Hye 
;
sabtu yang baru lepas ni,
saya berada di rumah mama yang aman permai.
maka hari yang aman permai seeloknya diindahkan lagi
dengan aktiviti tambahan, hihihi

dah lama rasanya tak makan2 di tepi pantai.
jadi saya, hubby, nyah & adik pagi2 dah bersiap2
bawak semua bekalan sarapan ke tepi pantai.
ala.. ikut tol charge cuma rm0.80sen sahaja.
oklah, kejap je dah sampai tepi pantai yang indah lagi permai.

syokkkk sangat !
saya suka tengok laut pagi2.
kalau dalam pukul 6lebih atau 7pagi, lagi best !
aman, indah & permai sungguh..
memang semata2 bersarapan di tepi laut je.
while adik lepas gian mandi laut.
lepas je makan, duduk lepak kejap.
dan terus zuppp.. balik rumah dan pengsan.
4-4 pengsan.
tidur sampai tengahari, hahahaha
dalam pukul 2pm saya and hubby keluar.
terus ke plaza ampangan.
sebenarnya nak pergi ambil set bersalin yang saya order.
puas pening kepala nak pakai set yang mana.
last2 saya beli set bersalin amway, tropical herbs.
dah.. muktamad. malas fikir dah.
harap2 ok dan dont worry saya akan share bagus ke tak hasilnya nanti ya.
dari plaza ampangan, kami terus ke jusco, seremban 2.
ni pun takda tujuan.
pergi semata2 nak makan aiskrim.
memandangkan baskin robbins mahupun haagen dazs takda,
jadi kami makan aiskrim mcD, MCFlurry Berries.
pastu duduk2 kejap depan MPH Bookstore,
makan aiskrim sampai habis..
dan terus bergegas balik.
siap berhenti beli roti bun RM1.00.

dan.. bila nak bayar parking rupanya,
laaaa.. tak sampai sejam pun kami duk dalam tu.
tak kena charge parking pun.
FREE !! syok !!

on our way kami nak balik dari jusco ke rumah mama,
kami jumpa orang beraktiviti paragliding.
leka saya tengok.
kami siap berhenti tepi jalan,
punyalah nak tengok.

thank you hubby, sebab melayan je kerenah saya.
oklah, itulah cerita saya menjelang 38weeks.
hari ni saya pergi check up lagi.
berat maintain dengan check up sebelum ni, 69kg.
sambil saya update ni,
sambil hubby catit sakit perut saya ni.
hish, saya takut betul contraction !
sebab saya tidak berpengalaman.. TAKUT !!
kalau sakit betul, malam ni saya pergi la Naluri tu.
kalau boleh, saya nak tunggu sampai esok pagi..
ok =)
doakan baik2 ya, tatah !









Good luck mass! InsyaAllah..