Raya 2010 bersama Rifdhi Auji

Hello.. hello.. and Salam;

banyak cerita nak cerita ni. serius banyak. sampai tatau nak start yang mana. cerita sebelum raya pun banyak. saya mula dengan cerita sewaktu raya lah ya. ehhhh.. lupa nak tanya, amacam raya ? okay ? ke okay-okay je ? saya ? alhamdulillah, semua berjalan lancar. dah selamat pergi dan balik kampung pun. happy dapat beraya sebagai ibu yang sejati, cewahhh !

ok, tahun ni giliran rumah mama saya dulu. dan secara pukalnya, raya kedua termaktub jadi waktu perjalanan kami ke Kuala Terengganu. kita cerita raya di Seremban dulu lah yerr.. macam biasa, hari rabu (8Sept) tu lepas berbuka terus siap² balik. saya dah siap packing siangnya Sweat. ingatkan tol sg besi jammed, tapi tak. sama sekali tidak. jalan berjalan lancar dan saya sangat suka Big Smile

bila dah tau raya jatuh hari jumaat (cheh, ingatkan dah raya khamis tu tapi tidak mengapa.. sempatla berpuasa sehari di rumah mama), jadi sahur pagi tu secara beramai². syokkk !! macam²kerenah adik saya tu. ada yang liat nak bangun, yang bangun time orang dah habis sahur pun ada. kita ni kelam kabut nak kejar masa, sekali jam dinding tu ada orang cepatkan 10min. 10min tauuu.. saya makan sampai tercekik² Suspense. cubalah bayangkan mama saya lewat bangun. tengok jam, ada beberapa puluh minit je lagi. nasi goreng pulak panas. tak tercekik macam tu ? haa.. menu sahur pagi tu adalah nasi goreng mama. fuhh, sedap !

berbuka ayam masak kicap kegemarankuhhh.. dan diikuti aktiviti menganyam ketupat yang memang slow betul saya nak tangkap tutorialnya oleh abah kesayangankuhhh lagi. 2-3kali abah duk ulang ajar. saya duduk jauh sikit dengan abah saya, tapi saya dulu dapat tangkap. ada orang tu kan, duk sebelah abah.. tapi tak dapat² sampai kesudah. pengakhirnya, dia senyap² gi main internet. siapakah dia ? wakakaka. tapi salute jugak kat my dear hubby sebab paling lambat buat tapi paling banyak buat. ha terror tauuu.. silap tak snap pic satu². kalau tak leh buat tutorial “cara² menganyam ketupat secara 90darjah”. itu abah saya punya tips. tips orang lain saya tatau la pakai berapa darjah dan apa darjah pun.

hish.. panjangnya cerita saya kali ni. ni baru cerita malam raya. belum masuk pagi raya lagi ni. ok², sambung lagi. pagi raya tu, my baby Auji.. macam biasalah dia. kejut satu rumah. dia dulu tidur, dia dulu lah bangun. saya pun siapkan dia awal.

sekali dah siap hensem², Auji boleh sambung tido pulakkk.. sampai daddy balik sembahyang pun auji relax je tak bangun lagi.. Auji Auji.. takpala, atleast kami laki bini leh makan dengan aman. macam biasa, sesi bermaafan sebaik sahaja sesi makan selesai. tahun ni, abah aka atuk Auji bagi duit raya kat cucu sulong lerrr.. thank you abah. and oh, thank you mama juga. 2-2 pun bagi duit raya, hihihi

sebenarnya kan, kalau raya kat Seremban.. memang kami takda apa aktiviti beraya pun. sebab pakcik² & makcik² saya masing² pulang ke kampung. kampung saya kan kat Perak and Johor. tapi tahun ni kami tak balik mana². abah nak balik Johor raya kedua. jadi raya kedua kami dah kena pulang Kuala Terengganu. tak dapatla singgah kampung mana pun.

ohhh.. bila dah habis sesi bermaafan, bersukaria mahupun bertangisan. apalagi, sesi fotosut la. silap, photoshoot. pic taken guna Auto timer. tengoklah mybaby Auji tuu.. sian nenek dia..

punyalah sukar (bukan susah, heh!) nak pujuk Auji pandang kamera. siap lambai. siap panggil. auji.. auji.. pandang sini.. auji.. auji.. tapi dia tetap ok. sampai petang tau pakai baju melayu. bagus dia !!

one more Auji.. one more..

akhir kata, sambutlah raya dengan sederhana. ahaha, takda kait mengait tiba² nak bagi ucapan gitu pulak. akhir kata sekali lagi, saya gembira dapat merayakan raya tahun ini sebagai ibu yang sejati, sekali lagi.. ibu yang sejati In Love Heart

to be continue part 2 nanti ya !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

1
Sunday 19 September 2010 - 11:08 am

wahX3..entry ni banyak perli memerli kan. :’(
rinduu auji ouh ! In Love

ReplyReply
2
m a s s
Sunday 19 September 2010 - 4:16 pm

@MaSz (。◕‿◕。): perli kamu sorang je Mad janganla marah, comot nanti, kakaka

auji tido haaa.. meh sini meh !

ReplyReply
3
dira
Sunday 19 September 2010 - 9:35 pm

babe slmt hr raya…berapa kali dh ucap dah niii..
hehe
lawa tudung mass…kaler hijau tu lawaaa..sesuai ngn mass..ader kaler lain tak? klu bli online bgtau dira! nk gak tudung lawa mcm mass!
dulu dira tak suke pkai tudung mcm tu..mcm bibik je..tp bile dira try pkai je, terus suka…simple practical n lawa..skrg kemaruk bli tutung cam tu gak! sume beli online..
bestnye beraya ngn aujiiiii!!!

ReplyReply
4
m a s s
Sunday 19 September 2010 - 11:45 pm

@dira:
selamat hari raya dira Kissing !
oh, mass suka hijau tu skang dira. tatau kenapa. rasa hijau tu cun. hijau tu je lah. hijau lain, suka biasa² je.
oh, nama tudung tu tudung hawa. banyak jual online rasanya.
mass tak beli online. mass beli kat dalam carrefour, ada booth kecik².
takda choice dira Sweat , bila dah ada baby ni. kena la pakai tudung macam ni. takda la tersangkut batu² tudung bawal kat pipi auji.
lagipun pakai tudung ni memang senang !
dira pun mesti sangat excited tunggu babyichigo Lashes

ReplyReply
5
dira
Wednesday 22 September 2010 - 1:32 pm

mmg hijau sesuai ngn mass…mass cerah pkai kaler ape pun cantik..
oh tudung hawa ye..nanti dira nak carik online aje hehe
thanks babe!

ReplyReply
6
Thursday 23 September 2010 - 11:01 pm

[...] eh, dah cerita raya pertama tempohari, kini cerita malam raya pulak. kalau tengok movie, macam di rewind² pulak. tapi [...]

7
Friday 24 September 2010 - 5:22 pm

[...] kesinambungan: 5hari sebelum raya cerita malam raya raya 2010 [...]



Leave a Reply

CommentLuv badge

Click to Insert Smiley

SmileBig SmileGrinLaughFrownBig FrownCryNeutralWinkKissRazzChicCoolAngryReally AngryConfusedQuestionThinkingPainShockYesNoLOLSillyBeautyLashesCuteShyBlushKissedIn LoveDroolGiggleSnickerHeh!SmirkWiltWeepIDKStruggleSide FrownDazedHypnotizedSweatEek!Roll EyesSarcasmDisdainSmugMoney MouthFoot in MouthShut MouthQuietShameBeat UpMeanEvil GrinGrit TeethShoutPissed OffReally PissedMad RazzDrunken RazzSickYawnSleepyDanceClapJumpHandshakeHigh FiveHug LeftHug RightKiss BlowKissingByeGo AwayCall MeOn the PhoneSecretMeetingWavingStopTime OutTalk to the HandLoserLyingDOH!Fingers CrossedWaitingSuspenseTremblePrayWorshipStarvingEatVictoryCurseAlienAngelClownCowboyCyclopsDevilDoctorFemale FighterMale FighterMohawkMusicNerdPartyPirateSkywalkerSnowmanSoldierVampireZombie KillerGhostSkeletonBunnyCatCat 2ChickChickenChicken 2CowCow 2DogDog 2DuckGoatHippoKoalaLionMonkeyMonkey 2MousePandaPigPig 2SheepSheep 2ReindeerSnailTigerTurtleBeerDrinkLiquorCoffeeCakePizzaWatermelonBowlPlateCanFemaleMaleHeartBroken HeartRoseDead RosePeaceYin YangUS FlagMoonStarSunCloudyRainThunderUmbrellaRainbowMusic NoteAirplaneCarIslandAnnouncebrbMailCellPhoneCameraFilmTVClockLampSearchCoinsComputerConsolePresentSoccerCloverPumpkinBombHammerKnifeHandcuffsPillPoopCigarette