Salam & Hi;
…pada 23 March 2011.
Ya ! Anak kami tu dah masuk 11bulan Rabu lepas. Rabu lepas adalah hari yang paling tough ketulketul. pendek cerita, last week adalah minggu yang sangat down. moral down. rindu anak. kecewa dengan beberapa perkara. apa boleh buat ? or apa yang paling best boleh buat kalau terjadi perkara sebegitu selain menangis kan ? ok. saya menangis. itu perkara terbaik yang perlu dibuat kot.
macam biasa, kalau nak menangis kenalah ada bahu yang empuk. ataupun a shoulder to cry on. iaitu hubby terbaik. Thank you for being there, dearsayam.
isnin sampai rabu lepas adalah 3hari pertama saya tinggalkan auji di seremban dengan mama. sebelum tu, mama stay dengan kami 4hari. sebab nak ajar auji tak teringat2 nenen dia malam2. but so far so good. auji pun tak banyak meragam malam2. sayangg dia. sejuk hati mak, nak. for the first day, kat ofis bergenang2 dah airmata. sampai saja rumah, memang dah takboleh tahan. terus tekup atas bantal dan huwaaaaaaaaaaaaaaaa ! sedih sangat. ish, siapa2 yang berada di tempat saya mungkin faham kot.
masuk hari ke2, ke3 dan seterusnya bolehlah. but macam tu lah. siapa tak rindu anak oi ? setiap masa ni duk teringat. teringat keletah dia tu. masuk hari ke3, kami berdua balik seremban. mesti balik sebab hari tu 23hb Mac. auji masuk 11bulan. hari yang bermakna.
habis je kerja, teman hubby pergi gombak kejap, settle kerja dia dan terus balik seremban. rindunya dengan kamu auji. sampai je, auji terus berkepit. mula2 macam lupa kat nenen, sekali bila pusing2.. agaknya dia bau kot, terus meliuk2 nak nenen. auji auji. rindulah.
malam tu tidur memang bahagia. kami bertiga kan. kejap2 terjaga tengok anak dan suami. oh bahagia. auji mungkin lagi bahagia kot, sebab bila tidur dengan daddy dia, dia boleh letak kaki atas badan daddy, berkepit sanasini. haha. khamis tu kena balik kl balik. banyak kerja. dan jumaat balik seremban lagi. tapi jumaat tu saya naik komuter. naik komuter adalah pengalaman terhebat juga, yelah dah lama tak jumpa ramai orang naik tren. fuhh. tapi tak risau sangat sebab ada koc wanita. takdalah susah hati berlaga2 dengan lelaki. sebab nak balik jumpa anak, itu semua takda masalah lah. dan hubby balik seremban hari sabtu.
pagi isnin dua hari lepas, kami balik KL. masuk2 je rumah, amboii… sejuk hati. kain dah basuh. bilik air cun. dalam fridge siap ada air nescafe kaww. hubby kan balik hari sabtu hari tu… rupanya, hubby dah siap basuh baju dan siap bersihkan bilik air. Thank you dearsayam. eh sejuklah hati. bila hati gundahgulana, ada pulak orang yang baik hati macam hubby, mesti lah rasa senang hati. sayanggg auji, haha.
hari ni, saya dah ok. emosi terkawal. oh, sejak berjauhan dengan auji ni, saya memang dah mula mengepam. satu benda yang saya rasa macam tak yakin je dulu. sebab saya suka bagi direct bf je kat auji. dulu saya fikir kalau pam mungkin tak la banyak macam direct kot. but TAKLAH. saya pam setiap pagi, petang lepas balik kerja dan malam sebelum tidur.
dan setiap kali pam, paling kurang adalah 8oz both side. PERCAYALAH DENGAN DIRI SENDIRI dan BERAZAMLAH UNTUK BAGI SUSU PADA ANAK, insyallah susu memang banyak. jangan putus asa dan saya rasa, emosi juga berkait rapat. happy selalu ya.
masuk auji 11bulan ni dia dah pandai:
- berlari. haha. tipu. auji dah pandai meniti / berdiri dan jalan sambil pegang kerusi tu. kadang2 auji nak bergerak dari satu kerusi ke kerusi lain dia lupa dia tak pegang pastu confirm2 lah jatuh. leka main sampai time berdiri dia lupa nak pegang pastu jatuh lagi. auji auji.
- merangkak dah laju. dari pintu depan sampai dapur punya laju. macamlah orang takleh kejar, haha.
- suka panjat kepala katil. suka sangat. bangun pagi je mesti terus pergi panjat dulu.
- dan yang penting, auji dah pandai KISS. auji, sayang mummy, sayanggg.. dia pun terus hulur mulut nak kiss. haishh. geram. tapi tak aci, bila daddy mintak kiss, dia kiss kat pipi. bila mummy mintak kiss, dia hulur muncung je. alaaaaaa..
ala mutukmutuk auji niii.. nanti mummy & daddy balik ok.. love you !
oklah, saya ada banyak cerita terbengkalai ni. nantilah saya cerita lagi ok. tatah !
using:
using:
using:
using:







