Salam & Hi;
Saya dah lama tak buat tag. Saya dah lama tak bloghopping and saya tak percaya rupanya blogger itu ramai. Itupun lepas bercerita dengan adik girly saya. Biasala bila blogger jumpa blogger, wah
! Saya tak boleh tido. Sebab tu rajin buat tag. Saya jumpa tag ni bila baca blog Ailyl Rozanna ( sorry, i link u. Hope u dont mind ). Okay, sorry.. memang banyak perkataan TAK.
okay, meh tengok apa saya nak share ya tentang 25 random things, fact, habits, or goal about me !
- Selalunya saya akan buka dan baca buku dari belakang. Tak kisahla buku apa. Mostly magazine.
- Proud of the fact that i am left-handed. Meh nak share meh, Some famous left-handed people include: Presidents George H.W. Bush, Bill Clinton and Barack Obama; Prince Charles and Prince William of England; musicians Kurt Cobain and Paul McCartney; scientists Isaac Newton; artists Michelangelo and Leonardo Da Vinci; and historical figures Alexander the Great. Sometimes, bangga sebab guna tangan kiri. But sometimes, rasa susah. But mostly bangga la

- Saya suka berangan. Selalunya depan cermin. Main2 dengan rambut, terutamanya pada waktu pagi sebelum mandi. Kalau bersiap, pusing empatlimapuluhkali depan cermin, bila hubby dapat tangkap, terus berlakon buat2 takda apa tapi akhirnya hubby dapat teka sebab dia dah tunggu sikit punya lama. But now, dia dah faham and hope terus faham

- I love decotapes. Ribbons too. Siapa taktahu decotapes, cepat pergi google. And anything letter sets ke, memo pads ke. Anything paper goods, semua saya suka. Dan 3 koleksi saya ni saya letak dalam kotak A4 Indah Kiat tu. Kalau tak cukup sangat duit, saya akan jual kat ebay

- Sekarang dah pukul 4:24am. Saya tak tidur lagi. Anak sedang diulit mimpi. Esok kalau anak bangun pagi, siapa nak jaga ? Hish, tak cukup tidurla saya nampak gayanya.
- Saya gian nak tempah baju kurung. Rasa kurang baju kurung sejak lepas bersalin tempohari. maaf, saya kurang gemar corak kain berbunga. abstrak la baru cun. Tengok dalam almari pun dah boring baju yang sama. Adakah nafsu atau fakta semata ?
- I love digiscrapping. Kalau tak buat sehari, tak keruan jadinya.
- I love buffet breakfasts. Terutamanya bila check in hotel. Suka sangat. Hi-tea pun saya suka. Sebab ada banyak pilihan untuk saya rambang mata

- Jarak saya dan adik bawah saya adalah 9tahun. Dialah kawan baik. Dialah kawan bercekau saya.
- Laut. Saya suka laut. Dan saya rasa hubby pun suka.
Bila nak pergi pulau lagi ? - Saya dah mula menerima hakikat yang hidup berumahtangga ni macam relationship kamu dengan bos. Ada benda yang kamu tak puashati, tapi kamu tak boleh nak complaint. Just because dia bos, dan kamu cuma secretary sahaja. Kalau nak protes, tunggu meeting. Kalau tak tahan jugak dan bos betul2 melampau, baru kamu quit. Tapi nak quit, sayang. sebab company banyak benefit. bonus 6-7-8bulan. Annual dinner setiap tahun dah pasti. nak cari kerja lain, bukan senang. nak kena buat resume baru. nak kena ada strong experience & recommendation. nak kena pergi interview. nak kena sesuaikan keadaan baru. pendekata, silap kecik2 tu takyah la amek hati and jangan ingkar cakap bos kalau nak kerja lama. kalau kamu buat apa yang disuruh, dan elak buat silap, kamu jugak yang tak stress. bos pun senang hati. mesti ingat, whatever it is, dia tetap bos anda. win2 situation. ini contoh. sama sekali tidak berlaku dalam rumahtangga saya. hubby saya masih lagi seperti yang dulu. masih lagi bantu saya buat ais. masih lagi masak air kalau dah habis. masih lagi goreng sosej dan makan sepinggan bersama. dia masih seperti dulu, syukran. ehh, banyak pulak fakta no11 ni..
- saya tengah nak edit comment box saya. macamana nak buat box comment tu masuk kedalam bila orang reply ?
saya guna wordpress but hosting sendiri. saya blur. nanti nak tanya hubby lah. - I dont know how to overcome perasaan takut bawak kereta. kalau kereta auto saya kurang takut kot

- Mama dah bangun subuh dah. saya baru sampai no. 14
- Lately, saya bersyukur dengan great life yang saya ada. hidup lebih ada misi dan visi. ada impian lagi 5tahun. Wonderful friends new and old, i love friends. add me at twitter tau. wonderful life. warna warni kehidupan. Auji busyuk masyam mummy tu, muahmuah.
- Lil Auji saya tu dah 6bulan 5hari. Tidak banyak ragam. tak menangis tak tentu pasal, lebih senang cakap, susah nak dengar dia menangis. jarang kena kembung perut, mungkin sebab breastfeed. dah banyak cakap, banyak akal. suka tido sentuh mummy or daddy dia. oh, saya suka bau dia. bau auji. mmmmnyam.
- saya suka tengok kaki sendiri bila waktu jalan dalam hujan. i dont know why. tapi sangat suka.
- Jam tangan saya adalah brand Casio, beli kat Mydin 3tahun lepas, rm50. Tahan sampai sekarang, which is unbelievable.
- selalu rasa bersalah kalau tak pakai cincin kawin. tapi akan lebih rasa bersalah kalau batu cincin tu hilang. ha, mana penting ? tak pakai ke pakai dan hilang ?
- Saya nak pergi Langkawi. Nak. Nak. Nak jugak. One sweet day, darling. Akan stay tepi pantai, snorkelling and pergi naik kereta kabel. Itu sahaja. Borong coklat itu sampingan.
- Saya suka Coffee Bean. Hubby suka Starbucks. Saya selalu bagi chance dia menang sebab donut Starbucks sedap.
- Saya takut lipas. Takut sangat. Kalau dia masuk bilik, mahu semalaman saya tak tidur !
- I wish that one day saya akan terror memasak fav suami. macam contoh ayam masak merah MIL, ayam masak merah MIL, ayam masak merah MIL. haha. buat asyik tak jadi je.
terus depressed. - Dulu saya tengok Jack & Jill, pastu Dawson’s Creek, pastu One Tree Hill, sekarang tak tengok apa dah. Tengok Chinta je tiap2 petang. Itupun banyak tertinggal, tapi saja fikir.. ala tak penting pun nak tahu apa dah jadi kat Chinta sekarang ni, heh.
- Hubby saya sekarang adalah idaman saya pada masa lampau. Ini kerana, sekarang ni dia tidak merokok. Amin. dan dia specky, saya kagum dengan orang pakai spek ni sebab pada saya, dorang ni mesti rajin membaca sampai kena pakai spek, hahahaha

Yeay, dah siap. Fuhh. Suka la tag ni. Kamu suka ? Cepat buat. Pastu bagitau saya ok. Ha, dah kenal saya dah ? Okay, tatah !
Reply








Hello Mass!
Nice tag! Dah lama takda buat2 tag nih…
wish u happy always…