Archive for the "lips" category

mekap raya

Salam and Hi;

mass niiiii.. suka² hati tau ! belum habis cerita raya ke2, mahupun ke3, dah cerita pasal mekap raya la pulakk.
jenuh la kamu, kamu, kamu orang nak layan. tapi kita masih lagi dalam mood raya, jadi mesti layan. mesti tau.

saja nak tayang mekap raya saya. di antaranya: majorlica majorca stuff, simple, johnson’s, garnier compact powder, in2it, avon, crazy rumors & body shop.

semua benda² ni dengan selambaraya nya saya letak dalam plastik watson’s je. sorry, sebab takda beg mekap yang besar bagak, maka saya letak semua tu dalam beg plastik saja. ah, plastik tak penting. yang penting, isinya !

crazy rumors lip balm tu balik kl baru ni, terus habis. nasib ada strawberry bodyshop tu. kalau tak, nyaris tak berkilat bibirku, wahahahaha..

p/s: jangan percaya. semua tu bukan mekap raya. yang betul² baru & suci time raya adalah Garnier compact powder bekas kuning tu yang dari jauh leh nampak case dia. and facial wash hubby punya. the rest, semua tak baru. semua lamaaaaaa, ahahaha Devil

Crazy for Lip Balm ? Crazy Rumors !

Hye ;

tepuk tangan jom !!!
tepuk tangan sebab saya berjaya beli lagi lip balm.
ish.. tak boleh la kalau tengok je.
mesti rasa gatal je nak ada dalam koleksi.

ok. untuk permulaan, saya beli dua.
Gumball ( Bubble Gum ) & Perk ( French Vanilla ).
kedua – dua ni adalah dari brand Crazy Rumors.


setiap satu berharga RM13.80.

don’t worry. saya sertakan sekali katalog dia.
haaaaa.. cuci mata tau.
kalau rasa sakit mata, pergi browse kat google.
pre-order untuk crazy rumors.
(kalau nak beli online tau)
kalau nak beli kat counter, saya tak pasti kat mana.

image clickable.
klik setiap pic di atas, jika mahu lihat lebih besar dan jelas.

buat masa ni, yang bubble gum memang ada dalam handbag saya.
memang manis.
sampai hubby saya,
saya benci bau ni. terlampau manis.. manis melampau
( sambil ketap bibir dia )
kah kah kah. mesti terliur
rasa bubble gum lah tu,.

yang french vanilla tu saya letak kat dalam meja opis.
pastu bila nak pakai, mesti cium
dulu.
hidu bau puas
. pastu baru pakai.
sedapnya ! memang recommend untuk semua.


nampak gayanya, koleksi lip balm & gloss saya yang lain,
kena tunggu turn lagi lama lah !

tee, sweet like cupcakes !

Hye ;

saya received parcel daripada tee !
sukanya la haiiiii..
meriah pulak tu !

envelope sangat kembong.
nasib sampai tau tee !
thank you tee !

bila saya bukak je, melompat lah saya !
tengok envie yang penuh dengan barang
idaman.

first sekali, cupcake lip gloss ni.
dah lamaaaaaaaaaaaaa saya cari tau.
selama ni saya wish kalau dapat satu pun jadi lah.
ni tee bagi empat.
ulangtaip, empat okay !

saya asyik bau je.
sedap.. bau macam cake ! cupcake !

cupcake necklace from claire’s !
sukaaaaaaaaaa.. berganda2 !
selalu jumpa ice cream je.
yeah yeay.. saya dah ada cupcake necklace !
berserta little note,
hai , hopefully you suka all this.
Nothing specials from tee.
of course i suka ! nothing special but superb !

okay .. sila bawa bertenang.


ni adalah santa girl.
gantung kat mana berdekatan hp anda.
bila phone anda berbunyi, dia pun melompat kegirangan.
macam saya sekarang ni.
ouh.. tak nampak saya melompat ? abaikan.

last sekali ada beg polka dots ni.
bayangkan envelope yang kecil tu boleh muat
satu beg polka ni.
best gila !
bertambah lagi satu beg polka saya !

thank you tee !
tunggu parcel mass ok !
hmm.. nak post masak tempoyak ikan patin ke ?
hihihi

kad kahwin honey

Hye ;

lamanya rasa tak update.
ok2.. hari ni saya nak update.

saya sudah pun terima kad jemputan perkahwinan honey.
congrats honey !
tapi kan.. kan.. kan..
bersama2 dengan kad ni, dia sertakan
dengan macam2 goodies yang sangat2 saya suka !
thank you honey !

sayam honey menimbun nimbun banyak okeh !

saya suka sekali shawl polkadots yang ni.
warnanya sangat sangat rupawan, kekeke
so far, saya tak jumpa lagi.
shawl ni saya dah pun pakai.
comel kan ?
comelnya adalah si pemakai dan juga yang dipakai.
lalalala

ingat tak saya pernah beli lip balm ni di sasa ?
sebelum ni saya beli, orange dan chocolate.
sekarang saya dah ada strawberry dan susu.
suka suka suka !
koleksi brooch saya juga bertambah.
tengok brooch bear tu, hikhik.
terima kasih sekali lagi, honey..

cuba tengok ni.

saya ada banyak stamps.

untuk itu, saya perlukan banyak sepit.
tengok.. honey bagi sepit.

stamps yang berlambak banyak juga dia bagi.
mana saya tak sayang honey niiiiii ?

dan akhir sekali, letter sets kucing ni.

comelnya !
memang confirm simpan seminggu.
pastu saya akan guna.
taknak dah simpan2. nak guna.

oklah semua.
banyak lagi nak cerita.
best best tau.

tunggu ok !

jimat jimat !

Hye ;

tahniah kepada diri sendiri kerana
tidak berbelanja banyak, hoyeh hoyeh !
* padahal hubby & diri sendiri demam, tu yang tak berjalan sana sini*

sampai saja seremban,
nyah bagi saya deco tapes ni !

bagus punya adik yang selalu ingat kakak tersayang
nanti boleh beli lagi ya nyah ?
, muchamucha

ohho.. sebelum terlupa, ini anor bagi hari tu

saya terlupa nak tengok kat poket depan
rupanya anor juga selitkan deco tapes untuk saya
sayam anor !

on the way balik terengganu baru ni,
saya singgah ec mall, kuantan
*ya ampun julia, nak cepat sangat hari tu*
konon.. hajat hati nak redeem kad sanrio
nak paper shredder
!
tapi bila tanya, SA tu cakap, dah habis !
yang ada.. brick calendar saja
saya tak berminat jadi saya nak tunggu barang lain pulak, hehe

masa on the way ke sanrio department,
saya ternampak bento stuff
pastu saya pusing.. tup tup..
nampak tulip ! yeah, tulip
!
tulip cookie cutter !

terubat jugak hati walaupun tak pergi daiso !
girang hati ku time tu !

sementara tunggu hubby withdraw duit, saya ternampak Sasa
hmm.. ok jugak kalau masuk cuci mata
saya ternampak anna sui perfume, fuhh ~*
semua rak saya pusing..
tengok apa saya jumpa,
hehehe.. lip balm!
comel kan ? kan ?

lip balm ni perisa coklat & orange
memang saya akan letak dalam handbag ni
comel bentuk cendawan !

adoiii.. koleksi lip balm saya makin melambak ok
tatau nak letak mana dah ni
saya dah mula letak kat dalam kotak
but dont worry, memang saya akan pakai,
takda nak simpan sampai tuanya.

sampai saja rumah, tengok.. ada surat.
ohho.. ribbons tag daripada nadithings !
thank you !!

sukanya saya.. ada
mymelody ribbon !
ada ladybird ! ada plaid !
suka suka !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...