Archive for the "babyboo" category

Wordless Wednesday #11: An Elmo Balloon @ HSTJ

Salam & Hi;

Tatah !

Baby Bedding Set

Salam & Hi;

Akhirnyaaaaaaaa.. siap dah sarung tilam, sarung bantal dan sarung bantal peluk baby kami ni. Kali ni pun mama yang jahit.

Kain cotton tu ada lebih yang saya beli untuk Auji dulu. Lama dah. Saya pun lupa berapa meter saya beli yang sampai banyak pulak lebihnya. Mula2 dulu buat sarung bantal Auji. Lepas tu buat party hat Auji masa birthday dia setahun. Ni buat set tilam adik Auji pulak. Cuma bumper cot tak siap lagi.

Hari tu tengok kat Home’s Harmony, mahal sangat pulak bedding set baby. Corak pun limited, satu baby boy satu baby girl. Nak cari kat Aussino, tak sempat nak singgah dah. Cari online, alamak..sama harga dengan kedai la pulak (pada sayalah). Maybe dorang guna designer cotton kannn.. Saya ni cotton warna coklat gelap ni saya beli RM7 semeter kat Casa Moda, Seremban 2. Lepas tu kain cotton kereta tu saya lupa berapa harga dia.. tapi 2-2 kain ni kualiti dia pada saya bagus..

Oklah, janji puashati. tercapai jugak hasrat nak sarung tilam warna coklat. Eeii rasa macam cun sangat dah ni, dengan kain kereta tu dah colorful, sukaaaaaa sangat ! Thank you, mama !

Day 25: Today’s To Do List

Salam & Hi;

  1. Nak cari set bersalin tropical herbs Amway, tapi nak COD kat Seremban, siapa tahu ? *Yay, dah jumpa. and dah confirm pun. Next week dapat COD dengan harga terbaik dari ladang. Saya sangat sukaaaa !*
  2. Nak list down barang baby yang tak complete lagi, macam milk storage, steriliser & warmer, bottle rack, etc.
  3. Nak list down apa nak isi dalam goodies bag for 2nd Birthday Auji next month plus apa yang nak DIY.
  4. Nak list down apa nak isi dalam goodies bag for Majlis Cukur Jambul nanti plus apa yang nak DIY.
  5. Gentle Reminder untuk diri sendiri: jangan duduk depan lappy je. Petang2 mesti keluar berjalan bawa Auji.
  6. Oh, nak buat listing apa nak restock time pantang nanti. Nak beli milo, biskut lemak, toilettries, etc.
  7. Buat budget untuk semua listing.
  8. Nak mouse-shopping Kissed
  9. Nak masak lunch. Hari ni kena masak lunch, mama takda pergi kenduri.
  10. Nak tidur kejap boleh ? Sebab tadi mengantuk bagai nak rak, sekali pergi tengok pic moist choc cake and jumpsuit untuk baby terus tak mengantuk.. dush !

Tatah !

Cili Merah, Seksyen 9 Shah Alam

Salam & Hi;

Ini adalah restoran kedua menjadi pilihan untuk lunch saya. Dah dua kali saya pergi. sebabnya kat sini memang banyakkkkk sungguh pilihan lauk. siap ada pencuci mulut, ada bubur nasi, ada goreng pisang, keropok lekor. Eh, puashati lah. Nak2 perempuan mengandung macam saya ni yang selalu blur dan takda selera nak makan apa. Datang sini terus rambang mata.

First time datang hari tu kami datang jam 3petang. Lauk masih banyak. Dua kali datang, dua dua kali pun mesti ambil asam batang keladi. Favorite tauuuuu !

Pastu mesti ambil pencuci mulut. Ambil pengat pisang dan kuih lopeh. Yummy !

dah habis sepinggan, makan pencuci mulut siap feeling2 lagi okeh. Over saya ni. Ok, ni bukan feeling, ini namanya hubby candid. Biasa dia tu, snap candid saya begitu buruk. hehehe.

kali kedua pergi, mesti ajak #gangmakan saya. cewah ! sorang mama saya, sorang lagi si gadis beriben. Over dia tu, berrrriben bagai *header blog dia tu saya yang buat*… kehkehek *dia garang, nanti dia tarik rambut saya* hahahaha tengok tu, kedua2 pinggan pun licin. ha, dah boleh agak kan macamana rasa lauk pauk cili merah ni ?

Auji sayang mummy tu saya suap nasi & sayur. Sayur tu wajib. sebab anak kami ni adalah penggemar sayur yang tegar. You name it ! Kobis, taugeh, tauhu, carrot kegemaran tu, sawi..hah pendekata semua sayur ya. Semua sayur tu tak termasuk terung, bendi dan seangkatan dengannya la. Itu sayur orang besar namanya. Kalau tengah suap nasi yang ada carrot, kalau mummy lambat sangat suap, maka carrot akan dia kutip sendiri. Harap2 sampai ke besar la dia suka sayur. Kalau tak sampai ke besar, maka itu mewarisi sifat daddynya. Sebab MIL cerita, hubby masa kecik makan tomato macam makan epal. Bila besar, uhuk uhuk..pandai2 lah agak ya !

Sekian sahaja cerita makan2 saya hari ni. Nanti cerita lagi ok !

Tatah !

Auji @ Playground

Salam & Hi;

…ini cerita berminggu yang lepas. Kan hujung minggu kami adalah membawa Auji berjalan Wink

Auji sekarang ni tak boleh jumpa gelongsor tu. Sampai je mesti pergi situ dulu. Suka betul dia. Mula2 biasala mummy pegang, tengokkan, sangat sangat takut nak lepas lagi. Dah nak dekat balik tu baru perasan dia dah tahu nak control kaki time menggelongsor tu.

Dekat 10round la turun naik turun naik mummy duk layankan Auji. Takpalah Auji, everything for you..muahhhh !

Nanti kita pergi lagi. Okayyy ! Tatah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...