pun tak jumpa, kedai kek (yang berkenan di hati) pun tak jumpa jugak.. Nanti kita beli kek ya Auji.. Kami cuma belikan Auji mainan sebagai meraikan birthday boy..

Semoga menjadi anak yang soleh, kesihatan yang berpanjangan, dan diberkati hidupmu Rifdhi Auji. Mommy Daddy sayangg Auji, muahhh !

Puding Roti Sos Kastard

Salam & Hi;

Buatnya dah lama, sebelum melahirkan baby Anna lagi.. ya, tengah sarat tu la saya suka buat puding roti la, buat puding karamel la.. sebab pregnant babygirl kot ? Sekarang baru ada masa nak update blog. Harap2 ada masa nak update banyak cerita yang tertangguh ni.. Puding roti ni saya try and error je buat. Tak sangka hubby suka. Nanti boleh buat lagi.

Resepi Puding Roti
Sumber: PotretKasih

6 keping roti gardenia ( apa2 roti pun boleh )
2 biji telur
1 1/4 cawan susu cair
1 sudu makan butter
3 sudu makan gula
sedikit kismis utk tabur
1/2 makan essen vanilla

Cara penyediaan….

1. Kacau sebati telur, esen vanilla, gula dan susu cair.
2. Roti di potong dadu  termasuk kulitnya kemudian susun dalam acuan pembakar.
3. Kemudian tuang adunan susu tadi kedalam roti yang telah disusun.
4. Taburkan kismis dan butter kedalam adunan roti tadi…
5. Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah selama 30 minit…

Untuk sos kastard, saya google dan ambil yang basic saja.

Sos Kastard

1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

Sedap. Dan yang penting separuh dari puding roti ni, hubby yang habiskan. Teruja nak buat lagi. Hahaha.

Ok, ada masa cerita lagi ya ! Tatah !

Rainy days by Cinnamon Scraps & CU Template set.1 by Just Because Studio

Salam & Hi;

using:
Rainy days by Cinnamon Scraps & CU Template set.1 by Just Because Studio

Enjoyy !

So Tweet Kit by Sugary Fancy

Salam & Hi;

using:
So Tweet Kit by Sugary Fancy

Enjoyy !

Just some random things that happen

Salam & Hi;

  1. Saya dah ambil cuti 10hari (start March 13 – March 23 2012) dan saya masih belum deliver my 2nd baby..
  2. Hari ni pergi check up di SALAM Specialist dan berat saya turun 1kg dan berat baby dah 3.1kg (fuh!)
  3. Rabu baru ni saya dan Auji ikut hubby pergi ofis di PJ dan balik Seremban hari yang sama. Khamis ikut hubby jugak tapi balik bermalam di Shah Alam. Semalam after work, balik Seremban. Agaknya sebab berulang alik ni ke berat turun 1kg ?
  4. Hari ni mama masak Ayam masak kicap yang sangat mabeles. Berselera makan ! Petang ni makan aiskrim pulak lah..
  5. Ok, tu je. Nanti ada masa saya update cerita lain yang tertangguh, ok.

Tatah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...