Archive for the "polkas" category

shopping therapy

Hye ;


punyalah tatau nak buat apa.
balik kampung je mesti nak berjalan.
balik kampung je mesti nak berjalan.
ajak adik-adik pulak, semua taknak ikut.
dah besar kot.
bagus.. bagi chance kat kakak & abang ipar dia berdating.

jadi, khamis lepas around 2pm-3pm kami masuk highway PLUS dari seremban ke KL.
pukul 4pm baru sampai Lowyat.
tak kira dah mana nak parking, malas nak duduk dalam kereta dah.
masuk je yang mana sempat.

dari situ terus keluar masuk Sg. Wang.
tak suka sebenarnya masuk sana, ramainya la orang.
padahal hari biasa tuh.
saya tak suka, hubby lagi tak suka.
jalan-jalan kejap, hubby dah ajak cari makan.

terus menapak ke times square.
ha, lapang sikit dada, hihihi
terus teman hubby gi McD, pastu hubby teman saya pulak gi Kenny Rogers.
ok, memang mengada sikit.
makan memilih je skang.
habis, takda mood nak makan McD, takkan nak paksa kot ?
#%$^&%&
thank you hubby. ailebiyu.

hari tu sempat la beli baju 3helai.
habis, 3jam je shopping.. dapat la 3helai je.
cuba bagi 24jam ? @_@


ok, I pasrah je bila hubby cakap, baju yang merah oren tu macam pernah nampak.
tanya dia bila nampak, dia cakap macam… alas meja.
terima kasih la sayang.
saya pilih penat-penat, pilih habis fancy dah.
hubby boleh cakap macam alas meja %$#$^&(
alas meja rumah siapa macam tu ? cuba cakap !


nasib ada sleeping shoes yang comel.
yang ni hubby pilih.
sure tak macam mengarut punya sebab dia yang pilih =)
hehehe
ok, saya tidur mesti pakai socks.
kadang-kadang mengantuk sangat sampai lupa pakai, hubby yang pakaikan.
I Love being pregnant, =P
but doesnt mean, lepas ni I nak pregnant setiap tahun.
lemah and lemak la tu sayang kan ?
bagi la chance I bentuk balik berat idaman.
but kalau rezeki, i terima je =)
sorry mengarut kejap.


ni pun hubby pilih.
tak mengarut punya, sebab hubby yang pilih.
saya pun suka sebab warna warni.
colorful.
memang menggembirakan.

teruk tak perasaan saya ni.. sebab bila pakai sandal yang takda heels,
rasa macam orang tua je.. bukan perasaan lagi dah, adik saya pun dah tegur. hish.
sandal yang hari tu saya beli pun saya dah bagi mama.
daripada tak pakai kan ? boleh jugak mama buat basahan.
tatau kenapa, at least saya nak ada sikit tinggi jugak.
sikit pun jadilah.

lately ni, saya selalu tegur hubby sebab selalu pakai selipar jepun.
tak suka sebab nampak macam tak smart seperti selalunya, cececeh !
pandai pulak hubby balas balik,
saya lagi sakit hati tengok awak pakai flipflop tu.”
ok, saya tahu chenta hati saya tu risau saya terpelecok ke apa ke.
sebab dah jadi, =P
pakai wedges warna warni ni lah, saya terpelecok hari tu.
nasib tak jatuh.
habis pucat lesi muka hubby, ailebiyu.
tapi saya tetap nak nampak comel menawan seksi auww nyamnyam dengan wedges tu yang =)

oklah, nadia belikan saya Myojo Mi Goreng Pedas.
Kesukaan saya masa darjah 6 lagi.
nanti saya cerita lagi okeh !

meet juliahoneyshakes

Hye ;

on the way balik ke KT sabtu baru ni,
hubby cakap mungkin akan singgah kuantan, jumpa kawan.
jadi, dalam kepala.. saya dah mula nak sms ju.
tapi.. saya takut tak jadi pulak singgah.

betul nak masuk tol kuantan, baru saya sms ju.
call & sms tak berbalas pulak.
saya dah agak, ni mesti ju kena jadi cashier hari tu.
selalunya ju akan sibuk bila jadi cashier =)

saya bagitahu hubby, takpalah..
turunkan saya je di ecm.
boleh saya jalan.
tambah pulak saya lapar.

saya ingat nak makan di laksa shack.
bila bayangkan macam sedap, sekali dah berdiri depan kedai,
takda selera pulak nak makan laksa shack.

pilihan terakhir, saya makan di noodle station.
sedappp.. kueyteow kantonis.

habis makan, saya jalan lagi.
saya ternampak sorang nyonya ni bawa banyak paperbag Aussino.
ouh.. saya terlupa dalam ecm ni ada Aussino.
saya kena pergiiiiiiiiiiiiiiii !!!

masa di MidValley tempohari, saya masuk juga di Aussino.
tapi takda sale dan takda yang berkenan.
kali ni, masuk Aussino ECM, terus ada yang berkenan.


saya beli Quilt cover set. polkadots hijau.
yang telah pun saya guna sekarang bersama dengan cuppies bedsheet.
i love polkas !

sampai saya rasa perut dah ok.
saya terus ke Baskin Robbins.

tengah syok layan pening sebab sejuk,
ju reply sms.

ha.. jadi jugak saya jumpa ju.
ju bawak pulak something untuk saya.
hai.. ju ni, ada je tau.
itu saya akan cerita kemudian ok.


kami bersembang banyak benda.
dari satu topik ke satu topik.
berkongsi semua info.
dalam berbual tu, banyak kali juga saya tanya,
ju nak makan tak ? nak minum tak ?
risau saya, ju dah la tak cukup glukosa =)
buatnya bersembang kat situ, ju pitam pulak.
dah la dia baru habis kerja, mungkin penat.

saya ni lain lah.
makan ice cream pun tak habis.
tamak sangat, makan sampai pening kepala.

dalam pukul 8pmlebih, baru hubby sampai.
thank you ju temankan.
risau katanya, diculik kang sapa susah.. hihihi

thank you julia, !

my new baby ndsl

Hye ;

presenting my new baby =)
( Nintendo DS Lite ), NDSL lah !

sebenarnya kan kan kan..
saya dah beli lama tau.
20th May 2009, thank you hubby.
I Love You so much.

ingat tak masa saya makan kat The Apartment,The Curve tu.
ha.. time tu laaaa saya beli ndsl.
masa tu rasa taknak makan je.
nak balik dan terus godek ds je.

tapi sebab sabar kan.
jadi makan dulu.
lepak
kejap.
pastu baru dapat godek sepuas hati.

ingat lagi, malam tu saya dan hubby tidur lewat.
semata nak godek nds.
pastu esoknya sambung lagi godek.
time tu sangat go crazy lah dengan ndsl.
( actually sampai sekarang go crazy, hihihi )

pastu kan satu rahsia lagi.


sebelum beli ndsl lagi, saya dah order sticker and stylus kat lisa.
punyalah tak sabar.

pastu kan satu rahsia lagi.
hubby offer new handphone or ndsl.
sanggup tu tolak Express Music dan Nokia E series semata nak ndsl.
lagipun v3x saya boleh pakai lagi.

ala.. takpa la.. janji boleh call & msg & 3g.
handphone baru boleh beli nanti yerk hubby ?

dan sekarang saya dah guna sticker dan stylus tu.


comel bukan ?
Lisa siap bagi coklat, fm & brooch yang comel.
Thank you Lisa.


ehhhh.. sapa yang tahu game best untuk ndsl, share lah.
ok ? celet sekali !

tee, sweet like cupcakes !

Hye ;

saya received parcel daripada tee !
sukanya la haiiiii..
meriah pulak tu !

envelope sangat kembong.
nasib sampai tau tee !
thank you tee !

bila saya bukak je, melompat lah saya !
tengok envie yang penuh dengan barang
idaman.

first sekali, cupcake lip gloss ni.
dah lamaaaaaaaaaaaaa saya cari tau.
selama ni saya wish kalau dapat satu pun jadi lah.
ni tee bagi empat.
ulangtaip, empat okay !

saya asyik bau je.
sedap.. bau macam cake ! cupcake !

cupcake necklace from claire’s !
sukaaaaaaaaaa.. berganda2 !
selalu jumpa ice cream je.
yeah yeay.. saya dah ada cupcake necklace !
berserta little note,
hai , hopefully you suka all this.
Nothing specials from tee.
of course i suka ! nothing special but superb !

okay .. sila bawa bertenang.


ni adalah santa girl.
gantung kat mana berdekatan hp anda.
bila phone anda berbunyi, dia pun melompat kegirangan.
macam saya sekarang ni.
ouh.. tak nampak saya melompat ? abaikan.

last sekali ada beg polka dots ni.
bayangkan envelope yang kecil tu boleh muat
satu beg polka ni.
best gila !
bertambah lagi satu beg polka saya !

thank you tee !
tunggu parcel mass ok !
hmm.. nak post masak tempoyak ikan patin ke ?
hihihi

kad kahwin honey

Hye ;

lamanya rasa tak update.
ok2.. hari ni saya nak update.

saya sudah pun terima kad jemputan perkahwinan honey.
congrats honey !
tapi kan.. kan.. kan..
bersama2 dengan kad ni, dia sertakan
dengan macam2 goodies yang sangat2 saya suka !
thank you honey !

sayam honey menimbun nimbun banyak okeh !

saya suka sekali shawl polkadots yang ni.
warnanya sangat sangat rupawan, kekeke
so far, saya tak jumpa lagi.
shawl ni saya dah pun pakai.
comel kan ?
comelnya adalah si pemakai dan juga yang dipakai.
lalalala

ingat tak saya pernah beli lip balm ni di sasa ?
sebelum ni saya beli, orange dan chocolate.
sekarang saya dah ada strawberry dan susu.
suka suka suka !
koleksi brooch saya juga bertambah.
tengok brooch bear tu, hikhik.
terima kasih sekali lagi, honey..

cuba tengok ni.

saya ada banyak stamps.

untuk itu, saya perlukan banyak sepit.
tengok.. honey bagi sepit.

stamps yang berlambak banyak juga dia bagi.
mana saya tak sayang honey niiiiii ?

dan akhir sekali, letter sets kucing ni.

comelnya !
memang confirm simpan seminggu.
pastu saya akan guna.
taknak dah simpan2. nak guna.

oklah semua.
banyak lagi nak cerita.
best best tau.

tunggu ok !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...