Archive for the "socks" category

socks comel for my baby

Hye ;


ada 2-3 pasang lagi yang saya tak siarkan di sini.
nanti bila snap pic baby saya tunjuk okeh.

rasanya saya tak share lagi apa yang saya beli untuk baby kan ?
sibuk & busy la lately ni =)
rumah pun baru nampak kemas sikit bila
mama & nyah datang selasa – jumaat lepas.
seronok rasanya ada tangan yang membantu.
terima kasih mama !
terima kasih nyah !


saya kan suka socks ?
jadi bila nampak socks yang comel2,
dengan saya2 sekali rasa nak borong semua.
haiii.. susah la macam ni.
tengok ni, nak ni.
tengok tu, nak tu.
nasib ada hubby yang setia je menemani saya shopping.
( lama tak lama, last week 3jam kami duk jusco@setiawangsa.. shopping barang baby je tu )
habis2 boring, dia keluar gi hembus asap =P

hari ni saya teman hubby pergi lowyat.
cari barang komputer untuk SIL.
dan sempat jugak tengok2 harga hard disk, thumbdrive & mp3.


sempat jugak saya ke parkson, sg wang.
dan sempat jugak shopping frame gambar.
parkson sale wooooo !
rugi pulak rasanya tak shop cadar tadi.
ish.. tapi last week saya dah beli 2set di aussino.
hish… rambang mata betul =)


oklah, nanti saya sambung cerita lagi bila
masa mengizinkan ya.
oh ya, hari ni saya dah 7bulan.
lagi 2bulan.. berjumpa la kami dengan our junior.
insyallah, doakan sama tau !

shopping therapy

Hye ;


punyalah tatau nak buat apa.
balik kampung je mesti nak berjalan.
balik kampung je mesti nak berjalan.
ajak adik-adik pulak, semua taknak ikut.
dah besar kot.
bagus.. bagi chance kat kakak & abang ipar dia berdating.

jadi, khamis lepas around 2pm-3pm kami masuk highway PLUS dari seremban ke KL.
pukul 4pm baru sampai Lowyat.
tak kira dah mana nak parking, malas nak duduk dalam kereta dah.
masuk je yang mana sempat.

dari situ terus keluar masuk Sg. Wang.
tak suka sebenarnya masuk sana, ramainya la orang.
padahal hari biasa tuh.
saya tak suka, hubby lagi tak suka.
jalan-jalan kejap, hubby dah ajak cari makan.

terus menapak ke times square.
ha, lapang sikit dada, hihihi
terus teman hubby gi McD, pastu hubby teman saya pulak gi Kenny Rogers.
ok, memang mengada sikit.
makan memilih je skang.
habis, takda mood nak makan McD, takkan nak paksa kot ?
#%$^&%&
thank you hubby. ailebiyu.

hari tu sempat la beli baju 3helai.
habis, 3jam je shopping.. dapat la 3helai je.
cuba bagi 24jam ? @_@


ok, I pasrah je bila hubby cakap, baju yang merah oren tu macam pernah nampak.
tanya dia bila nampak, dia cakap macam… alas meja.
terima kasih la sayang.
saya pilih penat-penat, pilih habis fancy dah.
hubby boleh cakap macam alas meja %$#$^&(
alas meja rumah siapa macam tu ? cuba cakap !


nasib ada sleeping shoes yang comel.
yang ni hubby pilih.
sure tak macam mengarut punya sebab dia yang pilih =)
hehehe
ok, saya tidur mesti pakai socks.
kadang-kadang mengantuk sangat sampai lupa pakai, hubby yang pakaikan.
I Love being pregnant, =P
but doesnt mean, lepas ni I nak pregnant setiap tahun.
lemah and lemak la tu sayang kan ?
bagi la chance I bentuk balik berat idaman.
but kalau rezeki, i terima je =)
sorry mengarut kejap.


ni pun hubby pilih.
tak mengarut punya, sebab hubby yang pilih.
saya pun suka sebab warna warni.
colorful.
memang menggembirakan.

teruk tak perasaan saya ni.. sebab bila pakai sandal yang takda heels,
rasa macam orang tua je.. bukan perasaan lagi dah, adik saya pun dah tegur. hish.
sandal yang hari tu saya beli pun saya dah bagi mama.
daripada tak pakai kan ? boleh jugak mama buat basahan.
tatau kenapa, at least saya nak ada sikit tinggi jugak.
sikit pun jadilah.

lately ni, saya selalu tegur hubby sebab selalu pakai selipar jepun.
tak suka sebab nampak macam tak smart seperti selalunya, cececeh !
pandai pulak hubby balas balik,
saya lagi sakit hati tengok awak pakai flipflop tu.”
ok, saya tahu chenta hati saya tu risau saya terpelecok ke apa ke.
sebab dah jadi, =P
pakai wedges warna warni ni lah, saya terpelecok hari tu.
nasib tak jatuh.
habis pucat lesi muka hubby, ailebiyu.
tapi saya tetap nak nampak comel menawan seksi auww nyamnyam dengan wedges tu yang =)

oklah, nadia belikan saya Myojo Mi Goreng Pedas.
Kesukaan saya masa darjah 6 lagi.
nanti saya cerita lagi okeh !

Daiso Lover

Hye ;

sorry.. sorry..
saya dah lama tak bercerita di sini.
rasa adalah dalam 5 hari.
( cheh.. perasan lama ! )

satu sebab busy main ds.
( nyeh.. saya adalah salah seorang pemain ds yang berjaya buat masa ni )
nanti dah comel molek ds, saya update ya.
nadia.. tunggu !

satu lagi memang betul sibuk.
sibuk dengan hal
kedai.
banyak pulak stok baru sampai.
( jangan mengeluh
. ini semua rezeki. alhamdulillah. )

okayy.. mari baca apa yang saya nak cerita ok.
harap maklum, semua barang berharga RM5.00 dan dibeli di Daiso.

ohho.. pertama tama sekali, mesti lah menjenguk ke bahagian alatulis ( tipu! ).
tidak.. tidak.. saya pusing ke seluruh bahagian sebenarnya.
dari pinggan mangkuk di sebelah kiri anda,
sehinggalah ke bahagian keychain di sebelah kanan anda.
ini adalah benar. mengikut Daiso di IOI Mall Puchong tau.
sila buat pusingan u. pusingan u ini betul mengarut.

letter sets yang lain tampak biasa.
yang berbentuk hati adalah luarbiasa.

ya, bukan cinta biasa.
ok, ngam. masuk bakul terus.

item kedua adalah, memo pad ini.
luarbiasa juga kerana buat saya lapar.


manis sekali bukan ?
siapa mahu surat cinta dari saya, sila senyum simpul sekarang.
yaa.. saya nampak beberapa kawan terbaik saya sedang senyum simpul.
comel sekali !

cukup. cukup. cukup bahagian alatulis.
sekarang kita ke bahagian stokin.
ish.. mana boleh tengok saja.
kena ambil dan masuk bakul.
seperti biasa, yang biasa boleh tengok saja.
yang luarbiasa saja boleh masuk bakul.
ops.. yang ni dah masuk bakul.


luarbiasa bukan ?
ehh.. luarbiasa lah. sebab takda lagi bentuk kaki seperti ini.
silap.. bentuk jari kaki.
setiap malam, lambai babai pada hubby.

dan hubby senyum simpul juga.
manis sekali !
( tapi lambai dengan manja sekali lah. jangan la lambai seperti bermain bola.
itu sure bukan senyum simpul diberi. tumbukan padu yang diterima. )

item seterusnya adalah.. drumroll pls.
ceng keceng ceng keceng.
keychain berbentuk rumah ini.


senang.. sure takkan hilang dan pecah mahupun putus.
ciri keychain kali ini adalah besi. tahan lasak.
tidak mudah putus.
jadi, sangat sesuai disangkut bukan ?

next. chopsticks.
lepas kahwin dengan kekasih hati ni takda dalam simpanan lagi.
jadi perlu beli.
eh.. kalau ada polka dots, sure saya dah ambil dulu.


ini takda, terpaksa lah ambil petak.
tak kisah lah. but say no to blue.
lebih baik, hijau epal masam ni daripada biru.
hikhikhik.

dan ianya sudah diguna pun.
hmm… rasanya dua hari lepas masak spaghetti goreng.


yum yum.
jemput makan semua.

tata !

kopi, white coffee & matryoshka

Hye ;

every weekend mesti pekena kopi kat McD.

ala.. semenjak dua menjak ni je.
mmm.. semenjak stok kopi tak dibenarkan di rumah, hikhik.

tapi minggu lepas, jumaat malam saya ke McDonald’s.
ahad sebelum tu, ke cafe pulak.
tapi kali ni, saya nak try white coffee kat D’Ganu Cafe pulak.
sampai boleh buat hubby berjam kat situ.


White Coffee saya harganya, RM5.00.
kopinya mengancam. saya recommend.
saya makan spaghetti jugak.
Spaghetti Bolognese, RM7.00.
( sorry no picture taken. sebab terlampau lapar )
lapar tapi rasanya kureng . saya bagi 3/5 saja.
hubby minum Iced Lemon Tea, RM2.80.
not bad.

ok.. dah habis review pasal makan.
saya nak cerita pasal cute items saya pulak.


ini adalah socks yang ada gambar matryoshka.
comel bukan ?
saya dapat daripada group swap.
for April Wishlist.

sekarang ni saya dah kurang ber international swap.
actually, for this month dan tatau sampai bila.
saya dah mula busy, takleh commit.
cuma untuk group swap, kadang saya join jugak.
plus private swap.

ouh.. saya suka lah socks !
suka dan cinta
kalau jumpa yang comel
, sila la ingat saya.
tapi jangan la bersaiz comel, saiz comel untuk baby
je.
okeh babeh ?

take care.. see ya soon !

hapPINKness @ giant

Hye ;

dah dua hari saya menempel je
nak ikut hubby tiap2 petang
saya nak berjalan !!

jalan ! jalan ! jalan !
ohho.. masuk2 je dah nampak flip flop dot2
tapi tak cukup memikat kalbu..
pusing seluruh rak tu, saya jumpa yang betul2 memikat (auwww !)

ni lah flip flop baru saya !
ouh.. murah ok..
rm7.99 sahaja !
dah la pink.. bunga2 lak tu..
macam mahal lak tu, kekeke

walaupun hati dah terpikat,
tapi tidak puashati lagi..
pusing2.. jalan2..

jeng jeng !
happy saya jumpa another polkas collection saya ni

yeah yeah !
ini pun cuma rm3.99 !!

ehhhhhh… tak payah tanya saya beli mana.
meh saya bagitahu saya beli mana.
saya beli kat Giant.
jadiiii.. pergilah serang giant berdekatan.
tak payah susah payah datang sini, ok
?

oklah semua, saya nak sambung
membuat gajah pink saya ni.

jumpa nanti ok !
oh.. tak lupa, hubby ada download software baru untuk saya godek.
thank you hubbylicious, nyum nyum ~*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...