Hye 
;

hari ini saya lapang.
lapang bukan bermakna boleh bersenang lenang.
lapang tu masih lagi kena mandi air panas,
tetap menyusukan auji jika diminta (bf on demand, cheh!),
memakai bengkung & krim tapel seperti biasa..
ha, tetap tak lapang kan ?
lapang di sini adalah.. ada masa nak online, hihihi
saya nak cerita tentang pengalaman menjadi ibu jelita.
jelita saja. juwita ? ish, geliii..
ok, tak. ibu yang baik sudah cukup.
22hb April 2010, check up seperti biasa.
doktor ada ingatkan, kalau sabtu ahad tu rasa sakit terus datang Naluri.
kalau tak sakit, Isnin datang check up lagi.
jadi, hari itu saya pulang dengan bekalan di otak,
yang saya kena bersedia bila2 masa saja akan jumpa lil baby saya ni.
22hb April 2010 ( petang hingga ke malam )
sakit biasa dalam perut.
sempat la makan kueyteow lambak beli kat pasar malam, hihi
sakit biasa tu bukan macam sakit perut biasa.
sakit tu macam kamu dah tahu la, itulah masanya yang
kamu akan deliver baby bila2 masa saja.
tak malam ni, esok.
tak esok, lusa.
dalam fikiran, ” inikah contraction ? “
saya bagitau hubby.
bagitau mama.
hubby siap sempat search sakit fake contraction macamana, yang betul macamana.
siap catit setiap masa yang saya sakit.
sampai nak tidur malam tu pun tak selesa.
sampai tak boleh baring.
hubby siap dodoi2 pun tak jalan gak.
bila baring kena berdiri.
dah berdiri kena bongkok pulak.
haaa.. sampai macam tu..
at last, saya ajak hubby tengok tv sekejap.
sakit dah takleh blah dah.
bila tengok tv, minum2 air.
sambil tu, sakit tetap ada.
sampailah satu tahap saya nak ke toilet.
tup2.. ada something.. show.
hmm.. dah tiba lah ni.
saya cakap dengan hubby & mama.
zuppp.. sepantas kilat, semua dah bersiap nak hantar saya ke Naluri.

masa tiba di Naluri: 23hb April 2010, 03:30pagi
( kalau tunggu subuh pun takpa, cuma takut apa2 jadi kan.. lagi pun dah ada tanda )
family kena tunggu di ruang menunggu while
saya akan di check samada sakit biasa ke main2.
ok, pasrah. baru cuma dalam 2-3cm sahaja.
lambat lagi bersalinnya ni.
mungkin dalam tengahari sebab anak sulung kena tunggu sampai 10cm.
bayangkan.. sakit 2-3cm pun dah terbongkok2, inikan 10cm =)
family boleh balik, takyah tunggu.
time ni, I dah sedih dah.
ni lah yang paling I tammo dalam hidup.
duk hospital sorang2.
mana boleh tido babe ! seramm !
habis check2 semua dalam 04:30am.
hubby datang jumpa sekejap di wad, peluk cium.
minta maaf. nanges2.
ok, kenalah terima. dorang (hubby, mama & nyah) kena balik.
lagipun, lambat lagi ni..

by 07:30am, darah dah keluar.
nurse pun dah masuk air.
bukaan pun dah 3cm.
hubby pun dah sampai & teman di sisi.
cewah !
dalam 08:30am – 09:00am,
dah 4cm.
saya pun ditolak ke Labor Room.
pelik pulak rasanya, napa baru 4cm dah tolak masuk labor ni ?
I dah seram sejuk dah time tu.
sempat jugak berbual dengan hubby,
” napa tak bawa camera sayang ? “
” takyah la, awak just rest n focus je. “
masuk je labor, mulalah gabra.
serius.. gabra, tak sabar, takut.
semua adalah.
mama masuk sekejap.
bagi motivasi =)
09:30am, 5cm.
tiapkali sakit, tiapkali itulah hubby gosok belakang saya & baca apa yang patut.
berhenti sekejap, sambung gosok balik.
kesian pulak saya tengok.
sampai satu tahap, kami tak berbual pun.
saya fokus dengan sakit saya.
hubby tetap terus menggosok.
10:30am, 6cm.
time ni lega.
6cm dah. yess.
dalam waktu ni ke jam 12pm,
ada sekali saya minta nak kencing.
datangla nurse bawa tiub.
mak oii, tak selesanya.
lepas pada tu, saya tak minta2 nak kencing dah.
saya terus lepas je atas katil.
rupanya, saya bukan kencing.
air ketuban yang keluar dengan banyaknya.
tengokk, sebab sakit.. kencing dengan ketuban pun keliru.
itupun nasib nurse yang bagitahu.
kalau tak, memang saya tak tahu.

12:00pm, 9cm.
ya, 9cm ya.
jarak di antaranya sebelum ni adalah sejam sahaja.
tapi 6cm – 9cm ni memang cepat.
time ni tak silap saya dua nurse datang check, dan 2-2 pun cakap 9cm.
memang cepat.
saya pun rasa makin sakit dan rasa nak cepatkan semua je.
nurse datang dan ajar macamana nak push.
ok, saya pun cuba buat.
dalam waktu sakit ni, nurse & doktor ada jugak offer saya epidural.
tapi saya taknak.
sebab saya ingat saya nak cuba bertahan selagi mampu.
sampai lah bila dah 9cm ni, saya dah tak tahan.
waktu 9cm ni memang Tuhan je tahu sakitnya macamana.
sebab baby dah dekat2 je nak keluar.
jadi, saya minta epidural.
nurse pun explain, waktu dah 9cm ni takboleh dah nak buat epi.
sebab dah dekat sangat, lagi 1cm je.
lalu, nurse suggest pain killer biasa je.
yang cucuk kat montot.
ok, pasrah. langsung tak sakit pun nurse tu cucuk.
ha, nampak ? badan saya semua kebas dah dek penangan sakit contraction ni.
sampai sakit kena cucuk pun tak rasa dah !
bila dah ambil pain killer ni,
memang anda akan ada satu perasaan iaitu mengantuk.
saya langsung mengantuk.
sakit + mengantuk memang nikmat.
jam 01:00pm, nurse dah mula siap2kan barang.
saya tahu dah, nak mula dah ni.
sakit bertambah2 ni.
waktu tempoh ni, rasa macam berjuang pulak.
kalau anda tak push betul, maka bayi anda lah mangsanya.
saya betul2 bersyukur ada hubby di sisi.
kalau takda dia sebagai teman sorak setia,
mungkin saya dah kena operate.
saya dengan ala2 khayalnya dengan pain killer lagi.
saya rasa kalau tak ambil pun tidak mengapa.
tapi sebab sakit time tu tak tahan kan…
at one time, saya dah tak larat nak push.
saya cuma nak tidur. saya mengantuk.
gara2 pain killer.
nasib ada hubby, bagi semangat.
” mass.. ni baby kita.. (seraya memberi semangat) “

01:58pm, lahirla baby Auji.
syukur.
sekejap je rasa 9bulan tu.
sekejap je rasa pantang 44hari tu kerna, saya dah pun 27hari.
semoga umur saya panjang untuk lihat auji membesar, amin.
syukur ada keluarga membantu.
syukur ada suami yang melimpah ruah memberi perhatian.
terima kasih semua !

Reply








alololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololololoooo
gambar auji yang last tuuuuu.
sukanya ju tengok !
suka suka suka !
comel betul tidur macam tu.
ni masa baru lahir,
sekarang mesti dah lain muka auji kan ?
mass nak lah tengok gambar baru auji..
mass 25hb ni the curve okeih ?
jom !
mass minum air suam je,
kitorang minum air ais.
=D