Archive for the "ichigo" category

strawberry jelly

Hye ;

maaf kerana lama menyepi.
selain sibuk, malas pun banyak sekali.
macamana terawikh korang ?
persiapan raya ?
saya ok2 je, baru beli baju.
daddy almost complete, cuma jeans nak beli.
auji toksah kira la.. so far saya kira dah 15pasang termasuk
baju untuk tidur raya, singlet raya, dan juga ada
makteh, makyong, kawan wan auji, kawan mummy & daddy auji
yang bagi present tapi tak pakai lagi.
itupun still rasa tak cukup.
nak cari seluar lagi sehelai. baju. bip. socks. fuhh !
auji ni puasa cukup ke tak ? ROTFL

Rabu lepas bersamaan 8 Ramadhan, saya buat air special ni.
actually taklah special mana pun.
resepinya senang saja, air tangan bonda !

beli je air strawberry Dutch Lady.
potong kecil agar – agar bonda. bonda saya yang buat.
weekend tu kan saya balik sana, jadi tapau agar – agar, seremban mali, Cute hihi

tara… jadi lah air strawberry jelly ! kakaka

ntah kenapa Rabu itu sangat mengidamkan benda sejuk2.
jadi, minta hubby belikan aiskrim.
awal2 dah pesan beli bekas yang paling kecik.
sekali beliau  bawa balik bekas paling besar + 200ml FREE.
hadoiii, jenuh dah habiskan..
sampai sekarang ni pun tak habis lagi..
auji cepat besar deh ! boleh join makan aiskrim Drunken Razz

darling nadia

Hye ;



sebenarnya.. saya cuma minta tolong —>nadia belikan myojo mi goreng pedas ni sahaja.
(memandangkan tunggu2 tesco siap dibina di KT ni tak siap2 sampai ke sudah)
tapi banyak pulak dia bagi.
hish.. geram betul kawan saya sorang ni.
lain kali saya nak kirim sampai beratus ringgit, baru dia tahu, ahahaha
thank you nadia !


nadia bagi saya, Hello Kitty & Peko-Chan brooch.
comel. tapi saya ada satu trauma.
saya tammo pakai brooch ni sebab dia senang tercabut.
kesian. comel-comel nanti hilang pulak =(


saya suka cermin tweety tu.
pandai pulak nadia pilih.
ke dia memang ingat zodiac sign saya ? =P
Aquarius


and akhir sekali, benda yang tammo kongsi adalah..
Bodyshop Strawberry Body Butter.
manis sekali bau dia ! yum yum !

dan juga jelly HK tu.
saya dah share dengan anak-anak buah, hihi
sebalang nadia bagi.
balangnya boleh buat tabung.

and ouh.. myojo mi goreng pedas tu fav saya dari darjah 6 lagi.
saya tak pasti kat mana ada lagi.
yang pasti, kat tesco ada.
packaging masih sama seperti dulu lagi.
sapa pernah makan ? angkat tangan !

emosi seperti thermostat

Hye ;

apa la ni
title seperti mahu jadi mekanik saja
hehehe

bukan apa, kereta tadi panas.. panas yang amat
hingga thermostat menjadi bermasalah
wahh.. cakap seperti mekanik lagi !
ouh tidak mengapa.. itu di dalam bidang kuasa hubby
jika bukan dalam bidang kuasa sekalipun, serahkan pada yang sepatutnya, ya

tapi mungkin kerana terlalu panas dua tiga hari ini
emosi juga menjadi tidak stabil
sampai takda mood mahu bercerita tentang perfume gula2 saya

mahu duduk diam
mahu menangis sana sini
mahu bagi message mengarut
pada hubby
seakan terasa hati berderai, krek.. krak.. kraaaak


ouh.. thank you hubby for being there forever !
the more i know you, the more i love you =)

habis sudah cerita rumahtangga
sekarang mari cerita tentang semalam

sebaik sahaja balik dari airport
makan dan relax
puas merehatkan diri,
saya dan hubby mulakan rutin seperti biasalah
S U P P E R !
*saya rasa macam takda bagitahu hubby mahu ke mcd*


dah la berbaju baru
pink, strawberry & polkadots
dan yang penting, RM12 sahaja
sangat worth.. pakai harian saja lagipun..

bila pakai, baru seminggu takda jumpa kawan2 hubby
dah notice saya nampak kurus pulak, *blush*
bagus lah baju baru ni,
dahla murah, ajaib juga !


ha, happy meal ada toys baru
sangat berguna untuk menyimpan tiny things
sukanya !
dua tiga hari lagi saya akan berkunjung semula ke mcd,
saya mahu kumpul semua characters !!
oh lupa.. cuma RM3 ok !

tatah !


BS Lip Balm & Pos

Hye ;

kemari semua… nyahahaha
saya mahu cerita… hihi
takde apa lah..
cuma nak cerita hari ahad saya yang sibuk

lepas sahaja saya terima panggilan daripada post office
saya terus bergegas keluar
sebenarnya memang nak keluar
bergegas bukan sebab apa,
officer pos tu cakap,
sampul
pos saya terkoyak dan
posmen takut nak hantar..
saya dah mula risau ni !
macam2 saya fikir..

lepas settle semua tempat saya pergi
baru saya ke pejabat pos HQ

hmm.. saya kena naik tingkat 2
macam scary je tempat dia
sebab macam takde orang pon kat tingkat atas
rupanya kat dalam2 sikit baru ada orang

bila saya gi ambik sampul pos saya tu
fuhh.. terkejut saya !

pos saya dah jadi macam ni

saya diberitahu sampul ni
koyak dari post office johor lagi

kesian tengok sorang officer yang entertain saya
ke hulu ke hilir dia settlekan
saya diberitahu dia kena update data dulu

dia ada jugak tunjuk kat saya sampul tu
dan suruh check, ada apa2 yang hilang tak
bila saya dah tengok dan puashati
saya sign dan balik !

hihii.. officer tu siap cakap,
takut barang hilang,
nanti kes berbangkit

saya cakap,
takde apa lah..semua okayy !
thank you mr pos !

ooo.. lupa lupa
dalam sampul tu ada lip balm BS Strawberry

yang saya minta tolong kawan saya belikan
kawan saya tu, kawan lama
nama dia ?
Raja Intan Dewiasyikin Raja Abd Rahman
betul kan ?
kawan kolej saya la.. tapi
kami panggil dia eint sahaja !

hmmm.. tapi lip balm yang saya guna sekarang adalah
wetnwild 995 Strawberry Fraise

hmm.. yang BS ni glossy
sangat lah
patut la saya tak pernah beli dulu
skang je baru nak cuba..
lagi satu saya tak berapa suka yang chapstick ni
saya lebih suka yang stick, lebih hygiene


oklah semua
sini asyik hujan
saja
kain pulak banyak nak dibasuh
, hiihihi

ichigo themed swap


Hye ;

meh kita cerita pasal swap saya lagi
kali ni pasal themed swap
yaya.. mesti lah semua strawberry ok

so far saya join beberapa swap yang bertheme kan
seronok tau !
lagipun saya suka
~
jadi mengumpul sambil berswap, adil bukan ?

this is what i sent her

plus dengan bag ni
tak sah la kalau swap theme ni tanpa strawberry shortcake
dan saya pos semua stuff ni ke mollyforker, Ohio USA


dan saya terima daripada janien, belgium
lambat jugak, dalam sebulan lebih
sebab post office belgium memang agak slow
this is what they said laa..
tapi saya baca kat forum pun dorang cakap gitu.. nyehnyeh

dia bagi saya coklat,, postcards,
bath gel, coins bag..
dan yang paling saya suka mesti lah ini..

fruity jewelry, Qlia brand
dalam notepad ni ada 4 designs dan
ada banyak

yum yum ~

take care semua, muchamucha



bye ! nite nite

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...