Salam & Hi;
ni entry wajib cerita untuk tatapan anak – anak di masa hadapan, ![]()
Maaf, kesibukan melanda. Jadi bila sibuk, kemalasan berganda. Eheh. Gurau. Kemalasan itu sentiasa saja ada, walaupun jika kesibukan tidak melanda. Eheh sekali lagi.
Actually, mahu cerita point redeem hasil pengumpulan matawang eh silap, poin mata di Mydin Born Malaysian, Still Malaysian
sebanyak 12ribu lebih. Hajat di hati mahu bawa pulang Proton Inspira. Waka waka eh eh. Gurau ok. Maaf, Inspira tiada ya untuk ditebus. Okay, hajat di hati mahu Pensonic Cake Mixer, tapi point tak cukup pulak. Cake mixer itu kena ada 15ribu. Kalau nak tunggu, rasa macam tak kira nak tebus juga, nak tebus juga. Jadi, saya tebus saja apa yang cukup.
Yang ini pun, memang ada ranking di hati. Cuma tidak berapa ranking seperti cake mixer itu. Tapi tidak mengapalah, Elba Sandwich Maker ni pun kami takda lagi. Tebus sajalah
Sandwich Maker ni cuma dalam 11ribu lebih. Okaylah kan ? Bila diamati, smart jugak kalau kitchenware warna hitam heh ?
Lepas je jadi owner sandwich maker ni, terus expert buat sandwich.
p/s: kalau nak datang rumah, saya jamu dengan sandwich.. Apakah kamu sudi ? ![]()
Reply








owhh.. sudi sangatt.. saya shuke sandwich kaya plus marjerin.. nyummmm… ^__^