Raya ke 3, ke 4, ke 5, ke 6 & ke 7

Salam & Hi;

okayy.. saya tak cerita sampai sebulan raya, percayalah. sampai mungkin 2minggu raya ke. atau 3minggu. atau lagi.. sebulan mungkin. dan untuk entry ini adalah raya ke3 & ke4. Eh silap.. sampai ke 7.

Auji pakai baju nenek bagi on 3rd Syawal

Raya ke3: 12 Sept
Ha, kan semalamnya tu kami sampai dalam pukul 11 gitu. mestilah letih. malam tu tido puas² and pagi ni macam biasa, beraya rumah makcik² hubby dulu. dan dapat pergi pun sebuah saja. sebab the rest semua takda rumah Cry . sedih. takda la I makan sate puas² tahun ni.

sementelah makcik & pakcik hubby ada yang takda rumah, kami terus berdesup ke open house kawan² hubby. Rumah pertama adalah Mat Ali. wife dia, Nik dalam pantang. baru 11hari. nama baby dia tak silap fatin syakira. ok, saya bagi nama sedap sikitlah, Keira. wahh glamer gitu Angel . dihidangkan dengan nasi minyak tak silap saya. tapi saya tak makan pun. sebab masih kenyang. Lepas puas², pergi rumah Syukor pulak. pun ada baby. ha, yang ni dalam pantang jugak cuma dah hari ke 38 tak silap saya time tu. nama baby dia, Damia. Fuhh, nama semua glamer². kat rumah ni saya makan, ada mee kari. takleh elak, favourite In Love niii.. mee kari ! Kemudian, dari situ terus ke rumah seterusnya. iaitu rumah Wadi. rumah wadi pun tak silap saya ada nasi minyak and banyak lagi. saya cuma makan rojak buah je. amboiii.. diet ke apa mass ni.. gi open house makan sikit² je, hehehe.. kemudian, untuk rumah terakhir pada hari itu adalah, rumah Ida. Saya jamah sikit nasi impit and kuah kacang.

sebenarnya di kebanyakan rumah, saya lebih suka makan kuih raya Heart . maklumlah, kuih raya susah nak jumpa. Setahun sekali.. Habis raya, habislah kuih kan ? pastu kalau nak buat sendiri pun, feeling raya mana ada lagi dah.

mummy & auji pakai baju sama, kaler hijau petronas on 4th Syawal

Raya ke4: 13 Sept
rujuk twitpic 1): orang bising² makan kek, auji tidur
2) close up pic kek yanie

Mari masuk raya ke4 pulak ya. Raya ke4 kami pergi rumah Fizi pulak. Hmm.. nasi minyak. Memandangkan satu²nya open house pada hari itu, jadi saya memang makan. Nasi minyak. Dan seperti saya bagitahu awal tadi, mesti makan kuih raya. Lama jugak lepak.

Kemudian terus pergi lepak dan makan lagi, di Pantai Teluk Ketapang. Kalau datang situ tak makan sotong celup tepung memang tak sahla.

Birthday cake Yanie !

Bermula raya ke4 ni, saya dah tak pakai baju kurung dah. Maklumla, baju kurung semua dah habis pakai. Nak rotate, belum basuh lagi. Jadi dengan selambanya pergi open house tak pakai baju kurung dah. Mass..mass..


malamnya pula, celebrate birthday Yanie. makan kek lagi, secret recipe mana boleh tolak. hadoii.. gemik raya ke4 ni !

Raya ke5: 14 Sept
Rujuk twitpic 1): mummy sibuk chatting.. Auji kena duk dalam ni tau !
2) tatah. Auji nak pergi raya ni.. Babai atuk! Babai nenek ! Babai achik ! Babai alang ! Babai abangsu !

Syawal ke5 ni kami pergi open house Abi pulak. Makan nasi ayam. Lepas puas bersembang, terus berdesup ke Pantai Batu Burok. Lepak² sampai puas. pastu gi minum. makan kopok lekor. yumyum Drool . benda wajib buat bila balik KT. Two of my SILs, dah selamat balik KL. Tinggal kami n sorang lagi SIL. tak best dah. sunyi rumah. masa keluar tadi, SIL and MIL pergi KB ada kenduri kahwin. Kami tak ikut.

Raya ke6: 15 Sept
Rujuk twitpic: auji ada banyak baju raya lagi.. Mummy tinggal selai je xpakai lagi.. Ni bj uncle fizi bagi auji..

Masuk hari yang tak buat apa dah Sweat . Duduk rumah layan auji je. Malam tu makan McD. Take away je. FIL belanja. McD penuh macam apa je.

Raya ke7: 16Sept
Rujuk twitpic: mari belajar ngiring sambil isap jari bersama Rifdhi Auji Smile

Pun tak buat apa. Sorang lagi SIL dah balik. Tinggal kami sebagai penutup tirai la, Laugh ahahaha. Tak pergi mana pun. Hubby sibuk gi buat alignment kereta dia. Bila dah siap semua, hubby pick up and pergi basuh kereta. Memandangkan dah lewat maghrib, terus je balik rumah. tak pergi minum pun.

Raya ke8: 17Sept
Akan dibuat entry panjang. Bersambung di catatan kemudian hari, Wink

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Leave a Reply

CommentLuv badge

Click to Insert Smiley

SmileBig SmileGrinLaughFrownBig FrownCryNeutralWinkKissRazzChicCoolAngryReally AngryConfusedQuestionThinkingPainShockYesNoLOLSillyBeautyLashesCuteShyBlushKissedIn LoveDroolGiggleSnickerHeh!SmirkWiltWeepIDKStruggleSide FrownDazedHypnotizedSweatEek!Roll EyesSarcasmDisdainSmugMoney MouthFoot in MouthShut MouthQuietShameBeat UpMeanEvil GrinGrit TeethShoutPissed OffReally PissedMad RazzDrunken RazzSickYawnSleepyDanceClapJumpHandshakeHigh FiveHug LeftHug RightKiss BlowKissingByeGo AwayCall MeOn the PhoneSecretMeetingWavingStopTime OutTalk to the HandLoserLyingDOH!Fingers CrossedWaitingSuspenseTremblePrayWorshipStarvingEatVictoryCurseAlienAngelClownCowboyCyclopsDevilDoctorFemale FighterMale FighterMohawkMusicNerdPartyPirateSkywalkerSnowmanSoldierVampireZombie KillerGhostSkeletonBunnyCatCat 2ChickChickenChicken 2CowCow 2DogDog 2DuckGoatHippoKoalaLionMonkeyMonkey 2MousePandaPigPig 2SheepSheep 2ReindeerSnailTigerTurtleBeerDrinkLiquorCoffeeCakePizzaWatermelonBowlPlateCanFemaleMaleHeartBroken HeartRoseDead RosePeaceYin YangUS FlagMoonStarSunCloudyRainThunderUmbrellaRainbowMusic NoteAirplaneCarIslandAnnouncebrbMailCellPhoneCameraFilmTVClockLampSearchCoinsComputerConsolePresentSoccerCloverPumpkinBombHammerKnifeHandcuffsPillPoopCigarette