Hye 
;
isnin lepas, sebelum saya dan hubby ke bazar ramadhan seperti biasa.
kami ke Rasa Ayamas. tapi tak beli apa
pun.cuma teman kawan hubby membeli.
sementara hubby cuci mata dalam Ayamas tu,
saya masuk ke pasaraya berdekatan.
macam biasa, mata ni nampak je benda
yang menarik perhatian.

Thumper Boxer !
hoyeh hoyeh.
walaupun berwarna hijau menawan, saya terus takda fikir panjang.
terus pilih saiz, dan bayar.

mana tak jatuh hati tengok thumper yang tersenyum girang.
dengan dikelilingi cupcake dan banana split.
adoiii laaa.. memang menggugat nafsu berpuasa betul.
eh cakap pasal banana split, malam ni nak gi cari banana split ah.
oh lupa, macam biasa review harga.
Harga Boxer itu RM12.90.
keesokkan harinya pula, iaitu 25hb Ogos 2009.
kami buat julung
kalinya berbuka di luar.memang betul
luar.

sebab kami membeli belah secara kawalan nafsu di bazar ramadhan dan
makan di tepi Pantai Batu Buruk.
Ramai juga kawan hubby yang turut serta.
Ada yang tapau kfc sehingga menjilat jari, ada yang beli kuih sampai tak habis.
Macam – macam hal puasa ni kalau tengok makanan kan ?
dengan angin sepoi
bahasa..mak aih.. pastu sampai kenyang tak boleh bangun,
kah kah kah..
oklah semua.
sikit je nak update.
sebab nak pergi memasak ni.
menu hari ni, saya ingat nak masak:
sambal tumis tempoyak ikan bilis
kacang botor tumis cili api dan
udang goreng kunyit
kalau jadi saya memasak hari ni,
pertama kali dalam bulan ramadhan tahun ni saya memasak.
selama ni bersahur dan berbuka di rumah mertua saja.
lepas tu main tunjuk
je di bazar ramadhan.
menu yang saya nak masak hari ni
kalau makan kat seremban ni, sure bertambah
nasi ni !
































