Archive for December, 2010

Happy New Year 2011

Salam & Hi;

using Shiny New Year featuring goodies from the Sunshine Studio Designers

wanna wish you all Happy New Year 2011 and my Wishes in 2011.. 12 Month of Happiness, 52 Weeks of Fun, 365 Days Success, 8760 Hours Good Health, 52600 Minutes Good Luck, 3153600 Seconds of Joy..and that’s all! ”

Enjoyy Happiness & Joy !

aksesori dan alat solek itu sinonim

Salam & Hi;

… tanpanya, apalah erti hidup. cerita 5 dec tempohari..

wahh. tajuk takbleh blah. sambungannya lagi takleh blah. Actually, tempohari saya jalan2 kat OU, saya terbeli ini. TER tuu.. takboleh tengok la earrings, mesti rasa nak beli semua. bahaya betul nafsu. ada satu booth clearance sale, tak silap 5pcs = rm10 kot. banyak lagi benda dia jual, tapi tak sempat tengok. ramai sangat orang.

tujuan utama nak ke OU itu hari, sebab nak beli Elianto stuff. kata sale up to 70%. memang kena gi tengok lah. for infos, elianto ada dalam Jusco. cuba cari dekat2 maybelline. sure jumpa.

oo.. ok. eyeliner ni bagus tau. jenis marker pen tu. tengok sini, item no 2 tu..
senang nak buat macam gambar bawah ni, hehe
//picture googled

yang paling murah tak silap saya, nail color tu RM6 kot. eyeliner ni pun RM6 tak silap saya. so, saya beli 3 benda ni je. cukup dah kot. ada lagi nak beli tapi dalam queue list lah. tak berapa penting lagi kot.

elianto boleh beli online lah, here here.. oklah sambung nanti !

p/s: photo edit using LOMO style. photsohop lah !

Day 3 – Penang – KL

Salam & Hi;

untuk previous post, here:
Day 1 – Penang Trip
Day 1 – Naik Feri
Day 2 – Pagi
Day 2 – Pesta Bunga
Day 2 – Tengahari
Day 2 – Malam

ok, ini entry last pasal penang. lepas ni, nak cerita banyak benda lain lagi.

pagi2 bangun, gi breakfast. pagi tu saya makan english style. sebab semalamnya dah try local food. macam biasa, rambang mata. nafsu pun banyak. muffin dia dari semalam saya makan, memang sedap. sedap macam kenny rogers punya. tapi kenny rogers punya sedappp lagi.

Auji saya suap banana & honey dew.

siap breakfast, naik bilik. golek2. rest puas2. nak balik KL means, oh.. tiada lagi percutian dah. tiada lagi relax. tiada lagi golek-makan-golek-makan, hehehe.

dah siap2 packing, say babai to Penang. Kami memulakan perjalanan around 1 juga. sebab kami ke chowrasta dulu.


nak borong jeruk and buah pala. dah beli banyak pun, still ada lagi yang dalam list kami lupa beli. next time, memang kena buat list. baru complete.



ha, kan dah janji.. balik ni nak lalu ikut penang bridge. yihha ! see.. kami di tengah2 penang bridge. boleh snap pic dari dalam kereta je lah. kalau nak berhenti pastu keluar kereta, rasanya kena marah kot..

tempohari on the way pergi kami stop kat R&R Tapah kan ? now kami stop kat R&R Sg. Perak. Betul2 lepas Jambatan Sungai Perak tu ada satu R&R yang boleh tahan ramai and meriah. Buah jambu loceng or jambu air and jambu batu begitu banyak sekali. mula2 taknak beli. tapi kami beli jugak, hahaha.

kat R&R ni saya makan mee rebus. hubby makan nasi campur. sedap jugak !

5jam kemudian, kami selamat sampai di KL. oh KL ! kereta boleh tahan banyak sepanjang perjalanan. mungkin musim orang bercuti kan.. cuti sekolah lagipun..

oklah, ni je cerita cuti tahunan kami in 2010. tata semua !

Day 2 – Malam

Salam & Hi;

macam nak basi je cerita saya ni. tapi tidak mengapalah. nak cerita jugak since kat site stats ramai jugak yang cari pasal makan apa best kat penang, tempat menarik kat penang..

cececeh, pandai cik moon kita teka. malamnya, memang saya ke pasar malam atau night market di batu ferringhi. tahun 2007 saya pergi macam meriah sekali. mungkin pergi dengan kawan2 kot, and time tu sibuk beli dvd kat sana. tapi kali ni pergi, tak beli apa2. selain saya beli baju, hubby beli cap, auji tak beli apa2. hehehe.

on the way nak pergi, kereta memang banyak. mungkin malam minggu kot. kami pun tak jalan lama. bawa baby ni risau nak jalan lama2, pastu tempat ramai orang pulak tu. jadi pusing2, tengok2.. pastu terus masuk kereta. oh lupa nak bagitau parking sekali masuk RM3.

mungkin sebab perut lapar kot, jadi nafsu nak memborong kat night market batu ferringhi ni tidak membuak2. kami meneruskan lagi perjalanan ke padang kota lama. fuhh, ramai orang jugak. sangat bernasib baik sebab kebetulan ada orang keluar parking, kami dapat la parking betul2 tepi medan selera tu. nyamnyam. lapar dah time ni.

sebulat suara bersetuju hubby order char kuey teow udang dan saya pergi pilih pasembur. sekali bila bawak ke meja, macam tak cukup je pasembur saja. saya order laksa. ternyata tidak merugikan. habis semua. licin.

pasembur nya rasa sungguh lazat. ecewah. macam blog makanan la pulak. memang saya recommend. saya puashati. sepinggan ni saya kena RM9.

Laksa saya kena RM3 (tak silap, lupa dah). sedap. puashati jugak. kenyang jugak.

char kuey teow hubby ni nampak saja tak menarik. nampak tak meriah kan ? sebenarnya, memang rasa seafood kuah dia tu. kira ada rasa lah. jadi, don’t judge a book by it’s cover. ha, harga pun ada rasa.. sepinggan ni RM8.

untuk air, saya order lai ci kang. hubby ABC aiskrim. tak sempat snap air hubby, dah selamat minum. Hahaha.

siap saja makan, terus balik. kenyang kami malam tu. buktinya ? balik bilik je terus tidur. kakaka. pastu esoknya macam blur2, eh kita tidur awal malam tadi ? penat betul. yelah, seharian kami berjalan. memang letih. hehehe.

while waiting for hubby pergi valet parking, saya sempat snap krismas deco di royal hotel ni.

Day 3 nanti saya buat satu entry sajalah. sebab tak banyak cerita macam day 2 ni. okay.. tahun baru is coming. apa azam kamu ? saya takda azam la kot. harapan dan wishlist je banyak. nanti chek habaq nooooo..

IbzaGift: Contest Kamus Bergambar 3 Bahasa

Salam & Hi;

ini sticky post for 2weeks. for my new post, scroll ke bawah ya.
– info: this is our blogshop first giveaway, www.ibzatech.com

Sempena tahun baru 2011, kami berbesar hati untuk mengadakan contest ini. Mari ramai2 join !!!

Kamus bergambar 3 bahasa ini sesuai untuk kanak2 yang kenal gambar dan baru mula membaca. Bayi 6bulan ke atas juga sesuai tetapi perlulah dengan bantuan ibu, bapa atau orang terdekat. Kamus ini juga boleh digunakan sehingga ke sekolah rendah.

Kamus ini menggunakan 3 bahasa: Melayu, Inggeris & Jawi. Harga jualan bagi kamus ini adalah (RRP) RM11.90, kedai kami menjualnya dengan harga RM10 akan tetapi untuk Stock Clearance sekarang ini, harganya ialah RM8. =)


Kamu dikehendaki:

  1. Buat entry bertajuk IbzaGift: Saya mahu Kamus Bergambar 3 Bahasa, kenapa ?
  2. Letak BANNER contest di dalam entry & sidebar, dan link kan ke blog ini.

  3. Jadi follower kami di facebook, twitter & blogger.
  4. Tag 3 blog yang lain (optional for extra marks).
  5. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen.

Lucky winner akan mendapat:
Hadiah utama: Sebuah kamus bergambar 3 bahasa (RRP: RM11.90) daripada IbzaTech.com bernilai RM18++ (plus PosLaju delivery) + digitalscrapping daripada moosoozoo.com
5 Penyertaan Terawal: Mystery Gifts

Terma & Syarat:
- terbuka kepada Malaysian bloggers
- entry hendaklah dalam Bahasa Melayu ataupun Inggeris
- IbzaGift: Contest Kamus Bergambar 3 Bahasa dibuka sekarang dan tarikh tutup adalah pada: 22 Januari 2011
- Digitalscrapping adalah dalam bentuk softcopy & dihantar melalui email.
- Kami berhak mengubah terma & syarat tanpa sebarang notis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...