Archive for March, 2010

my baby checklist

Hye ;

hari ni saya nak buat checklist, mana tau ada yang tertinggal.


bab2 baju ni, saya tak kira ada berapa.
sebab rasa asyik tak cukup je walaupun dah cukup sebenarnya.
tiap kali masuk je bahagian baby, mesti saya ambil 2-3 helai baju.
keluar baru ni dengan MIL pun, dah kena tegur
sebab shopping baju baby macam tak ingat dunia.

tu belum masuk socks & booties dia.
banyak jugak saya beli. hihi


buat masa ni saya geram betul bila tengok blanket yang comel2.
rasa nak beli semua =)

DONE
Lengan Pendek

Lengan Panjang
Seluar Pendek
Seluar Panjang
Baju Jalan
Barut
Romper
Mittens
Booties
Socks
Hat
Bip
Kain Bedung
Receiving Blanket
Blanket
Toiletries
Towel
Cotton Balls
Cotton Buds
Changing Mat
Baby Wipes
Napkins
Nappy Kleen
Feeding Bottle

Teat Brush
Breast Pump


For Mummy – DONE
Socks
Nursing Pad – washable & disposable
Maternity Pad
Kain Batik
Nursing Bra

AKAN BELI
Baby Cot ( Ikea )
Mosquito Net
( Ikea )
Bath Tub
Baby Manicure
Safety Pins

Termometer
Set Berpantang & Minyak Telon ( this week )


BELUM DECIDE
Nasal Aspirator

Syringe

Disposable Diaper
Diaper Rash Cream
Nappy Liner
Stroller
Infant Carrier / Moses Basket ( tak beli kot )
Baby Sling
Diaper Bag
Bakul Baju / Almari
Gripe Water
Nursing Cover

TAK PAYAH BELI
Handkerchief ( dah ada )
Termos
( dah ada )
Mattress Set ( MIL & mama dah buat )
Album
Toy


oklah semua, hari ni saya dah 34minggu.
harap2 sempat lagi buat last minute preparation.
bermakna lagi 4minggu mungkin @_@
fuhh.. doakan semua berjalan lancar ya.

hubby dah balik & digiscrap

Hye ;


credits: MLS_FreeSpiritFreebie

hubby still sleeping.
kesian saya tengok, macam berapa hari tak cukup tido ntah.
hubby sampai kl pukul 8pm malam tadi, jam 11lebih baru bertolak ke sini.
sekejap je lagi, saya akan balik kl.
=)

semalam, sementara tunggu hubby on his way, saya berdigiscrap.
tengah banyak idea and mata pun macam nak tengok benda berwarna warni.
jadi, terus la on photoshop.


credits: droopette_happilyeverafter_freebie, pouyou_funkyscrap_elements

oklah, enjoy ya.

ngidam kuih koci

Hye ;


ngidam kuih koci punya pasal.
terus saya beli RM10.
siap tempah.
dapatla makan time panas2 lepas kukus yerr !


saya sorang je makan sampai 5ketul.
membesar dengan sihat la saya pasni.
hish !


sedap tau.
saya siap makan keesokkannya lagi.
siap panaskan lagi sekali guna microwave.

jemput makan semua.
eh eh dah habis la pulak, hihi

takda lah boring mana

Hye ;

semalam saya ikut mama & abah
pergi teman adik saya,nyah amek anugerah kecemerlangan untuk SPM 2009 dia.
majlis tu berlangsung di SMRA Rantau.
alhamdulillah, adik saya dapat 4A 1B.
the rest, credit.
Akaun dia A tuuuu.. terkejut saya.
terkejut bukan apa, sapa2 amek akaun, akaun senang eh ?
ahahaha.. terbakar adik saya kalau tahu saya cakap akaun senang =P

daripada duduk rumah tak buat apa,
duk teringat rindu rinduan kat hubby,
baik saya ikut dorang pergi sana.
cepat sikit masa berlalu..

sebelum pergi tu, 2-3kali jugak saya cakap, malas nak pergi sebab
saya tahu.. mesti boring.
mesti tak syok.
mesti kena dengar orang berucap.
mesti kena duduk lama2.
ish.. banyakla benda2 negatif yang difikirkan.


tapi sampai je sana, takdala boring mana.
pandai je saya ni fikir bukan2.
macam pergi dinner pun ada.
duduk kat meja bulat2.
siap2 ada minum petang.


saya rasa, semalam la kot first time saya dengar MB negeri saya ni
berucap depan2 mata.
ooo.. macam ni rupanya dia berucap.
oo takyah pakai teks.
nampak muda lah dia. eh eh terlebih pulak !

selain sijil, adik saya tu dapat jugak wang saku.
wah suka2 hati je wang saku.
dapat la wang saguhati.
terus nak belanja makan malam ni.
saya pulak takda selera nak makan apa2 special buat masa ni.
nak minum air banyak2 je rasanya.


nak mintak air 2 gelas lah boleh ?

Cemburukah saya ? Atau hormon semata ?

Hye ;

terkebil2 saya jam 3pagi tadi, langsung tak boleh tido.
sebabnya.. saya tanya hubby, siapa naik kereta sekali balik KT malam tadi.
kawan A, perempuan & lelaki. perempuan tu tertinggal bas
terus takda mood nak cakap dah.
terus rasa nak letak telefon laju2.
apahal ni, dah tertinggal bas, tinggal lah.
napa nak kena naik kereta kawan kepada kawan ?

okay, A kawan hubby. Dalam kereta A tu ada awek A n kawan A, lelaki.
dalam kereta hubby pulak ada 2orang kawan A, lelaki & perempuan.

takda2 mood nak cakap dengan hubby pun,
tapi bab2 bagi SMS semangat betul.
saya bagi SMS bertalu2 kat hubby.
terus cakap mengarut2.
terus rasa geram dah.
hish.

bila SMS tak dibalas, saya call pulak.
betul2 nak explanation yang mengarut saya ni tau.

1 sebab tak puashati ialah, napa perempuan tu tak naik kereta A?
sebab A bawak awek dia balik sekali ke ?
sebab awek dia marah ?
ha, kalau nak bertanggungjawab kepada kawan2 sangat,
bawak la semua sekali naik kereta dia.
napa hubby saya nak kena terlibat ?
kenapa ?

cemburukah saya ? atau hormon semata ?

bukan setakat kes ni saja.
lately ni saya perasan, kena tepuk sikit dengan hubby pun,
dah cebik masuk bilik bawak muka tarik 44,
nangis dan terus tido.
hubby tak lupa bagi good nite kiss @_@
kebiasaannya, keesokan paginya.. saya dah baik.
takda tarik2 44 dah.

itu belum masuk hubby tinggi suara sikit.
dah terus masuk dalam hati.
terus hati kecik.
terus taknak besar2 dah hati ni.
merajuk terus =(

pic taken masa hubby hantar saya balik seremban. dia nak balik KT malam jumaat tu.

credits: lovely days freebie

dan kebanyakan masa itu, hubby selalu datang dan tenangkan saya.
saya bersyukur sekali.
preggy itu indah, syukur.

p/s: kadang2 lelaki pun satu, susah sangat ke nak cakap dengan kawan dia,
gila kau, laki aku marah duh ! ” macam kita selalu cakap dengan kawan kita
kalau takut hubby kita marah.
tapi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...