Archive for the "babyboo" category

Susu formula untuk ibu mengandung dan menyusu

Salam & Hi;

This time pregnant sama macam time auji dulu, masuk 7bulan saya tukar susu dari Anmum Materna ke EnfaMama. Satu sebab EnfaMama ni terus untuk Maternal & Lactating Formula. Dan sekarang, susu tu dah habis setin. Saya suka susu kosong saja, taknak yang ada perisa coklat ke vanila ke sebab saya rasa pelik. Mengandung memang takda masalah minum susu. Time Auji dulu pun ok je minum susu. Kalau tak mengandung pun saya memang suka minum susu. Yummy.

Baru ni check up kat SALAM Seremban, saya dapat Nestle Mom & Me sekotak + Similac Mom tu 2peket for FREE. Jadi, sekarang misi untuk menghabiskan Nestle Mom & Me tu dulu. Kemudian sambung dengan Anmum Lacta. Yang Similac Mom tu satu peket saya dah cuba. Manis sikit rasanya. Tak berapa minat. Anmum & EnfaMama tak manis, just nice. Saya suka. Ada orang cakap Anmum Materna ni boleh buat baby besar la, kita akan gemuk la. Teori yang tu saya tak berapa pasti sebab saya masuk 7bulan memang tukar susu. Jadi tak dapat nak pastikan.

Tapi saya rasa bukan sebab susu kot kita gemuk. Mungkin sebab selera bertambah tambah.. Enjoice !

Saya suka makan jagung

Salam & Hi;

Daddy suka makan jagung bakar.
Mummy suka makan jagung + mayonis.
Auji ? Nahhh…

Jangan kacau. Jagung time.

Yummy, mummy. Sedappp !

No, mummy ! Nooooo !!!

Ahhhhhhh…nikmat !!!

Lainkali jangan kacau Auji makan jagung, OK ?!!!?
Kemana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi… Makpak dah suka jagung, anak ngikut je lahhhhh.. *pasrah*

Tatah !

Day 3 – Alor Setar & Teluk Intan Trip

Salam & Hi;

saya betul2 nak habiskan cerita basi ni.. ok, ni last.

Pagi2 Day 3 tu semua bangun pagi, pergi breakfast. kalau semalamnya Auji duduk diam je menikmati makanan, pagi tu dia taknak pulak duk diam. Dia nak berjalan sana sini, explore sana sini. Jadi, kami kena bergilir2 makan. Takpalah..Auji punya pasal, apa sajaaaaaaaaaaaaaaa..

Kami bertolak balik around 12pm jugak. Check out, babai Alor Setar dan bergerak ke Teluk Intan. Sebenarnya, saya taktahu mana nak exit ke kampung saya ni. Punyalahhhhhhh.. Last2 call pakcik saya, tanya2..dia suruh kami keluar kat Bidor tapi kami tak pasti ada exit Bidor ke tak. Cari kat dalam internet, tak jumpa pulak senarai Exit Tol. Bila dah jumpa, eh eh jauhnya Bidor. Dah dekat2 bawah Perak la pulak. Jadi, kami guna GPS je la. GPS kat fon saya ni memang berjasa betul. Cuma jalan yang kami lalu agak scary jugak kot, sebab kurang kereta, kurang traffic light. Bayangkan, tengah2 lalu jalan tu kami nampak signboard ke kanan pergi ke Kota Bharu. Hah, siapa tak terkejut…hahahahaha.. Actually kami ikut jalan Tanjung Tualang. Dan Alhamdulillah, selamat sampai. Berjasa betul fon pemberian suami ni.

Sampai2 kenduri cousin saya ni pun dah macam nak habis je kendurinya. Makan terus sebab lapar. Snap2 pica. Rest sekejap. Dalam pukul 5pm, kami pun gerak balik Seremban. On the way balik ni pun kelakar. konon nak ikut highway paling dekat, last2 sampai area Ijok tu baru masuk highway. Hahahaha..


Bestnya berjalan time cuti panjang ni adalah, kat petrol station ada air free. hahahaha. kata untuk recharge. hari tu saja kami dapat minum 7up Revive & Old Town White Coffee. Berhenti solat kat area Selangor, lupa ntah kat mana samada Sabak Bernam ke Kuala Selangor ke..ish lupa betul. Dan lagi sekali berhenti kat R&R Dengkil.

Berhenti kat Dengkil ni, Auji nak lollipop la pulak. sebelum ni dia dah pernah mintak sekali tapi saya abaikan saja. tapi kali ni, bagi jelah dia cuba makan. Ntah mana la anak kami ni belajar makan lollipop. tapi banyak yang meleleh keluar je..hahaha air liur yang melelehnya.. pastu punyalah feeling, duduk senyap2 je makan lollipop. oklah Auji, enjoy laaaa.. dah nak masuk kereta, saya ambil lollipop tu dan simpan, Auji pun tak marah. Dia pun mungkin takat2 nak rasa je kot.

Sampai Seremban around 9pm ke 10pm, lupa. Oklah, sekian sahaja cerita cuti awal tahun kami, semoga lebih rajin bekerja. Eh.

Tatah !

Day 2 (malam) – Alor Setar & Teluk Intan Trip

Salam & Hi;

nak update cepat2 cerita basi ni.

Malam tu, kami dinner kat Kuala Kedah. Nak makan Laksa Kuala Kedah. pada saya, saya tak berapa minat. laksa tu ada macam sambal kelapa ke apantah saya pun tak pasti. pastu ada macam sayur ke ulam apantah, pun saya tak pasti. saya suka lagi laksa penang. tapi hubby cakap, sedappppppp… jadi selera kita kan berbeza. nak tahu sedap ke tak, pergi cuba ok.. kami order sekali dengan sate. ha, sate sedap. sedapppp. tetiba teringat, ish sedaplah.

balik je dari makan laksa Kuala Kedah tu, kami terus ke Dataran Alor Setar. Lebih kurang I-City je, cewahhh.. takdalah, sebab ada banyak pokok lampu yang berwarna warni. auji suka betul. dahla kawasan padang yang lapang, senang dia nak berlari, pastu ada lampu yang berwarna warni, memang dia suka laaa..

Auji tengah belajar nak buat tangan dia jadi “peace”.. hahahaha..

snap2 pic sekejap. lepak2 kejap. dan terus balik bilik. sekian sahaja cerita malam hari kedua kami kat sana. esoknya dah nak balik… jap gi saya update lagi ok. nak makan pizza jap. redeem birthday coupon dari Domino’s. Thank you Domino’s !

Tatah !

Day 2 – Alor Setar & Teluk Intan Trip

Salam & Hi;

Pagi2 dah bangun sebab nak breakfast kat hotel. Auji pun sangat behave. Tak payah duduk kat high chair, dia duk diam and enjoy je makanan dia. Saya cuma ambilkan buah honeydew untuk dia. sambil2 tu saya suap dia omelette, dia memang suka. mummy and daddy boleh enjoy our breakfast sambil sembang2. Sayanggg Auji !

habis breakfast, naik bilik. iron baju. kata nak pergi kenduri kannnnn.. siap2, around 11.30am kami pun gerak ke rumah homestay yang inlaws stay. dan terus gerak sekali ke rumah pengantin perempuan.

mendukung anak di kala panas terik sambil suami sedang sibuk snap pic adalah sesuatu yang amat mencabar ok. auji pulak time tu tidur. memang time tu pun kebetulan waktu tidur dia.. auji kan memang suka tidur atas orang.. takpala auji, takda hal lah. mummy sayang auji, dukung sampai habis kenduri memang syoklahh.. tapi okay jugak dia tidur, takdalah jenuh saya nak kejar dia kat dalam khemah kenduri tu kang, lagipun dia kan time tu tak sihat. batuk.

gambar pengantin memang banyak. tapi saya share yang mana saya rajin nak resize je lah ya. gambar pelamin ni pun okay kan.. the rest, biar pengantin tengok sendiri nanti. hehehe.

oklah, gambar tu adalah saya ketika mengandung 7bulan lebih (30minggu) ya. kejap je. cerita petang dan malam Day 2 ni next entry ya. sebab banyak gambar yang nak diletak, dan mungkin cerita pun mungkin panjang. see ya soon, tatah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...