Archive for October, 2009

colourful frame

Hye ;


saya ada frames berupa sama ini dalam

tiga warna.
pink, hijau & biru.

setakat ini, saya cuma letak pic yang saya suka.
gambar

comel yang menarik hati dan
boleh memotivasikan
diri sendiri.

ada banyak lagi pic yang perlu diframekan.
ish, kena borong frame la pulak lepas ni.

bila dah berwarna warni tu,
saya suka pulak bermain dengan photoshop

.
photoshop dari dulu sampai sekarang saya guna adalah cs2.
sampai sekarang.
jangan suruh saya guna cs3.
sebab.. malas nak upgrade.
hubby rajin la nak explore benda – benda baru.


ini saya guna action – urban acid.
sila google kalau nak tahu lebih lanjut apa itu urban acid.

cun woh. saya suka

pulak dengan action urban acid ni.

next one is, vintage.


mungkin photo tak cukup sharp.
vintage tak brapa vintage pulak saya tengok.

okayy, enjoyy.

besok saya akan ke pekan, pahang.
zaidi

kawin.
dan insyallah, cukup masa.. saya nak singgah kuantan.
berjumpa bintang hati julia, lalalala

hubby mula ber.. NDSL !

Hye ;

sejak sebulan lebih ni saya memang addict dengan Animal Crossing.
siap letak bookmark di lappy tips on how to play this game.
setiap pagi, celik je mata saya dah mula cari duit.
pergi kutip cengkerang, goyang pokok, semua tu sumber pendapatan.
lepas tu pergi jual.
kedai pun ada satu je kat situ, Tom Nook.
dia la tukang jual, dia la kontraktor rumah.
semua lah dia. kat dia kita berhutang, kat dia jugak lah kita menjual.
dah la amek murah, jual balik mahalnya !
grrrr !
rasa tak adil, tapi celik je mata memang terus ingat nak main je.

saya memang hari update hubby apa yang saya dah capai dalam game ni.
saya dah tahu mana nak dapat duit banyaklah,
saya dah besarkan rumah, saya dah habis bayar hutang, blablabla.
my hubby is the greatest listener.
. trust me.
tapi jangan lah pi duk sebelah dia, cerita masalah rumahtangga kau time dia sibuk buat kerja.
memang dia tak layanlah !

saya sedih sorang kawan, Pinky nak pindah lah.
siap merayu
dont’ go, don’t go.
sedihnya.. lain macam nya rasa.
main game boleh rasa sedih
.
mungkin sebab bila saya on je game, saya mesti jumpa pinky.
dia memang selalu berjalan
dan bersembang dengan saya.
jadi saya happy. bila dia nak pindah, of course saya sedih !

jadi, malam tadi saya tidur seperti biasa.
keluar minum lepas 2-3 kali hubby ajak, jam 12am.
hubby tidur lewat. seingat saya jam 5pagi, dia baring dan cakap tak boleh tidur.
badan lenguh. kasihan . dah dua hari kami lap cermin kedai.
hubby did the major thing la. saya duk sembur
sabun je.
memang memerlukan stamina tinggi.
mana taknya, habuk
lori kedai hardware sebelah datang hinggap,
memang menyakitkan hati.
itu tak termasuk kes
lain yang menyentuh hati, hahaha

saya tak sedar bila saya tertidur balik lepas dengar hubby mengeluh.
yang saya tahu, sampai jam 7lebih, hubby tak tidur lagi.
mata saya dah segar bugar
.
hubby cerita penuh excited, dia dah tolong saya main game.
sepanjang dia tak boleh tidur tu, dia tolong saya tangkap ikan.
ouh i can’t tell you how excited i am
, how happy i am.
siapa cakap ndsl untuk perempuan je ? untuk budak
je ?
while psp untuk lelaki je ? psp untuk perempuan berjiwa kental ?
siapa ? siapa ?

memancing dalam game satu benda yang memerlukan skill jugak.
saya pernah sekali je fishing dalam game ni. tu pun sebab lepas baru beli fishing rod tu.
lepas tu, tak pernah fishing dah.
sebab malas nak tunggu tepi sungai, ikan tau curi umpan je.
saya memang betul
takda skill memancing lah !

yang buat kami ketawa berdekah pagi tadi adalah..
habis bersepah rumah yang saya dah deco cantik
,
dengan cengkerang bagai.


can you imagine kalau rumah you penuh dengan siput, cengkerang dari laut tu ?
habis masam masinsemua la rumah you.

itu tak masuk lagi dengan
shovel buat ketuk batu cari duit, net untuk cari bugs.
habis hubby letak tengah rumah.

saya pun dapat bayangkan macamana huru haranya hubby
bila dia click almari saya tu untuk letak semua barang.
kalau salah click, memang dengan almari tu sekali masuk dalam poket you.
and no wonder, semua barang dalam rumah saya bersepah.


termasuk kepala katil yang sepatutnya dekat dinding,
jadi terpusing ke sini.
but i know, hubby dah cuba his best dah tu.
susah babe, nak susun balik semua furnitures ni.

ikan tu saya tak jual lagi.


saya nak tunjuk kat hubby berapa pendapatan akan dapat dengan menjual ikan.
selfish. sell fish.
lemme tell you here, ada catfish ok.
salmon pun ada.
mana nak dapat ikan tu kat sungai sini ?
salmon babe, salmon !

ouh okay, sapa main game ni, dia tahu apa yang saya bebelkan.
sapa tak main game ni, tak dapek den nak nolong dik non oi !

pengajaran di sini: cerita la kat hubby apa yang anda minat,
mana tahu, dia akan tertolong minat sekali, hik hik, buwek..

sajian malam manis bermadu

Hye ;

selera malam saya sudah semakin pulih.
jadi saya boleh makan sebanyak mungkin.
tadi, dengan berciri sedikit tetapi kerap.
saya taknak dah berlari2 ke sink berhampiran,
dan muntah keluar semua isi perut.
letih & memenatkan.
tapi satu pengalaman yang sangat berharga.
dicintai & mencintai.


kalau check up sebelum ni, berat saya turun 1kg.
gara – gara tak boleh makan malam.
check up kali ni, berat saya naik 0.5kg.
bagusnya.. sebulan naik 0.5kg.
hb pun ok.
kalau boleh saya nak bacaan hb saya ok setiap kali check up,
takda la saya nak risau pasal jarum tu besar ke,
blackout time tengah cucuk tu ke.
haii.. imaginasi tinggi betul.

sementelah saya selalu terjaga tengah malam kerana lapar,
baru – baru ni, saya terus bergegas beli apa yang patut.


beli vono chicken soup ( sedih sebab mushroom soup takda ),
beli milo, koko krunch.
beli yang light saja.
kalau nak makan berat, memang tak dapat la.


dan ha, beli cheese crackers ni.
sedap. patahkan jadi kecik, campur dalam chicken soup saya.
rasanya.. mmmm, nyummy !

saya pun dah mula makan neurogain.
first two days, makan neurogain & anmum materna,
saya rasa perut kembung dan asyik terbuang angin je.
dia baiki system penghadaman ke ?

apple bag

Hye ;

pasni jangan terkejut tiba2 nampak saya pakai baju ala2 snow white,
berjalan sana sini di tengah2 bandar metropolitan ni.
sambil pegang apple dan berbeg apple, ahahahaha.

suka betul saya dengan merah.
apple pulak merah.
jumpa handbag apple pun merah.
haii.. baby baby.. dah besar nak jadi bomba ke ?
hihihi

ok. memang girang hatiku bila dah jumpa beg idaman.
beg ni pulak, besar dari jangkaan.
saya ingatkan kecik je.
rupanya.. semua barang2 penting saya muat nak sumbat dalam ni.


tengok tu, besar lagi dari gelas plastik tu.
ha.. besar kan kan kan..


sorry pic confused.
sebab mula2 saya ingat hubby snap tak masuk muka saya.
jadi, saya tidak melemparkan senyuman di situ.
tengok2, masuk pulak =)

ada lagi satu, beg idaman..

gold apple bag ni, yum yum.
sapa2 jumpa, bagitau ok !

happy anniversary !

Hye ;

hari ni anniversary kami yang ke-2.

” Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam,
bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya,
bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya,
malah dari sisinya
untuk menjadi teman hidupnya,
dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan
dekat di hatinya untuk dicintai


“To catch a husband is an art; to hold him is a job.”


*picture taken 3days after solemnization*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...