Archive for September, 2009

mood zero but we love you so much dear !

Hye ;


dear, mommy selalu wish dapat makan banyak.
makan tanpa ada batasan..
tapi sekarang ni, mommy selalu..

perut sebu.

tak pernah dapat gastrik, ada gastrik.

lepas makan, kena duduk relax. takleh gerak banyak.
kena baring je.

melon sakit. pantang jumpa bantal, nak sleeping beauty je.

selera makan terbang bersama mood. langsung tatau nak makan apa.
kalau ada selera pun, bila tiba time nak makan.. tup
takda.
makan pun sikit je. sebungkus mee rebus ke, rojak ke, separuh je lalu makan.

cheese langsung takleh makan. baru pandang je dah loya.

sekarang ni saya teringin nak makan kuih siput.
time
raya ni, memang berlambak kuih siput.
tapi kuih siput makcik saya ni lain, dia sira pedas. hishhh.. jenuh nak sms cousin saya ni.

jadi, dengan ada simptom ni.. nak update blog pun rasa sebu jugak.
harap
cepatlahhh saya ok.

saya risau.. saya nak makan banyak..

2 – 6 Syawal di Seremban

Hye ;

jangan tanya banyak mana saya makan di seremban.
memang banyak.
nak mama masak semua kegemaran, memang lepas makan.. terus syok tido !
hahaha

jangan marah ok.
entry di seremban ni memang banyak pasal makanan.
saya rinduuuu masakan mama.
eh mama pun saya rindu jugak =)
mama masih macam dulu, masih lagi datang melepek dalam bilik.
bergosip la saya, mama & nyah.
sekali balik, memang tak sah kalau tak minta mama masak itu ini.

bila kami sampai je dari KT, terus makan nasi ayam.
mama masak nasi ayam hari tu.

esoknya iaitu raya ketiga, kami disajikan dengan nasi impit kegemaran semua.
memang 2 – 3 kali saya mengulang makan.


ada ayam masak kicap kegemaran, ada masak lodeh, ada kuah kacang.
hubby tak biasa lagi, jadi dia makan nasi impit dengan lodeh dan kuah kacang je.

petang tu, boring.. kami pergi Jusco Seremban 2.
ingat nak tengok Final Destination tapi show ada jam 11pagi sahaja.
tak jadi berwatching movie, kami main bowling je.


abang & ehem..ehem.. alang !
saya tak main pun. jadi photographer la !

nyah tak ikut. dia request Big Apple Donuts je.


jadi saya belikan The Alien. beli sekali 3 ketul terus.
dah bagi makan, dengan katil dan atas lantai si nyah ni bagi tumpah coklat dia.
taulah coklat alien ni melimpah ruah =P

Raya keempat, saya minta mama masak untuk lunch
ikan rebus, ikan pekasam & kangkung tumis.
memang menjilat semua jari lah !
nak sambal asam kicap mama. sapa pun takleh lawan tau.
sebabkan sedap, langsung tak keluar pergi mana
pun.
dah syok makan, syok juga lah tido petang
.
cuma hubby keluar dengan abah.
biasalah kalau mereka berdua tu, tak sah kalau tak tengok barang kereta.
ada je benda tak cukupnya..
ouh.. malam tu kami keluar supper kat Seremban 2.
saya makan roti canai. adik
makan nasi lemak.
nyah tak ikut. mabuk udang dalam bihun goreng.

raya kelima, mama masak nasi lemak !
yibba yibba. best.
takda ikan bilis =( mama ganti dengan udang. jadi sambal tumis udang.
kacang goreng, telur rebus & timun.
dan specialnya, ada ayam goreng berempah.
yummeh.. makan sampai malam.
petang tu, saya, hubby, mama & nyah keluar jalan.
masuk tol, keluar kat Batu 4, PD.
pastu susur je jalan pantai sampai lah PD.
berhenti sana sini cuci mata. beli sikit
barang cute.


ha, beli jugak jagung mayonis kegemaran semua.
ingat nak minum kat Pak Lang Kopitiam, tapi tak jadi.
aci tak dah duduk, kami keluar balik.
sebab.. lantai kotor. ramai orang. hati was.


terus pergi lepak kat benteng je.
sini pun ok jugak. open air. makan sambil menghirup udara pantai.
dalam hati, menyesalnya tak berhenti kat Bangi Kopitiam kat Batu 4 tadi, hihihi.


tapi takpa la, sini pun banyak makanan best.

mama order sate.
saya dan hubby makan sikit je.
maybe sebab dah puas makan masa raya di KT tempohari.

ha, raya keenam ( last day nak balik ).. mama masak
kacang panjang tumis & ayam goreng berempah.
simple je lauk nya tapi adik saya termasuk diri sendiri, makan macam tak cukup.
lazat ! sedap ! semua ada babe !
untuk sarapan, saya buatkan cekodok kentang. hubby suka.
sementara saya buat cekodok, mama buat kek.


kek coklat & kek lapis.


comotnya.. sapa lah buat keja niii..

kami bangun pagi sebab dah nak balik KT =(
tup bila saya dah siap cantik, hubby sambung tido lagi.
jadi saya tak kacau lah, takut hubby penat kan.
saya sambung bermesra dengan family, apa lagi..
kami bertolak lebih kurang petang jam 3lebih.

bila balik seremban, memang kebanyakan masa kat dapur,
dah request banyak, lagi taknak duduk dapur.
memang menempah jeritan bonda la tuh !
cuma nyah je ngelat. sebab dia banyak rumah nak beraya.
bagi chance !

kalau boleh nak duduk lama lagi..
boleh la saya makan je. tak loya.
harap
lepas ni, saya boleh balik dan stay lamaaaaaaaaaaaa lagi !

Selamat Hari Raya.
Maaf zahir Batin.

aidilfitri 1430H, 2009 di terengganu

Hye ;


raya tahun ini saya sambut 1 Syawal di Kuala Terengganu.
sambut dengan keluarga suami.
tahun ni, semua adik beradik hubby turn pulang KT.
meriah. penuh rumah.

saya tak sabar nak tunggu nasi minyak,
makanan utama keluarga mertua di hari raya.
saya siap makan dua kali.
sedappppnya.

pagi lagi dah bersiap cantik,
pakai baju raya.
tahun ni raya pertama, kami berbaju kelabu.
lepas sahaja bermaaf
an dengan semua,
apa lagi… makan lah !!


dah makan, sesi fotografi lah !

lepas kenyang, kami berkonvoi ke rumah Pak Teh, Makcik & Mak Ngah.
seronok.. saya mesti cari nasi impit dan kuah kacang.
sebab dah terbiasa tiap kali raya mesti ada nasi impit..

petangnya pula, giliran mereka pula beraya di rumah.


lepas asar, kami ke rumah SIL. ada open house.
makan sate & bihun sup.


untuk hari kedua pula, mak masak nasi lemak & laksa.
bertambah saya.
makan saja la raya
ni.
taknak dah fikir gemik ke apa ke.
makan untuk baby je sekarang ni =)

tahun ni rezeki saya murah betul.
dapat tudung daripada dua SIL di KL,
tiga balang kuih raya ( choc chip & tart nenas ) daripada SIL di nilai,
ouh.. itu je yang saya ingat.
dannn.. dapat duit raya dari hubby =)

meriah meriah.

dalam pukul 3pm, kami pun bertolak ke seremban.
dan sampai dalam 11pm.
kereta banyak tapi tak sesak.


kami sama berbaju merah.
sejak akhir
ni, saya suka betul warna merah.
merah oh merah.

alhamdulillah, dah dua tahun saya dapat beraya di 2-2 rumah keluarga kami.
bezanya, bergilir raya pertama saja.
hubby !

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hye ;

Alhamdulillah, tahun ni tahun ke-2 kami sambut Aidilfitri bersama.
dengan ini, kami memohon maaf dari hujung rambut hingga hingga hujung kaki
sepanjang persahabatan kita semua jika ada terkasar bahasa, terhutang ( minta halal ),
dan semua ter.. ya..


tahun ni, saya sambut Syawal di Terengganu dulu.
insyallah, menyusul balik ke N. Sembilan terchinta.
Rindunya dengan semua. Rindunya nak makan banyak2 masakan mama.
( dah dua kali ramadhan kat sini. teringin nak makan masakan berbuka mama )
sapa2 pun tak boleh lawan mak masak bukan ?

dan sepanjang bercuti, saya akan private blog ya.
lepas puas bercuti, saya akan update.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.

hello kitty takboleh blah

Hye ;

pagi tadi kamu sahur apa ?
saya cuma sahur roti mentega bergula 3bijik.
cicah dengan milo panas.
yumyum.

mula ingat nak kedip mata je tengok orang jual hello kitty stuff.
tapi mana boleh blah kan..
eh tapi awal
saya nak bagitau ni, saya bukan obsess Hello Kitty tau.
cuma takboleh blah dari jadi collector je =)


saya beli hello kitty mug ni RM8.90 ( tak silap ).
kalau dapat yang kaca lagi best kan ?
ada lah sikit keyakinan nak bancuh milo panas.
tapi ni plastik. plastik tebal ok.

mana cukup satu.
mesti beli dua.


baru ada kawan nak minum air ribena.
satu untuk saya, satu untuk hubby.
kalau hubby tammo join the club, saya ajak jiran sebelah join =(
( tapi kan kan.. buat masa ni, ajak la kemana pun.. hubby sure join )

pastu tak cukup mug je saya beli.
saya beli hello kitty spec case ni.


boleh la tukar case yang lama ke yang comel lote ni.
sorry, saya lupa harga =(

semua ni saya beli dari Bubbles Trading online.
Rasanya semua yang suka Hello Kitty dah tahu kan..

oklah semua.
hari ni saya nak ke klinik kerajaan.
nak buat buku pink =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...