Archive for the "happy meal" category

Sambutan Birthday yang paling ringkas

Salam & Hi;

..cerita sehari selepas birthday saya – 22 January 2012 yang lepas.

Secara kebiasaannya, kami akan keluar makan beramai2. Meskipun dah selalu makan beramai2 macam ni, tapi bila awal2 sebelum pergi dah set, “ok, mama nak belanja makan Along punya birthday” jadi feelingnya lain lah sikit bukan ? Eh eh. Siapa yang tak suka dibelanja tu ? Meh sini jadi kawan baik meh. Takyah belanja dia sebab dia tak suka.

Wajah birthday girl yang telah disabotaj dan diblurkan. Hehehe.

Birthday girl makan simple je. Roti bakar. Saya memang suka roti bakar. Mengandung ni memang selalu jugak makan roti bakar. Sebab ianya yummy ! Tapi kena minum dengan milo kosong, baru mengancam.

Eh, gadis beriben lagi. Cuma kali ni tak beriben dah macam entri yang lepas. Kali ni confirm saya kena tarik rambut sekali lagi. Sebab sengaja mempromote dia sebanyak dan sesuka hati. Hahahaha.



Mereka yang lain semua makan makanan panas. Kecuali abah cuma order rojak buah. Tahun ni takda acara potong kek. Sebab birthday girl tak request nak kek. Sepanjang mengandung ni dah banyakali saya makan kek, jadi keinginan untuk makan kek pada hari lahir adalah tidak membuak2 macam setahun tak makan kek. Ok.
Semoga di usia 19tahun ini saya semakin gembira, dan semakin semakin semakin…yang lain2 semakin, biarlah rahsia. Ok, ada penipuan di sini. Bukan usia 19tahun. 29tahun.  In Love

Tatah !

Cili Merah, Seksyen 9 Shah Alam

Salam & Hi;

Ini adalah restoran kedua menjadi pilihan untuk lunch saya. Dah dua kali saya pergi. sebabnya kat sini memang banyakkkkk sungguh pilihan lauk. siap ada pencuci mulut, ada bubur nasi, ada goreng pisang, keropok lekor. Eh, puashati lah. Nak2 perempuan mengandung macam saya ni yang selalu blur dan takda selera nak makan apa. Datang sini terus rambang mata.

First time datang hari tu kami datang jam 3petang. Lauk masih banyak. Dua kali datang, dua dua kali pun mesti ambil asam batang keladi. Favorite tauuuuu !

Pastu mesti ambil pencuci mulut. Ambil pengat pisang dan kuih lopeh. Yummy !

dah habis sepinggan, makan pencuci mulut siap feeling2 lagi okeh. Over saya ni. Ok, ni bukan feeling, ini namanya hubby candid. Biasa dia tu, snap candid saya begitu buruk. hehehe.

kali kedua pergi, mesti ajak #gangmakan saya. cewah ! sorang mama saya, sorang lagi si gadis beriben. Over dia tu, berrrriben bagai *header blog dia tu saya yang buat*… kehkehek *dia garang, nanti dia tarik rambut saya* hahahaha tengok tu, kedua2 pinggan pun licin. ha, dah boleh agak kan macamana rasa lauk pauk cili merah ni ?

Auji sayang mummy tu saya suap nasi & sayur. Sayur tu wajib. sebab anak kami ni adalah penggemar sayur yang tegar. You name it ! Kobis, taugeh, tauhu, carrot kegemaran tu, sawi..hah pendekata semua sayur ya. Semua sayur tu tak termasuk terung, bendi dan seangkatan dengannya la. Itu sayur orang besar namanya. Kalau tengah suap nasi yang ada carrot, kalau mummy lambat sangat suap, maka carrot akan dia kutip sendiri. Harap2 sampai ke besar la dia suka sayur. Kalau tak sampai ke besar, maka itu mewarisi sifat daddynya. Sebab MIL cerita, hubby masa kecik makan tomato macam makan epal. Bila besar, uhuk uhuk..pandai2 lah agak ya !

Sekian sahaja cerita makan2 saya hari ni. Nanti cerita lagi ok !

Tatah !

Wordless Wednesday #8: Bubur Nasi Berlauk @ Night Circle, Seksyen 11 Shah Alam

Salam & Hi;


Tatah !

Aimar Corner @ TTDI Jaya

Salam & Hi;

Selalunya kalau ke TTDI Jaya, kami pergi tapau nasi kukus je. Satu hari tu, saya dah taknak makan nasi kukus lalu ajak hubby pergi Aimar Corner ni. Sebabnya saya ada baca ramai orang suggest Aimar Corner ni sebagai tempat makan best kat Shah Alam. Jadi, apa salah pergi cuba.

Konon2 sebelum pergi nak makan kuey teow. Sebab orang buat review kueyteownya sedap. Tapi sekali bila duduk, tak jadi order kuey teow pun. Kami order set dinner untuk 2 orang makan. Kuey teow tu next time la try.

Harganya reasonable. Sekali bila dah order, banyak lauk pulak kami rasa. Jenuh jugak nak menghabiskan dua orang. Ada ikan stim, Sup Tulang, Telur Dadar, Ayam Goreng Kunyit dan Kangkung Tumis Belacan. Banyak kannn ?? Harga untuk set dua orang ni RM28.50.  Puashati. Next time family datang, boleh bawak pergi sini makan dinner.

Saya dah tak larat makan. Hubby yang tolong habiskan. Sebab saya betul2 kenyang.

Thank you Hubby !

Pastry Culture’ @ Tropicana City Mall

Salam & Hi;

Bila dah boring lunch kat One Utama & The Curve, memang kadang2 kami akan ke Tropicana City Mall. First time datang Tropicana City Mall ni, kami pergi makan kat Sushi Tei. Sedap. Nanti nak pergi lagi.

Naik2 je dari parking, mesti selalu lalu kat Pastry Culture ni. Kek2 nampak sedap.. Lepas tu ternampak pulak ada set lunch. Jadi, kami cubalah. Lagi satu, cafe ni betul2 bawah Borders.

Kita boleh pilih filling & Sauce untuk pasta. Jadi saya pilih Aglio Olio + Meatballs. Portion pun just nice untuk lunch.

Dan ada mini cake + ice cream. Yummy. Untuk hari tu adalah cheesecake.

Pasta + Air Mineral + Mini Cake & Ice Cream = RM9.90.

Enjoyy !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...