Archive for the "mine" category

tengok rumah

Salam & Hi;

esok dapat kunci, yeay !

Kami di MarryBrown

Salam & Hi;

.. cerita 4bulan lepas pada malam hari lahir saya. misi menghabiskan entry yang berlambak dalam draft Silly

dah lama dah saya aim nak pergi melepak kat marrybrown dekat dengan rumah parents saya ni. di sendayan valley ya kawan kawan. lama tak lama, dari start raya lagi. time tu siap ada coupon sempena pembukaan lagi. tapi sebab musabab yang tidak pasti kenapa, jadi kami tak sempat pergi. sampailah, on the same day of my birthday.. kami serbu marrybrown itu. yahooo !

kami sampai MB pun lewat. dalam pukul 10malam tak silap. actually, kami baru balik dari seremban 2 city park. biasala, hubby saya tengah sukaria main RC Car. jadi, mana2 tempat yang dia tahu ada orang main rc car, kami terjah. mula2 hajat di hati nak lepak di starbucks. tapi tengok keadaan banyaknya kereta beratur nak masuk jusco tu. terus tak jadi nak pergi. terus laju2 balik rumah. dah alang2 nak balik rumah terus, singgah MB pun okay kan.

hmm.. sukanya hatiku ini. apa taknya. selama ni aim je nak makan sambil berbuai buai. iya. dalam marrybrown ni ada seat buaian. maknanya sambil buai boleh makan. ataupun sambil buai, boleh tidurkan anak. ataupun sambil buai, boleh nyanyi terus.. buai laju laju, sampai pokok cina, apa dalam baju, lalala.. ok, kalau lirik salah sekalipun takda siapa akan cakap.. maaf, anda kecundang. tiada. jika tiada, maka teruskan menyanyi dan makan. dan saya mengarut. maafkan saya.

using:  Fly Away Full Kit by Thaty Borges & Page Templates Vol.02 by Thaty Borges

eh eh, bukan saya sorang saja yang seronok riang gembira. hubby juga turut bergembira. tengok itu. sukanya dia. siap penuh dengan gaya. bagus. takpayah ajar berposing. hebat.

saya siap menelaah hiasan dalaman MB ni. menggunakan warna tema merah, putih, hitam dan hijau. bila dah puas menelaah, maka siap sudah bungkusan take away makanan kami.

Oh, rupanya.. set yang saya tengok di paper semalamnya adalah.. set dari marrybrown. siap ada muffin. saya mati2 ingat set KFC. sedap. muffin dia sedap. coleslaw KFC sedap lagi kot Big Smile but ayam ada rasa. okla, puashati. marrybrown ni kalau kat Genting Highlands, saya suka makan nasi lemak dia. sedap. cuba makan. cuba tau.

sedang nenek, atuk, mummy, daddy and alang makan ayam sedap2.. auji makan kentang saja ok. cukup tak sebungkus ? kalau tak cukup, memang mummy takkan bagi tambah punya. sebab auji time tu kecik lagi. mana boleh makan sesukahati.. hehe.

Tatah semua !

Gaji Pertama

Salam & Hi;

untuk gaji pertama ni, saya dah beli satu private beach kat Hawaii. ok, kedengaran agak tipu kan ? memang saya tipu dan suka menipu. ok, tak tak. tidak suka menipu mahupun ditipu. saya manalah mampu-ss nak beli private beach. nak beli beach apatah lagi. nak pergi the beach ? ok, gurau. kalau saya nak berjemur ala artis, kena pergi pulau dan bayar sendiri lah.

untuk gaji pertama ni, saya dah mampu nak beli… taraaaaaa… external hard disk. fuhyooo ! saya beli 500gb buffalo mini station. oklah tu. nak beli 1TB besar sangat lah pulak. sekali kalau jem, mau meraung.. data semua habis hilang kan.. sebab saya belajar dari kesilapan. ok, sedih. taknak cerita pasal mendiang hard disk saya yang dulu. cewahh. mana saya tau hard disk saya ni bukan islam ni ????? mengarut.

harganya cuma RM165. beli kat digital mall, seksyen 14, PJ. naik atas sekali tau, jumpalah kedai nya. satu floor tu dia punya. sebenarnya…. beli guna duit gaji saya 1/3 saja dari harga hard disk tu. selebihnya, wang saku hubby bagi. simpan sikit sikit lama lama jadi bukit. teeheehee.

sekian. i love my new external hard disk Heart !!

p/s: gaji pertama kerja part time kat PHD call centre Grin weeeee ! nak tunggu duit nuffnang, macam tak bergerak gerak je amount dia..

Thank you Nuffnang & TGV Cinemas !

Salam & Hi;

It’s my birthday month Present .
i love January.
i love aqua.
i love water.
i love being loved Heart Heart Heart .

lama rasanya tak bercerita di sini. asyik digiscrap je. oklah, sebenarnya digiscrap tu adalah perkara-wajib buat kalau rajin setiap hari. itu adalah hobby saya. hobby hilang stress. makanya, memang tentu tentu dah ada dalam lappy ni. kalau nak bercerita buat entry, kena transfer gambar dari bling-bling camera which is.. ala malasnya nak cucuk cable padahal cable selalu je ada atas meja. kalau bab malas, memang ada je alasan kan ?

14hb yang lepas, saya ke office nuffnang. sebab saya dapat email yang menyatakan saya dapat.. FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed In Love   now menyesal tak snap pic bila kat sana Cry

ok, macamana nak ke office nuffnang eh ? senang je.

direction ke office nuffnang by Putra LRT: naik LRT pastu stop kat station Dang Wangi. ikut signboard ke Jalan Yap Ah Shak. Naik jejantas seberang sungai. Pastu dari seberang jalan, dah boleh nampak kedai kaler kuning. nama kedai tu Yellow Cab. dari yellow cab tu dah boleh nampak Sheraton Imperial Hotel. pastu tepi yellow cab tu ada jalan. Ha, tu lah Jalan Yap Ah Shak. pastu dah boleh nampak Heritage House. ataupun nama melayu dia, Wisma Warisan.

bila dah sampai sana, senang je. serius senang. selamat mencuba. eceh. Thank you Nuffnang & TGV Cinemas ! Birthday tahun ni, saya kaya movie tickets. yeay !

and petang tu juga, kami sekeluarga ke Times square. eh bukannn.. bukan pergi tengok wayang. pergi teman hubby cari barang. and dah tentu pergi makan. KFC yumyum.

p/s: dah terasa rasa kek ni Cake .. cake ke cupcake ? cake ke cupcake ? cupcake ke cake ? fufufufuhhh !

Happy Birthday Darling Hubby

Hye ;

You’re my best friend in the good times
And my rock in times of sorrow.
You’re the reason for sweet yesterdays
And my promise for tomorrow.

Happy Birthday to my dear hubby,
Ahmad Shazwan Ibrahim.

jadi, bersempena birthday boy,
saya & auji pagi2 dah bersiap comel lote ikut hubby ke office.
( gatal je nak ikut sebenarnya )
Auji masuk je kereta daddy dia, terus tidur.
pastu sampai office terus pergi breakfast.
makan tosei & minum barli, yumyum
pastu terus ke Shah Alam.. teman hubby bekerja.
Balik Shah Alam, terus pergi rumah SIL.
makan nasi minyak MIL masak sempena birthday anak bongsu dia ni Big Smile
pastu terus pergi Subang Parade pulak.
teman MIL shopping.
on the way ke Shah Alam tadi Auji tidur jugak dalam kereta.
nak ke Subang pun Auji tidur.
sian auji.. penat weekend pun tak habis lagi kot..

and after office hour, kitorang 3beranak terus ke Mid Valley. saya nak belanja hubby makan. actually saya tatau nak belanja apa. tanya hubby, hubby cakap..  kita makan kek je lah. jadi, makan kat Secret Recipe laa.. sampai2 je terus order dinner. kek pulak yang tapau bawak balik, hihi sedap kek tu, strawberry marshmallow cheese. next time, nak beli lagi lah !

ni saya punya, stewed aussie beef steak

hubby makan menu biasa dan kegemaran kami, Chicken Cordon Bleu sebelum mummy dapat makan dengan selesa, mestilah Auji ni nak menggentel dulu.

cececeh, guna nursing cover yang dibuat sendiri-lebih puashati. sedap air Banana Yogurt Shake tu, teringat2 pulak !

hmm.. auji dah tidur baru boleh mummy & daddy nak berdating.
ngehngehngeh.

hopefully, hubby sihat2 selalu. kasih sayang melimpah ruah. ailebiyu In Love

Grow old along with me! The best is yet to be.
Robert Browning (1812-1889)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...