
Hye 
;
hallo semua !!
saya dah dapat makan cempedak goreng yang saya idam
kan sejak di pulau lagi.
tadi saya ke TER.
saja jenguk
Pesta Terengganu.
Banyak juga stall dah dibuka cuma cuaca sangat panas terik.
membataskan perjalanan =(
ok. hari ni saya nak sambung Day 3 saya di pulau.
takda banyak cerita.
cuma nak cukupkan juga cerita 3hari 2malam saya di sana, ok.

breakfast ni tak termasuk semangkuk koko krunch lagi =)
pagi tu jam 7lebih kami dah siap
pergi breakfast.
eh, apala
ni. nak balik pun sibuk juga nak breakfast.
mestilah kena breakfast.

pemandangan depan cafe. cantik bukan ?
kan sabtu malam tu hujan ribut. dan kami tak keluar makan.
lapar tak payah cerita lah.
jadi, walaupun seronok tidur, tapi breakfast kena pergi juga.

ha, kalau cantik mestilah kena pose maut di situ =P
lepas saja breakfast, kami ingat nak mandi laut sekejap.
hmm… tapi kalau dah balik bilik, nak keluar balik memang malas.
jadi, kami sambung tidur lah !
dalam pukul 11am, kami dah siap
packing.

hati menjadi sedih sebab mula teringat akan tinggalkan pulau yang cantik tu dan
kena mula hidup seperti sediakala
dengan kerja
yang menimbun =P

tengok belakang tu. ramai orang tengah tunggu bot.
sejak duduk pulau ni, angkat peace tu adalah perkara rutin.
bot tiba jam 12pm.
time balik ni best, sebab bot pusing pulau untuk ambil penumpang
lain.
dapatla saya round free.
dalam pukul 1pm jugaklah baru bertolak ke jetty Kuala Besut.
tak lama, dalam 1.40pm kami selamat sampai darat.
cepat jugak bot tu !
ambil kereta dan chow chin chow.
tatah pulau
!

Shari – La Resort tu atas bukit tau. yang bumbung warna biru tuuu…
dalam perjalanan balik Kuala Terengganu,
tak sah la kalau tak singgah Penarik.
makan sotong, udang & ikan celup tepung.



sedappppppppppppnya !
perut pun kenyang dan boleh la bertolak balik dengan aman damai.
ha, meh saya nak cerita sikit tujuan percutian kali ni
selain mahu bercuti
Malaysia.
sebenarnya 2hb August adalah birthday hubby,
.
jadi, tahun ni kami sambut di pulau.
rasanya dah dua kali birthday hubby, kami sambut dengan bercuti.
dan harap
, sampai bila
pun bulan August adalah bulan bercuti.
okay semua.
tatah !
jom cuti
Malaysia !








