Archive for June, 2010

magazine RM1

Hye ;

sapa taknak kan ? RM1 sahaja.
betul ! RM1 je.
sebab edisi lama laaa.. tu sahaja.

magazine ni saya beli di carrefour ahad ahad (2kali ahad ok) lepas.
syok, sebab semua RM1.
sempat pilih marie claire & glamour.
itupun sebab magz ni still seal. takyah fikir lama2. ambik terus.
lama tak lama jugakla, tahun lepas punya edisi.

lama rasanya saya tak membeli majalah.
time mengandung hari tu, rajin jugak saya beli.
saya suka membaca…  tapi apakan daya.
dah ada auji sekarang ni, baca auji saja lah Razz

ha, auji sekarang ni tidurnya makin lasak.
ni ha, baru kejap saya pandang lappy.
sekali toleh belakang.. dah macam ni pulak gayanya.
auji.. auji.. macamana la saya tak kena baca dia hari2  ?

sweetcherry carrier

Hye ;

malam tadi bergegas keluar ke jusco wangsa maju
setelah seharian duduk rumah goyang kaki.
keluar pun sebab nak beli carrier auji.
sempat jugakla beli 6ketul donuts big apple..


yeay, auji dah ada sweetcherry SCR7 carrier.
pasni boleh la jalan2 cari makan,
mummy & daddy pun panjang langkah laaa, hihi

sabtu tu kami tengok di jusco OU, ada less 20%.
tapi bila kami pergi jusco wangsa maju, lessnya cuma 15% sahaja.
bila tanya kat SA tu, dia cakap lain jusco lain sale, ye ke ?
tapi yang saya perasan kat jusco OU stroller takda less,
tapi kat jusco semalam.. ada less 15%..  Thinking keliru sekejap.


lagi 2minggu kami akan pulang ke tanah air (buwek!!),
kami akan pulang ke Kuala Terengganu lah.
jadi nak taknak kena la beli carrier ni, Grin
nak jalan jauh tuuu..

graco stroller

Hye ;

semalam hari pertama auji berstroller.
mula2 saya siap cuba kat rumah dulu.

mana la tau, buatnya dia melalak kuat2 taknak naik stroller tu,
penat je pikul sana sini kan ?
berat tu, kalah beras.. 12kg =)
bila mula2 letak, muka dia confused je.
asal la benda ni bergerak2, hihi

pastu diam macam enjoy je.
HELLO AUNTY SEMUA ! HELLO KAKAK SEMUA!
mood auji baik ni, senang hati kami =)

time ni auji duk bercakap bahasa dia la.
sekarang dah pandai sembang, ntah apa la dia komen pasal stroller dia tu.
tengok kaki daddy tuu, nampak bayang2 je,
laju je duk kehulu hilir check tingkap, check semua suis.
rutin daddy lerr check semua2 sebelum keluar, ailebiyu dear !

actually stroller tu SIL yang punya.
Graco Travel System.
dah lama, like 6-7years umur dia dah.
takpala, cuba dulu.
kalau tengok auji syok, daddy syok & mummy pun syok,
boleh la kita ambik sebijik.

auji duk dalam stroller,
mummy leh jalan lenggang kangkung,
daddy leh snap pic guna dslr.
cececeh !
kalau takda stroller, bergilir2 la kami dukung auji.

dah ada stroller ni, langkah panjang sikit.
ke One Utama la kami.
and bijak tak saya, nak serang sale chicco,
tapi tatau kat mana dia buat.. hadoiii la mass ni =(

terus park kat jusco.
tapi pergi makan kfc dulu.
saya cuba yang pocketful apa ntah nama dia.

jusco sale wohh ! syokkk !

puashati jugakla tengok sana sini.
tengok toys auji, ingat nak beli.
tapi tak jumpa yang berkenan.
jumpa yang berkenan, orang dah bukak la pulak.
lagipun toys baby pilihan limited =(

dah puas duk dalam jusco,
masuk dalam toys r us pulak.
ni lagi syok. sale ada 30%, ada 50%.
tapi takda toys untuk umur auji.
sama juga, cari punya cari takda yang berkenan.

sebenarnya, saya cari cot mobile.
taknak yang pakai battery, nak yang tarik je pastu ada lagu.
pastu ada pusing2. mesti auji leh syok2 main kalau jumpa kan ?

kalau lah auji dah boleh pegang,
saya memang beli 2-3 dah semalam..
memang banyak toys yang boleh pegang semalam.

habis mummy takkan jalan kosong je.

mummy masuk ler mini toons yang dah lama tak diterjah.
ok, tak jumpa apa yang berkenan.
jadi keluar tangan kosong, hihihi
auji pun dah tidur…

mamil mama gold club

Hye ;

mari mari semua.
masih panas. panas.
macam lah ada cerita yang hot and sensasi padahal.. takda apa pun.

cuma nak bagitau, saya terima register mail dari dumex.
hehehe.. mamil mama laaa..
( baru ingat nak tukar ke anmum lacta, tak jadi la kot ! )

saya ingat sapa la duk ketuk2 solex kat luar tu.
ingat orang sebelah. rupanya abang posmen =)
dah la tak pakai proper, yelah pagi2.. comot buat keja rumah..
terpaksa la minta hubby signkan, hihi
padahal dalam hati dah punya nervous dah,
apa pulak saya beli online ni.. lupa ke..
ha sudahh.. tak bagitau hubby, tak pasal2 kantoi depan2..
rupanyaaaaa.. mamil mama gold club !

dalam letter tu ada RM10 carrefour voucher & warm and soft blanket.
syokkk !

puku petit

Hye ;


jumaat lepas adalah kali pertama saya memotong kuku auji.
sebenarnya saya sangat takut nak potong.
selama ni bersungguh2 cuba elok dari memotong.
asyik minta tolong mama yang potong.
takpun hubby yang potong.
tapi sebab dah berkali2 minta tolong hubby, hubby asyik lupa je.
jadi saya pun beranikan diri di pagi jumaat yang mulia itu.

mula2 saya cuba guna ketip kuku saya je.
ketip kuku saya kecil dan comel tapi..
bila saya cuba kat kuku auji, alamak !
tak lut pulak !

terpaksa la guna ketip kuku auji jugak.
walaupun tak biasa.. sebab auji punya jenis gunting, huwaaa !

sila rujuk gambar. tajam tau.
err.. tajam betul2 ke kuku auji yang lembut lagi ? hihi

bila dah guna, fuhh.. excited.
senang rupanya.
GUNALAH PUKU PETIT =)

pastu siap excited cerita kat hubby,
sayang, senang je ketip kuku auji sebenarnya.
sayang, senang je guna ketip kuku auji tu
sayang, senang.. bla bla bla
ulang2 duk cakap.. sampai hubby jawab,
memangla, saya dah tau lama. saya kan dah guna ari tu.
memang senang.

terus saya diam. lerr.. dia dah guna dulu rupanya. Sleepy

sekarang ni hari2 check kuku auji dah panjang ke belum.
sebab.. dah naik syok ketip kuku anak sendiri, hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...