Archive for the "shopping" category

Classic Tricycle untuk Rifdhi Auji

Salam & Hi;

…mmm nak mintak apa eh kat mummy & daddy minggu ni ? mmm…

ok, taklah. Pic taken kat kedai mamak depan Jusco Seremban 2 tu. Takda apa plan weekend last week, saja je la bawak Auji jalan2. Bawak dia jalan2 setiap hujung minggu dah jadi acara wajib bagi kami.

dan… taraaaaaa ! Ya, tricycle untuk Auji !!

bapaku pulang dari kota.. bapaku belikan kereta.. kereta kecil warna merah.. boleh ku bawa ke sekolah.. ok Auji, kereta nanti dulu ok. mummydaddy beli tricycle dulu ya !

dah lama nak belikan dia. memang kami hari tu keluar nak cari tricycle untuk auji. sian dia, ntah siapa2 punya ada kat rumah neneknya menangis2 dia nak naik basikal orang tu. awal2 saya dah bagitau hubby yang saya taknak plastik punya. kalau boleh, nak cari tricycle yang body dia besi. boleh tahan lama. boleh adik pulak guna.

tricycle ni kami beli RM100. Harga sebenar RM129.90, tapi dapat kurang, terus jadi RM100. Beli kat kedai mainan keluargaku. ok tipu. nama kedai saya sesukahati je bagi nama. sebab atuk auji & daddy auji pun beli sparepart RC car dia kat sana jugak. tu yang jadi kedai mainan keluargaku. ngehngehngeh.

masa kat kedai mainan tu, saya memang pilih warna merah ni terus. sekali skru tricycle ni macam longgar, jadi tricycle ni macam goyang2. jadi kami mintak nak try warna biru pulak. kami pun angkat la auji ni nak letak dia kat tricycle biru tu. tuptup dia taknak. dia nak warna merah jugak. amboiii kecik2 dah pandai pilih warna. ke sebab mummy dia yang ajar dari dalam perut lagi warna merah ? heh.

sehari lepas kami beli ni, auji bangun2 je dari tidur terus nak ikut daddy dia masuk bilik air. bila saya panggil dan tunjuk tricycle. dia punya senyummmmm.. terus main tricycle tak heran dah daddy nak pergi mana pun. kecuali minum susu dan tengok cartoon. maka tricycle akan jadi pilihan kedua.

Semoga Auji happy main tricycle baru !

Daily Shopping at Daiso, One Utama

Salam & Hi;

saya rasa hampir setiap hari saya lunch dekat OU, kalau tak kat centre point. tapi kat centre point mahal sikit. kalau kat OU murah sikit. ha siap dah tau mana tempat lunch murah kat OU. betapaaaaaaa.. tiap2 hari mesti blur nak lunch apa. lepas tu dah tatau nak makan kat mana. lepas tu pergi breadstory je beli roti, dan kemudian jalan2. kadang2 tak keluar lunch pun. makan je apa yang ada.

disebabkan hampir setiap hari ke OU, kadang2 ke old wing, kadang2 ke new wing. dua2 wing ni ada Daiso ya. Daiso yang kat old wing, bawah jusco je. dekat food court. kalau yang kat new wing, daiso ni depan old town white coffee. ha senangggg..

hari pertama masuk, beli ni. botol tu dah lama saya cari. senang nak buat roti jala. mula2 pergi cari botol tu dah sold out. kali kedua datang botol tu tinggal satu je, satu je okayyy.. malas fikir, terus sambar.  yang kecik tu nak letak air gula. hubby asyik merungut air saya tak manis. dia memanggggg suka minum manis2 tau. jadi untuk elak rasa bersalah, kita akan suruh dia tambah sendiri air gulanya.

okay, close up botol buat roti jala ni. nanti dah jadi roti jalanya saya tunjuk kat sini. Ada yang 3lubang, tapi saya ambil yang 4lubang. Banyak sikit, senang nak anyam roti jala tu nanti.

lagi sekali pergi saya beli tudung saji moden ni. wahh moden gituuu.. mula2 pergi takda yang bunga merah ni. maklumla, dapur I kan merahhh.. semua pun kena merah la.. dan lagi satu, botol bentuk heart ni. buat bekas letak sunlight. Yahooo !

dan semuanya berharga RM5 sahaja. ok, lagi satu. mug comel ni. ini baru KIV. nak beli ke tak. sebab mug kat rumah dah berlambak. hadiah set kahwin pun tak habis guna lagi. itu sebab tengah fikir, nak beli ke tak. patut ke beli ? hmm.

okaylah, lain kali sambung. saya nak pergi The Curve pagi ni sebab nak pergi Affin Bank. Tatah !

tak dapat pergi bigbadwolf book sale 2011, dapat pergi bookxcess pun jadilah ya !

Salam & Hi;

Lokasi: BookXcess, Amcorp Mall

sebenarnya semangat berkobar2 nak pergi bigbadwolf book sale 2011 tu sebab nak beli set buku ni lah. memang kalau boleh saya nak beli semua set. ala.. kalau tak sesuai untuk auji, simpan untuk next baby la. kalau tak, next next baby. kalau tak, next next next baby. eh. insyallah. masa tidak mengizinkan time nak pergi bigbadwolf book sale tu. next time kalau ada lagi, insyallah nak pergi.

so, kalau kat bigbadwolf book sale, buku little miss ni berharga RM3. tapi kalau kat bookxcess cuma RM2.90 sahaja. ok, jimat sepuloh sen kat situ. tapi tak banyak choice. dan tak cukup setnya. saya ambil mana yang ada saja. cukuplah. dah lepas hajat nak buku2 ni dah.

buku2 mummy je tak sempat nak tengok. sobsobsob. takpa, nanti boleh pergi lagi. ya, sekarang saya suka membaca. mungkin, sedang menghargai masa emasku. eh. hari tu tengok macam tu je buku2 untuk saya. banyakkk sangat yang nak dibeli. nanti dululah. lagipun, tujuan utama nak beli buku anak, maka beli buku anak dulu.

ini sajalah buku2 untuk auji. masa saya bawak balik, semangat betul dia tengok semua buku. tapi buku yang paling dia suka adalah buku mickey mouse tu. mouseketool ! balik2 mesti tengok buku mickey tu. rugi pulak rasanya tak beli banyak2 buku mickey tu. kalau baca buku mickey tu, siap dia mengomel sorang2 macam gaya bercerita, alahaii. buku elmo tu dia tak berapa suka. kalau saya tunjuk kat dia, dia siap buat bunyi.. eei eei eei. konon macam takut la. mungkin dia nampak elmo tu macam berbulu kot.  semalam saya balik seremban, bila saya tanya, “auji, book mana book ?” terus laju2 dia ambil book dan tunjuk kat saya. pandaiii.

total semua buku2 ni RM45 saja, tak silap saya la yer. bila dah besar sikit bolehla beli banyak lagi buku.. okay Auji ? muahhh !

Beli Thermos – Vacuum Flask & Jug + FREE desktop mug

Salam & Hi;

..kat 26Oct – 13Nov 2011 : Yeo Teck Seng Warehouse Sale! berbaloi baloi !!

nampak je sale ni, asal2nya nak beli flask air ni. ok, memang nak beli thermos. sebab yang kami punya ada kat rumah mama. so kat rumah kami memang takda extra. plus, bila tiba nak berjalan dengan auji.. susah pulak rasanya takda flask. sebab selalu terlupa nak ambil dari rumah mama. nak bancuh susu auji pun ragu2 je kalau beli air panas kat kedai.

jadi, alasan ada sedikit kukuh kat situ. tambah2 pulak, anak nak bertambah dua. maka, takpalah kot kalau nak beli flask lagi. cewahhh ! bab membeli punya alasan, memang takyah fikir. terus keluar je tanpa kena perah otak ke apa ke.. oklah kan 0.7L thermos vacuum flask ni. siap free mug tu.

dah alang2 kat rak thermos tu, saya ternampak jug air thermos tu. terus beli. hubby pun cakap ok, sebab dapat free mug tu lagi satu. takut berebut dengan wife ler tu. lagipun jug ni, lama sikit air boleh sejuk. cececeh. nampak tak alasan sangat kukuh di situ ? Razz

saya lupa harga dia berapa. serius lupa. but dua2 ni dalam rm100 kot. kira macam jug tu RM79.90, flask tu RM39.90 kot. lupa. takpun terbalik2 je lah harga dia. kira dalam RM100 lah. ok serius lupa. sorry.

ha, pan tefal murah2 je semua. saya cari wok. pan dah taknak. tapi wok tefal tak banyak choice pulak. yang banyak pan. memang murah. dan berbaloi. dan cun. saya suka tefal.

Tatah !

p/s kedai ni sebelah best denki. one utama new wing. LG306. senang je cari kedainya.

Matta Fair 13 Aug 2011

Salam & Hi;

hehehe kan dah cakap nak pergi. jadi kami pun merajinkan diri pergi. hujan rintik rintik. kereta banyak. ramai jugak rupanya yang pergi. saya rasa lagi ramai orang time ni dari pesta buku tempohari. kami parking dalam bangunan Hentian Putra tu. Per entrance RM3.

Nak masuk Matta Fair ni kena bayar RM3 setiap sorang ya. pastu setiap orang dapat beg pink. boleh guna pergi shopping nanti.

kami dah set awal2 memang nak pergi hall yang dalam malaysia saja. cuti cuti malaysia kan. lagipun puasa, tak larat lah nak pergi semua hall. tak silap lagi 2 hall seberang sungai. jauh lah.

mula mula masuk pusing2 dulu. kutip pamphlet. lepas tu terus keluar. duduk terus atas karpet macam orang apa je kami semalam. belek belek apa nak beli. call adik beradik, call abah. terus confirm nak ambil AFamosa Resort Malaysia saja.

hah, confirm dah. tiket nak masuk waterworld pun kami dah siap beli. kami sekeluarga 8orang termasuk Auji. tapi auji tak kira, jadi 7orang dewasa. dia bagi bilik condo 2rooms jadi total semua RM48 semalam. YA ! RM8 seorang ya !! tapi kena pilih date mana yang kamu nak sampai hujung tahun ni saja. tiket masuk waterworld bagi setiap seorang adalah RM20. saya beli untuk 5orang sebab takut adik2 tak dapat pergi, rugi pulak nanti. lagi 2tiket akan tambah bila sampai sana. jadi, total percutian kami tahun ini untuk 2day1night untuk 8orang adalah RM148 sahaja. Berbaloi baloi.

okay, amacam percutian kami tahun ni ? oklah kan. tahun ni budget ciput sikit sebab banyak dah spend kat rumah baru. next year nanti kita fikirkan macamana pulak ya !

p/s hubby ajak pergi sogo hari ni.. ikutkan malasnyaaaaaaaaaaaaaa.. tapi jarang suami saya ajak pergi sogo.. jadinya, kena pergi jugak ni.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...