Salam & Hi;
saya ni teringin nak makan laksam sebenarnya. aduhh. tapi takdalah tahap kritikal-menangis tengahmalam nak laksam. takda. takda. masih dalam keadaan terkawal. google punya google jumpala belanga cafe ada jual laksam. tapi masa tu saya search biasa2 je, takda la sampai hentak2 bagitau hubby.. nak pergi belanga, nak pergi belanga. tak. tak. saya relax je.
so, tengahari tu kami pergi Pudu Plaza for my early birthday present (Thankyou Hubby, ailebiyu ![]()
![]()
), itu cerita lain hari. then dah settle semua kat situ, kami ingat nak pergi Times nak cari barang, tup2 tak jadi pergi. decide pulak nak pergi Amcorp Mall, tapi masa tu dua2 tengah lapar. fikir punya fikir kat Amcorp macam takda tempat makan best je, so saya suggest kat hubby kita pergi MidValley la. Hubby pun OK. apalagi, kat kepala dah ada peta minda dah.
bila hubby tanya nak makan mana, saya terus cakap “Belanga”. Nasib senang cari kedai dia, kalau susah..menjawabla dengan hubby. mau terus pergi McD je kot.
Bila tengok menu, fuhh..macam best. pulak tu saya dah baca apa orang review pasal kedai ni. mula2 bagi hubby order dulu. sekali dia order nasi dagang lauk ayam. saya nak order laksam sebenarnya, tapi hubby suggest try la benda lain.
okayyyyy..saya order mi bandung udang.
Nasi dagang hubby memang ada rasa. mi saya pun not bad. dua2 ada rasa. lepas tu saya order kuih lompat tikam juga. maka, kenyanglah kami hari itu sampai ke malam. tengahmalam baru lapar balik, nak keluar malas, nak masak pun malas. maka berlaparla kami tengahmalam itu pula ![]()
dah lepas puas menjamu selera di Belanga, kami jalan2 sekejap. sekarang kan musim nak chinese new year, maka decoration kat dalam MidV tu adalah semuanya merah. snap2 pic sekejap dan terus balik rumah.
sekian sahaja cerita hujung minggu yang lepas. ok, ini entry tidak berapa basi lah kan ? Peace
!
Shanghai. ok, silap.. Beijing. Tipu. iCity je.
ni cerita sabtu malam tu. bukan sabtu yang baru ni. ni sabtu yang sebelum krismas tu. krismas kan hari ahad. ha, lupa la tu. krismas ahad, tu sebab isnin cuti.. siang sabtu tu, family in laws saya semua datang rumah. semualah, kecuali kakak yang kat setapak tu dan abang sulung yang kat Tganu. the rest semua datang rumah. punyalah menggelabah nak bagi apa la dorang nak datang rumah ni. sebab mana biasa masak untuk kuantiti banyak. mau kurang bahan, kurang rasa. selalu masak sedap, terus tak sedap. mana tau kan.. tup2 hubby cakap, MIL masak nasi bryani. jadi, saya dikehendaki menggoreng ayam berempah. fuhh lega. ehhhh.. habis you ayam I ! siap goreng dua kali. kesimpulan yang I nak buat adalah ayam goreng berempah I sedap. tak kira. (padahal..ayam goreng je wehh..budak2 kan suka ayam.. nak2 pulak dorang 2kali pergi mandi pool, balik makan pastu pergi lagi..mana tak habis ayam…) dan saya buat puding + koktel buah. pun habis.. tak ke betul sedap namanya ? hahaha. sedapkan diri sendiri je niii..
malamnya, semua orang pergi iCity kecuali MIL & FIL saja tinggal. kalau dorang ikut, memang kesian jugakla. sebab mesti penat berjalan. stroller auji pulak takda kat rumah sini. maka kami bergilir2 la dukung auji. auji pulak sampai2 iCity dah tidur. kita bawak dia pergi icity nak tunjuk dia banyak lampu, sekali dia tidur la pulak. mungkin penat main dengan cousins siangnya tu.
tidur..
..masih tidur. mummy suka pic ni, maka mummy nak letak jugak kat sini..
jengjengjeng.. baru bangun.. weehoo ! banyak lampu kan auji ? mula2 blur dulu tengok lampu banyak.. lepas tu terus tunjuk sana sini “tuuu..tuuu..tu..tu..” suka dia tengok lampu semua.. ini pun dah dekat2 nak balik baru dia bangun.. alahaii, auji auji.. next time kita pergi jangan tidur ok !
saya dah preggy 7bulan dalam pic ni. susah woo nak snap pic ni, siap pergi lereng bukit. punyalah nak pilih pokok cantik
jadinya, jalan2 je la malam tu kat situ dan bila dah puas jalan2, jom kita makan ! lokasinya adalah di Restoran Zam Zam arabic food, Seksyen 9. ini first time saya cuba makanan arab, confused sekejap sebab macam takda kuah. memang kena makan nasi dengan ayam/daging tu sahaja ? memang blur la saya.
auji pulak pantang jumpa air sejuk. air peach tu berapa banyak kali dia minum. suka betul air sejuk. sampai satu tahap, mummy takleh sabar dah, mummy terus ajak dia pergi main. tengok gambar dia, macam dah besar dah dia.. rindulah kat auji ! weekend ni kita jumpa ya sayam
Tatah semua !
Pagi2 lagi kami dah pergi breakfast. pagi tak pagi la, dalam pukul 8am. auji pulak bangun awal pagi tu. senang dengan auji time tu. bila kami dudukkan dia di baby chair, dia makan diam2. tak merengek ke apa ke. bagusss auji, muah.
suasana pagi tu, sejuk sangat. keliling masih berkabus lagi. syokkk. sebab kat KL tak sejuk macam tu. kalau KL sejuk macam tu, mau tak pergi kerja. semua orang kerja dari rumah agaknya. hehe.
lupa nak snap apa yang hubby makan. cuma teringat nak snap apa yang saya makan saja. ehh.. telur mata kerbau tu satu untuk hubby, dua lagi tu kongsi dengan auji. roti telur pun kongsi dengan auji. saya ambil buah juga. sebab auji sukaaaa sangat buah. pergi mana2 memang saya akan carikan buah dulu untuk dia.
dah nak habis makan tu, saya baru perasan ada orang makan kuey teow goreng tapi taknampak kat mana. kebiasaannya, saya akan ambil makanan yang tak biasa makan. tapi hari tu tengok orang makan kuey teow goreng macam sedap lalu tanya hubby kat mana dorang ambil, ada nampak tak. hubby bagitahu, ada tu. dorang goreng panas2. terusss saya pergi ambil. yummy.
orang mengandung boleh makan banyak. eh.
dah siap makan, balik bilik. main2 dengan auji. golek2. dalam jam 11pagi, kami pun bertolak pulang terus ke seremban. wowwi, sejukkk. dalam jam 2petang tu dah golek2 kat seremban dah.
sampai genting around 5-6pm. kat sana kami stay di First World Hotel, Genting Highlands. suasananya masih sejuk dan dingin. duduk dalam bilik takyah bukak kipas laju2. bukak satu pun hubby duk bising suruh kecikkan. nak kecikkan macamana lagi pun tatau. hahahaha.
dan malamnya hubby pergi meeting, saya dan auji pusing2 indoor theme park. sebenarnya saya nak pergi makan tapi tak best pulak makan tanpa hubby. jadi saya bawa auji berjalan dalam tu. auji betul2 excited. semua yang bergerak dalam tu semua dia akan tunjuk2 dan cakap kat saya, “tu.. tu.. tu..”. pusing sini dia akan cakap “tu.. tu.. tu..”, pusing sana pun dia akan cakap, “tu.. tu.. tu..”. saya layankan saja. mungkin dia suka sebab banyak lampu. bila auji cakap “tu.. tu.. tu..” saya pun akan balas “ya, mummy tengok…” “ya, mummy nampak…”
dan saya biarkan dia berjalan ke sana sini. saya ikut saja ke mana dia nak pergi. maklumlah dia kan dah pandai jalan dan lebih selesa berjalan dari berdukung ni. sampai satu masa, dia pergi tegur budak sebaya dalam stroller. risau betul saya. kadang2 kan ada parents tak suka orang or budak lain datang tegur anak dia, takut berjangkit penyakit ke kotor ke kan.. auji memang suka berkawan. dia takda masalah pergi tegur orang ke, kalau tempat ramai2 orang lagi dia suka.
bila saya letih, saya dukung dia dan laju2 masuk ke pizza hut. lapar sangat dan tak jadi tunggu hubby untuk makan sama. betul2 dah duduk, auji dah lentuk. rupanya dah tidur. sekejap saja dah tidur, baru je saya dukung. mungkin penat sangat cakap “tu.. tu.. tu..” dan berjalan sana sini. terus saya tak jadi makan dan balik ke bilik. sementara tunggu hubby, saya tertidur. hubby balik je terus kami keluar balik cari makan. oh KFC, McD dan Marry Brown semua 24hours tau.
kami makan di Marry Brown. tiba2 rasa kat Jakarta pulak. sebab semua yang kat kaunter semuanya warga sana. bila pergi genting, mesti makan kat marry brown. sebab nasi marry brown tiba2 lagi sedap kat sana dari sini. tak percaya, pergi cuba. lagi satu, starbucks. pun lebih sedap kat Genting. tapi hari tu tak sempat nak pergi beli coffee. next visit lah.
bila ada hubby, baru sempat nak snap photo. tengokk.. hubby masih pakai kemeja. sebab balik meeting je terus layan isteri lapar
siap makan, balik bilik dan tidur ! oh sejukkkkkkkkkk
apa yang fokus sangat tu auji ?
apalagi, kerja saya pagi itu adalah layan anak bermain dan tengok katun. betul2 fokus tau auji ni. senang betul auji ni. bagi tengok katun, memang leka lah dia.
breakfast roti & tuna. lepak2. sampai dalam pukul 10-11pagi tu kami dah siap2 nak check out. tengoklah, tidurnya semalam saja, barang bukan main banyak. yelah, ada anak kecik kan.. memang automatic akan banyak barang.
first sekali lepas check out, kami terus pergi pasar kat bandar alor gajah. saya beli 5botol cencaluk dan 20peket belacan nak buat buah tangan. auji nampak pisang dari jauh dah mam, mam, mam. even gambar pisang kat kotak tisu pun dia akan tunjuk dan cakap mam, mam, mam. baru2 ni saya call pun bila tanya, “auji dah mamam ?” terus dibalingnya telefon neneknya tu seraya berlalu ke meja, rupanya nak pergi makan nasi lemak. sudahnya, saya cakap sorang2 je kat dalam fon. hadoii.. anak anak. takleh tanya dah mamam ke belum awal2 call, kena tanya last2. hehehe.
itu sahaja cerita percutian kami tahun ini. overall, puashati. yang penting tetap pergi bercuti satu keluarga. next year, bajetnya akan difikirkan pulak ok. tatah ! thank you Matta Fair, berbaloi baloi !







