Hye 
;
syukur. bacaan darah auji baru ni 147.
maknanya dah sihat.
harap2 kuning ni tak berulang.
saya sedaya upaya breastfeed dia.
siap tak makan apa2 rempah ke, kunyit ke.
nak makan set bersalin amway saya pun fikir 2-3 kali =(
sayang auji !
secara lumrahnya, bayi yang kena kuning atau jaundice ni,
dorang memang akan suka tidur.
tak peduli dah nak menyusu ke apa ke.
muka kuning.
yang nyata dan jelas, kalau tekan di bahagian dada bayi selama beberapa ketika,
memang nampak kuningnya.

masa keluar je dari wad di Naluri,
bacaan darah auji dah 193, masih ok.
tapi lepas 2-3 hari kami tengok kuning auji jadi makin teruk pulak.
hajat di hati cuma nak check darah je.
sekali bila bawa ke klinik desa, semua nurse cakap,
” kuning bonar anak ko ni dik “
sedihhhhhhhhnya dengar time tu.
nak tak nak, kami pun pergi klinik kesihatan seremban.
dengan keputusan bacaan darah hari itu adalah 290.
pastu terus kena tahan.
sampai je Hospital Seremban, settle semua pendaftaran.
soal jawab dengan doktor, dengar sikit taklimat.
saya terus berharap auji kuat.
doktor tu bagitahu, kalau bacaan darah auji turun 240 keesokan paginya,
maka auji boleh keluar terus.
kalau tak drop 240, maka saya kena tunggu sampai bawah 200.
doktor tu bagitahu, ada bayi yang ditahan sampai 21 hari.
fuhhh, meraung saya kalau gitu !

auji kan kuat sayang.. mesti hebat kan..
tengok tu, marah betul dia tidur kena kacau =)
sepanjang petang menghantar auji di wad,
hati tak keruan, kepala tak boleh fikir apa dah.
yang saya nak, bagi susu badan banyak2 je kat auji.
supaya antibodi dia kuat.
supaya dia boleh keluar wad esoknya..
wad tu hanya ibu dan bapa kepada bayi sahaja dibenarkan masuk.
nenek ke, makcik ke sama sekali tidak dibenarkan.
penggunaan botol susu pun tidak dibenarkan.
kalau nak, sumbat puting asli =)

selesai saja saya susukan auji, dia pun dah tidur dengan lenanya.
dalam hati, harap2 susu saya banyak lagi,
bolehla saya buat stok pam malam tu untuk auji.
jam 9lebih, hubby dan nyah hantar susu tu ke hospital.
menangis toksah kira la berapa banyak.
sejak tau auji bakal ditahan di wad pun saya dah start menangis.
sedih rasanya berjauhan dengan anak sendiri.
sedih tengok dia sakit.
malam tu saya tidur dengan topi auji.
sedih la !
esoknya, pagi2 kami berdua jenguk auji di hospital.
bawak stok susu juga.
sampai2 saja saya tanya nurse,
” nurse, stok susu ni nak letak mana ? “
actually, nurse tu nurse yang sama saya jumpa hari sebelumnya,
” saya rasa anak awak dah boleh keluar la.. “
YaAllah, syukur sangat.
tak dapat saya bayangkan gembiranya saya time tu.
hilang sakit bersalin terus..
sembang2 sekejap dengan doktor.
doktor tanya nama anak saya.
bila saya bagitahu ” Auji. “
dia pelik, ” erk, 4 huruf je ? Auji je ? takda lain ? “
punyalah gembira, sampai saya tak bagitau nama penuh.
” ooo.. Ahmad Rifdhi Auji. “
” panggil ? “
” Auji. “
” unik. tak pernah dengar. “
dalam hati time ni, saya tahu nak siap2kan auji dengan kadar segera dan
balik terus.
tapi doktor suruh saya breastfeed dulu.
ok, dah kenyang. siap2kan auji dan terus balik.
masuk hospital around 5-6pm, esoknya before 12pm dah boleh keluar.

ini pic auji hari ini.. comel dengan baju polkas dia..
syukur, auji memang kuat dan hebat !
harap2 auji terus sihat ya, amin..
* auji masuk hospital 28hb dan keluar 29hb April 2010 *

Reply








chop! 1st question….syazwan tgh jemur auji ke tu?
sian kan tgk baby kena kuning ni. tp ko neh terbalik. selalu baby yg menyalak dok bwh lampu sampe kena tutupkan mata…tp ni ko yg nanes². baik je auji tak nanes ekk..masa umairah hari tu, bergegar spital sg buloh ngan teriakan suara dia..ngeee
moga auji terus sihat & kuat!
ko pun pantang elok² ekkkk