Archive for January, 2012

Day 2 – Alor Setar & Teluk Intan Trip

Salam & Hi;

Pagi2 dah bangun sebab nak breakfast kat hotel. Auji pun sangat behave. Tak payah duduk kat high chair, dia duk diam and enjoy je makanan dia. Saya cuma ambilkan buah honeydew untuk dia. sambil2 tu saya suap dia omelette, dia memang suka. mummy and daddy boleh enjoy our breakfast sambil sembang2. Sayanggg Auji !

habis breakfast, naik bilik. iron baju. kata nak pergi kenduri kannnnn.. siap2, around 11.30am kami pun gerak ke rumah homestay yang inlaws stay. dan terus gerak sekali ke rumah pengantin perempuan.

mendukung anak di kala panas terik sambil suami sedang sibuk snap pic adalah sesuatu yang amat mencabar ok. auji pulak time tu tidur. memang time tu pun kebetulan waktu tidur dia.. auji kan memang suka tidur atas orang.. takpala auji, takda hal lah. mummy sayang auji, dukung sampai habis kenduri memang syoklahh.. tapi okay jugak dia tidur, takdalah jenuh saya nak kejar dia kat dalam khemah kenduri tu kang, lagipun dia kan time tu tak sihat. batuk.

gambar pengantin memang banyak. tapi saya share yang mana saya rajin nak resize je lah ya. gambar pelamin ni pun okay kan.. the rest, biar pengantin tengok sendiri nanti. hehehe.

oklah, gambar tu adalah saya ketika mengandung 7bulan lebih (30minggu) ya. kejap je. cerita petang dan malam Day 2 ni next entry ya. sebab banyak gambar yang nak diletak, dan mungkin cerita pun mungkin panjang. see ya soon, tatah !

Day 1 – Alor Setar & Teluk Intan Trip

Salam & Hi;

amaran bertulis: entry ni akan ada banyak gambar. maklumlah, camera baru.

Bertolak dari rumah around 9am. Berhenti isi minyak kat Rawang. Breakfast kat Tapah. Kereta rosak kat km258.9 arah utara. fuhh. pengalaman 2 kali naik kereta kena towing. sekali tow dari tempat rosak ke tol exit kuala kangsar. sekali lagi dari kuala kangsar ke bengkel yang kami nak repair tu. kejap je repairnya, crank sensor problem. jumlah kena charge termasuk towing adalah RM420. belum apa2 lagi dah melayang duit. takpalah.


napa daddy kacau auji ? auji nak main kat longkang tauuu..

nahhhh.. pandai marah daddy, nak cium paksa…

sampai alor setar around 7pm. dah lambat. sepatutnya kami kira2 akan sampai sebelum pengantin nikah. sebab kereta rosak, maka tak sempat la kami… oh lupa, ini bukan holiday. ini lebih kepada kebetulan untuk menghadiri majlis kahwin sepupu hubby dan sepupu saya. maka, boleh jalan2 sekali.


sampai je alor setar, kami terus ke homestay tempat family in laws menginap, kat homestay kak zah. oklah rumahnya.. sambil2 melayan auji excited tengok kolam.

kami stay kat StarCity Hotel, Alor Setar. puashati. mungkin sebab hotel baru kot. yang tak best, saya dan auji batuk. memang betul2 tak sihat. kesian kat hubby sebab berpanas bila tidur malam, sebab kami tak on aircond, on fan saja. kalau on aircond pun tak sejuk sangat. hehehe. stay sana 3hari 2malam, dari 20hb sampai 22hb (birthday saya). satu malam RM170, amek bilik King Deluxe.

malam tu kami keluar minum. fuhh mengancam lah alor setar. malam2 ada jual lempeng pisang, roti jala.. pastu apa ntah lagi saya lupa.. 2-2 benda ni saya order.. yummy.. lempeng pisang lah paling heaven.. minum dengan milo kosong..

auji mula2 tidur, dah nak balik tu baru terjaga.. dia kalau kena dukung memang lena tidur, satu lagi pantang kalau naik kereta, memang akan tidur.

okaylah, sekian sahaja cerita Day 1 di Alor Setar. nanti saya update cerita Day 2 pulak ok.

Tatah !

Bluish by Jimbo Jambo Designs & Take a Chance Kit by Dunia Designs

Salam & Hi;

using:
Template: Bluish by Jimbo Jambo Designs & Take a Chance Kit by Dunia Designs

Enjoyy !

Teringin: Chocolate Moist Strawberry Cake

Salam & Hi;

source: google

saya adalah teringin kek ini. cuma dalam imaginasi saya, strawberry tu dipotong nipis dan bertaburan kat atas sekali dengan coklat rice. saya tak cakap dengan hubby lagi. sebab saya tau kalau saya cakap mengagau dia akan teman saya cari. that’s why, preggy dari zaman auji lagi hingga yang no2 ni saya tak demand banyak2 pun. sebab saya tahu, hubby akan buat sehabis baik. 9bulan yang penuh menggembirakan. saya suka mengandung. eh. ailebiyu hubby Kissed . mengidam pun tak sampai menyusahkan. takdala mengidam pelik2. nak makan sabun ke, nak hisap rokok ke, nak nangka kaler biru ke, takda semua tu. cuma sejak zaman auji dan 2nd baby ni memang saya kurang suka makan nasi. cerita pasal makan time mengandung dan mengidam ni lainkali lah ya..

source: google

birthday saya tempohari tak makan kek lagi. ok, ni bukan demand ya. ni sebab teringat2 nak makan kek. puas fikir mana nak dapat kek seperti yang difikirkan ni.. sebab saya confirm kat secret recipe takda kek ni. kalau tak, dah lama saya ajak hubby pergi.. eh aah la, preggy kali ni asyik nak makan kek je.. mana tak naik 2.8kg dalam 2minggu je.. tapi tak boleh nak salahkan siapa2 sebab cuti raya cina ni je 2 kenduri kahwin kami pergi.. hehehe

source: google

jadi buat masa ni, kita google je dulu. kemudian kita jalan2, kalau terjumpa kita terus beli. kalau tak tahan sangat, kita cari siapa2 yang jual online lalu kita order dan beli.. itu kalau masih teringat2 la.. kalau tak teringat, kita lupakan sajaaaa.. selalunya teringat2 ni sekejapan sajaaaa… melainkan 24/7 nak ingat kek ni je memang tak boleh nak tolong lah..

source: google

source: google

source: google

Tatah !

Peta Ringkas Lebuh Raya PLUS dan Lokasi Kawasan Rehat (R&R)

Salam & Hi;

oleh kerana berasa geram sebab tak jumpa info yang memuaskan hati time hari tu travel ke Alor Setar, on the way back ke Perak, sebab pakcik kami suruh keluar ikut exit tol Bidor. tapi kami sama2 tertanya2 “eh ada ke bidor.. ada ke tak bidor ni..hmmm“. saya pun cari punya cari, lama dan tak jumpa yang memuaskan hati. ada yang tulis kalau exit bidor ni sejam setengah baru sampai Teluk Intan. jauh betul rasaaaaaa..

Last2 tawakal je ikut GPS handphone E72 ku sajaaaaaaa.. ntah mana2 jalan la GPS tunjuk tapi serius takda banyak kereta, tak banyak traffic light, kiri kanan banyak hutan je.. fuhh… Alhamdulillah, sampai juga akhirnya.. tapi kami tak exit ikut Bidor, kami exit ikut Simpang Pulai (kalau tak silap saya la, jap gi hubby balik saya tanya dia balik ok..)

Nasib bila hubby pergi top up Touch n Go kat office Tol Juru, dorang suruh ambil majalah PLUS tu. saya belek2, eh ada senarai tol plus ni sekali dengan R&R, senang dah kerjaaaaaaaaaaaaaaa… now dah scan dan letak kat sini.. okay, ini untuk tatapan saya di kemudian hari.. senanggg, takyah cari2 dah. cari kat blog sendiri je nanti..

Tatah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...