Archive for the "paper goods" category

Birthday Auji II

Salam & Hi;

malam ni ada masa sikit nak cerita details pasal birthday auji. kek tu saya beli online. kat sini, http://swaa-swaygoodmorning.blogspot.com/ saya rasa seller tu pelik kenapa la saya sms dia saya taknak deco apa apa. saya nak kosong je. sebab saya nak deco sendiri. jadi, asal asalnya kek tu kosong, kecuali tepi keliling merah tu seller tu yang buat. saya deco bahagian atas tu, jelly bayangkan punya busy, saya cuma dapat bayar bila jumpa seller tu. nasib baik seller tu percaya. saya jumpa dia malam jumaat tu di LRT AsiaJaya. keknya sedap. tak manis, just nice.

tengahari sabtu tu kami shopping barang nak masak di Tesco. auji suka betul. yelah, dah pandai duduk kat troli. nanti cerita part tu lainkali ok. biar simpan jadi basi dulu.

so, for the birthday party, menunya bihun goreng, pulut kuning, rendang ayam, keropok goreng, nugget, sosej, tembikai, sweets, dan donuts.

memandangkan auji tak pandai lagi nak tiup kek Cake , peluang mummy dia la nak over lebih sikit. hahaha. mummynya la yang tiup. auji pun macam tak faham kenapa dia kena pakai party hat, kenapa rumah tibatiba ramai orang, kenapa semua orang macam meraikan dia tapi mungkin dia buat buat faham kot Grin

banner, mini bunting, thank you labels, party hat, goodies stuff, bubble labels, favors labels semua saya buat sendiri. puashati. harapnya semua party anak anak saya nanti saya buat sendiri. itu cerita kemudian ya. macam biasa, mestilah tunggu basi basi sikit baru best nak cerita, hahaha Grin

okay, tatah !

p/s: buat masa ni saya busy dengan book fair di PWTC dan malam pulak kat call centre. ini pun lainkali cerita. tunggu BASI Silly

magazine RM1

Hye ;

sapa taknak kan ? RM1 sahaja.
betul ! RM1 je.
sebab edisi lama laaa.. tu sahaja.

magazine ni saya beli di carrefour ahad ahad (2kali ahad ok) lepas.
syok, sebab semua RM1.
sempat pilih marie claire & glamour.
itupun sebab magz ni still seal. takyah fikir lama2. ambik terus.
lama tak lama jugakla, tahun lepas punya edisi.

lama rasanya saya tak membeli majalah.
time mengandung hari tu, rajin jugak saya beli.
saya suka membaca…  tapi apakan daya.
dah ada auji sekarang ni, baca auji saja lah Razz

ha, auji sekarang ni tidurnya makin lasak.
ni ha, baru kejap saya pandang lappy.
sekali toleh belakang.. dah macam ni pulak gayanya.
auji.. auji.. macamana la saya tak kena baca dia hari2  ?

Daiso Lover

Hye ;

sorry.. sorry..
saya dah lama tak bercerita di sini.
rasa adalah dalam 5 hari.
( cheh.. perasan lama ! )

satu sebab busy main ds.
( nyeh.. saya adalah salah seorang pemain ds yang berjaya buat masa ni )
nanti dah comel molek ds, saya update ya.
nadia.. tunggu !

satu lagi memang betul sibuk.
sibuk dengan hal
kedai.
banyak pulak stok baru sampai.
( jangan mengeluh
. ini semua rezeki. alhamdulillah. )

okayy.. mari baca apa yang saya nak cerita ok.
harap maklum, semua barang berharga RM5.00 dan dibeli di Daiso.

ohho.. pertama tama sekali, mesti lah menjenguk ke bahagian alatulis ( tipu! ).
tidak.. tidak.. saya pusing ke seluruh bahagian sebenarnya.
dari pinggan mangkuk di sebelah kiri anda,
sehinggalah ke bahagian keychain di sebelah kanan anda.
ini adalah benar. mengikut Daiso di IOI Mall Puchong tau.
sila buat pusingan u. pusingan u ini betul mengarut.

letter sets yang lain tampak biasa.
yang berbentuk hati adalah luarbiasa.

ya, bukan cinta biasa.
ok, ngam. masuk bakul terus.

item kedua adalah, memo pad ini.
luarbiasa juga kerana buat saya lapar.


manis sekali bukan ?
siapa mahu surat cinta dari saya, sila senyum simpul sekarang.
yaa.. saya nampak beberapa kawan terbaik saya sedang senyum simpul.
comel sekali !

cukup. cukup. cukup bahagian alatulis.
sekarang kita ke bahagian stokin.
ish.. mana boleh tengok saja.
kena ambil dan masuk bakul.
seperti biasa, yang biasa boleh tengok saja.
yang luarbiasa saja boleh masuk bakul.
ops.. yang ni dah masuk bakul.


luarbiasa bukan ?
ehh.. luarbiasa lah. sebab takda lagi bentuk kaki seperti ini.
silap.. bentuk jari kaki.
setiap malam, lambai babai pada hubby.

dan hubby senyum simpul juga.
manis sekali !
( tapi lambai dengan manja sekali lah. jangan la lambai seperti bermain bola.
itu sure bukan senyum simpul diberi. tumbukan padu yang diterima. )

item seterusnya adalah.. drumroll pls.
ceng keceng ceng keceng.
keychain berbentuk rumah ini.


senang.. sure takkan hilang dan pecah mahupun putus.
ciri keychain kali ini adalah besi. tahan lasak.
tidak mudah putus.
jadi, sangat sesuai disangkut bukan ?

next. chopsticks.
lepas kahwin dengan kekasih hati ni takda dalam simpanan lagi.
jadi perlu beli.
eh.. kalau ada polka dots, sure saya dah ambil dulu.


ini takda, terpaksa lah ambil petak.
tak kisah lah. but say no to blue.
lebih baik, hijau epal masam ni daripada biru.
hikhikhik.

dan ianya sudah diguna pun.
hmm… rasanya dua hari lepas masak spaghetti goreng.


yum yum.
jemput makan semua.

tata !

miss bunny macam saya kah ?

Hye ;

sanrio telah buat hati patah like kaca.. berderai !
patah tuuu.. like kaca kah ?
eh, patah like kayu lah !
okay2.. patah like kayu, derap derap..
zzz

sorry sorry.. last visit saya ke sanrio adalah di klcc.
sebenarnya, saya nak borong banyak2 dengan tujuan :
1. nak redeem.
2. nak shopping like tak ingat dalam bank ada duit lagi ke tak..

tapi bila pergi & tanya.. kalau redeem dapat apa ?
seraya menunjukkan kad.
langsung permintaan tak dilayan.
kerana kad biru tersebut takda laku dah !
tension tak ? ada lagi 4stamps saja tau.
4 sahajaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!
( hati patah ! )

terus takda pandang sanrio.
pandang kecikkan mata sebelah saja.
berjalan terkedek2 ke miss bunny.

hallo miss bunny ~*

jadi trip kali ni, saya beli stuff miss bunny saja.
tengok ! tengok !

kalau tak beli memo pad, letter sets memang tak sah.
hati tak boleh blah !

semuanya comel.
kali ni pandang miss bunny dengan hati berbunga2.

sayanggggggggg miss bunny ah !!

majalah percuma beruang prihatin

Hye ;

kali ni saya nak bercerita tentang satu lagi majalah yang dibeli di kino.
maaf lah, kalau saya beli lebih banyak majalah maka
lebih banyak entry tentang majalah akan di update.
lately, kegemaran membaca makin membuak.
faham atau tidak, terpaksa ditolak ke belakang rumah.
silap.. belakang rumah ada pokok mangga yang penuh kerengga.
tapi bila berbuah, menghasilkan buah yang manis.
( mana datang cerita pasal buah mangga ni ! )


mag ni namanya cutie. Harga RM32.90.
orang yang cute je boleh baca.
separa cute, atau penuh cute tak bleh.
sorry.. sorry.. semua boleh baca lah.
mengarut tau
ni.
( macam kiut sangat dia ni. hubby je cakap kiut, lalala )

magazine ni bagus tau.
banyakkkkkkkkkkk sangat tips.
berlambak !
kalau masuk FOS ada baju dalam bakul, banyak kan ?
ha.. lebih banyak dari baju di bakul dalam FOS.
( mengarut lagi ! )

pastu kan.. buat dessert pun ada tau.
kalau faham, boleh lah cuba ok.
pastu ajar saya pulak ya, hihihi.

antara tipsnya adalah.. cara pakai mascara dengan betul
beli saja mascara majolica majorca mahal
,
kalau tak panjang
melentik juga tak tahu lah.
( macam saya ! )


jenuh berjam duk depan cermin, pakai mascara.
nak super duper cantek tapi hasilnya,
macam tak pakai mascara saja.

ada banyak juga pasal fashion.
gambar kasut, baju yang banyak.

semua cute lah.
rasa nak terbang terus pergi jepun sekarang.
dan duduk situ diam
.
balik sini hanya untuk jumpa family saja.
lepas tu balik sana.
sapa
ada nak kirim ?
( berangan lagi ! )

halaman seterusnya adalah..

barangan berupa care bears !
seronoknya tengok semua ni.
serius ! socks dia cute !
tengok..
attention ! sila masuk parkson sekarang juga.
boleh la saya borong dan redeem kad.
( benci ah sanrio ! habis 6 stamps tak boleh redeem =(
merajuk seminggu dengan sanrio )

eh eh ingat suka ke ada cerita pasal care bears ni ?
dia bagi free stuff la kalau beli cutie ni.

tengokkkkkkkk.. saya dapat pencil case, note book & pen.
best ! cuma dia berwarna biru kain sekolah rendah.
( nak jugak sebut panjang
, padahal sebut je lah biru gelap ke, biru tua ke )

cakap pasal benci sanrio.
saya tak benci lah sangat.
benci benci manja, boleh kan ?
ehhhhhhhh.. nanti cerita lah ok !

tata titi tutu !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...