Archive for the "bento" category

main masak – masak

Hye ;


dah lama sebenarnya saya nak
cerita pasal Hello Kitty kitchen utensils saya ni.
belum pun sampai kat dapur, saya dah excited.
suka betul tengok koleksi terbaru saya ni.

saya dah order sebelum pindah lagi.
sebab ingat tak kena pindah kan..


siap explain pada shop owner, kittystore saya nak pindah.
harap2 lepas pindah masih ada stok, and bla bla bla.


jadi, bila pindah tempat baru,
excitednya nak guna semua benda baru, hihi

saiz dia tak sama macam yang biasa.
saiz comel.
ha tahu kan comel macam mana ?
comel macam main masak2.
ha, gitu lah..


hopefully, saya makin rajin memasak.
lalalalala

miss bunny bento box

Hye ;


saya dah terima Miss Bunny Bento Box.
sukaaaanya bila pos laju hantar laju-laju.
bagus betul !
happy laaaaaaa saya satu hari.

ingat tak sebelum ni saya cakap saya pre-order dari Japan ?
sebabnya saya tak jumpa-jumpa pun setelah puas mencari.
RM25 sahaja plus delivery.
kebetulan, hubby tuan kedai nak balik Malaysia, hihi
dah la dapat satu set, cukup menggembirakan.
packaging pun comel !


oklah, saya dah mula sakit belakang.
check up hari ni saya naik 2kg.
gara-gara masakan sedap bonda saya minggu lepas.
pulak tu stay sampai seminggu, memang syok la saya makan.


hari ni kena injek juga.
untuk kancing gigi.
lenguh tangan kanan saya =)
saya minta untuk dicucuk di tangan kanan sebab..
saya kan menulis tangan kiri.


tatah semua.
nanti saya cerita lagi yer.

apple coaster

Hye ;

saya nak share barangan apple saya yang terbaru iaitu,

Apple coaster.

yummy, yummy !
suka betul saya bila jumpa apple ni di kedai.
ingatkan apa.
saya tanya salesgirl tu, dia cakap tabung.
bila saya bukak kotaknya, bukan tabung.
main sedap je dia cakap tabung.
ni coaster la kak !
buat lapik cawan bila minum.
takda la basah meja kita.


comelnya. macam apple betul.
tengok ada merah, ada hijau.
segar pulak tu.
takda pun ulat intai
, hihihi

miss bunny bento box

Hye ;

i got it for only, RM20 (not including delivery, RM6)
cheap ! cheap !
kalau campur delivery, baru RM26. hihi


Cute Miss Bunny Japanese Bento Lunch Box Set contains :

1 set of 2 tier of Miss Bunny Japanese Lunch Box
1 Lunch box with Miss bunny cute cover
1 Chopstick and Chopstick case
Miss Bunny Japanese Bento Lunch Box Belt
Miss Bunny Japanese Bento Lunch Box Set – Cloth Bag

sorry, i tak tahu size dia berapa besar.

the only thing is, Miss Bunny Japanese Lunch Box ni hanya akan sampai in December.
ulang taip, December ok.
bukan december tahun depan, tahun ni la.
bulan depan je ha.

sebabnya adalah saya memilih untuk tidak dipos dari Japan.
kalau dari Japan, postage charge nya mahal wooo !

Tuan punya kedai akan balik Malaysia December ni.
dia akan bawa balik sekali, yeay !

jadi, siapa nak.. boleh tinggal komen.
bolehla mencintai miss bunny bersama
.

i love miss bunny, .

tatah !

bento untuk si comel di masa depan

Hye ;

hari ni saya makan laksa penang lagi.
lepas habis makan laksa, makan ayam goreng ala kfc.
kat sini ada satu tempat ni memang buat ayam sebijik macam kfc tau.
sedap woh !
lepas makan laksa, makan ayam memang mengancam jiwa raga yoh.
pastu minum pulak dengan air ribena.
memang syok sampai malam laaa..
on the way balik, masuk watson’s kejap dan
beli dark choc bournville hazel nut.
aummmmmmmm !!

saya still morning sickness.
mandi je mesti nak buwek.
hai.. pengalaman berharga betul !

saya hanya makan apa yang mahu dimakan saja.
kalau paksa, memang tak menjadi punya.
memang tak makan dan tak lalu masuk tekak pun.

sebenarnya, saya tak habis lagi nak cerita pasal balik raya hari tu.
kat sini saya dah tak rasa musim raya pun.
kalau zaman single bujang dulu, weekend je mesti ada je jemputan open house.
nak dengan taknak je pergi.
rindunya zaman itu !

hmm.. sambung cerita comel saya balik.


saya nak bagitahu saya beli bento lunchbox mymelody.
memang comel.
saya nampak je terus ambil tanpa fikir panjang.
dah la harga murah sangat.
warna pilihan pun mengancam.

masa saya tengok display, yang dalam dia tu warna merah.

bila saya beli, bukak dalam dia warna pink.
suka betul saya !
pastu kan balik raya hari tu, saya dah guna pun.
letak nasi putih + ayam goreng + kacang panjang tumis masakan bonda saya.
pastu berhenti kat hentian kuantan dan makan.

ouh, harganya cuma… jeng jeng jeng..
RM6.90. ya kawan, RM6.90.
berbaloi baloi !!

lately kan.. saya notice, selera makan hubby bertambah.
nak
selera untuk makan makanan yang jarang dimakan.


like 2 malam lepas, hubby nampak je gerai jagung bakar,
terus buat u-turn untuk beli.
tengok tuuu.. punya lah dekat hubby duduk tengok jagung tu dibakar.
hubby… hubby.. pengalaman sungguh, !

saya tak berapa minatlah jagung bakar.
kalau jagung mayonis saya minat.. minat.. minat !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...