Archive for the "CT Peek a Boo Designs" category

DIY Birthday Party Designs – Mini Bunting, Banner, Bubbles Cover & Party Hat

Salam & Hi;

saya nak sambung cerita pasal birthday party auji tempohari. antara yang saya buat sendiri adalah:

  1. party hat
    untuk party hat ni, saya ambil template nya di sini. gunting template tu pastu tampal atas kotak. dan kemudian saya gunting kain cotton yang ada extra tempohari. dan tampal. kalau nak comel, jahit ya kawan kawan. and kat hujung kon tu, saya ikat ribbon. yeay, comel terus Rifdhi Auji. mummy dia je tak comel, sebab pasang 2-3kali auji duk tarik je hat tu. buat muka gangster, baru dia pakai dengan hati yang redha. kakaka. senang je nak buat party hat ni. rugi je kalau beli. kalau lagi rajin, boleh buat banyak banyak dan satu keluarga pakai. lagi meriah kan ?
  2. mini bunting
    mini bunting ni saya ambil di sini.. yang macam ada atas kek auji tu. asal asalnya saya nak kek tu color putih je tanpa ada apa hiasan pun. tapi tokey kek tu awal awal dah bagitau saya, dia tambah krim merah keliling kek tu, jadi takpalah. saya pun deco semua sendiri atas kek tu. jelly, and semua yang colorful tu boleh beli kat Giant ke kat mana mana lah candy store. cuba search mini bunting kat flickr, semua cun cun ok !
  3. banner
    untuk banner pulak, saya guna digiscrapping stuff. love love love it. saya guna dari Peek a Boo Designs, Little Dinosaur dan Trip To The Moon By Boutique Cute Doll. pastu saya sepit sepit atas ribbons saya yang berlambak tu dan gantung. sepit tu saya baru nak rasmi, pemberian dari Hani. Tq Hani. kerja gantung menggantung ni adalah hasil kerja tangan hubby dan adik perempuan saya.
  4. bubbles cover
    untuk bubbles cover ni saya guna saiz business card saya. business card saya adalah kecil daripada biasa. bukan saiz normal. and stuff adalah 100% from Trip To The Moon By Boutique Cute Doll.

itu tidak termasuk deco untuk cake & goodies bag. cerita lain hari lah ya !

Untuk entri birthday yang lain:
- Auji turns 1 ! Happy Birthday darling mummydaddy !
- Birthday Auji II

Collab 2011- March by ScrapTeamGirls

Salam & Hi;

ni gambar time pergi Tasik Titiwangsa tempohari.
kata jalan2 kan ? jadinya, gambar pun yang time jalan2 lah Dance .
next time pergi, nak bawak stroller hijau la.. leh mummy jalan2 sambil tolak auji jalan2..

using:
Collab 2011- March by ScrapTeamGirls



Chicklet Journal It by Three Sweet Chicks

Salam & Hi;

cerita templates lagi ya. sila jangan muntah Really Pissed di sini. kotor nanti Silly .

hari ni templates, Chicklet Journal It by Three Sweet Chicks Designs

ni page saya..


menggunakan kit, bee mine by bean bunny designs


and another one guna kit yang ni dari Peek a Boo Designs, Little Dinosaur

and here is my page:
cun kan ? saya suka page saya yang ni. gambar auji pun alololo comelnyaaaaaaaaaa ! Enjoyy.




Tetris by Peek a Boo Designs

Salam & Hi;

Berapa ramai dari kamu yang suka main Tetris, game gemilang sepanjang zaman ? Atau pernah main tak ? Siapa tak pernah, sangat rugi. Kalau tak pandai pun, sangat rugi. Maka jadilah kamu dikalangan orang – orang yang rugi.. Sorry, joking. Guraulah !

Saya suka main Tetris. Game favorite saya. Masa saya preggy Auji hari tu, main Tetris di NDSL adalah kewajipan sebelum tidur. Kalau kalah dengan komputer, mesti nak main sampai menang. Pastu baru lega boleh tidur lena, haha.
Agak2 Auji suka main Tetris tak nanti Question ?

Here is my-fav-kit for this month, Tetris by Peek a Boo Designs.

And here is my wonderful layout:

Okay, enjoy !

My Dear Daughter by Peek a Boo Designs

Salam & Hi;


saja nak tayang baju kurung 10tahun lepas yang masih muat Beauty . ok. ok. kalau tak 10 tahun lepas pun, like 7-8years ago kot. But still muat, tu yang penting. And some more, my favorite color is pink. zaman tu nak baju kurung semua pink. tudung lain² jenis tapi semua pink. sekarang, tak berapa kuasa nak cari pink walaupun priority still pink. cuma sekarang ni nak more variasi, and yang penting.. mesti bright colors. maklumlah, anak pun lelaki. takkan la nak pakai pink. not good Silly . not good Cry .

And the most important, hubby saya tak suka pink. Baju ada line sikit pink pun dia tak layan. Kalau purple, dia ok lagi. Because saya curi² beli kemeja untuk dia ada purple color, pastu tengok dia pakai je.. Grin ahahahaha.

My Dear Daughter by Peek a Boo Designs

Have a nice day ya !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...